26 : siapa saya

34 8 0
                                    

yeonsu

sekarang mana kelibat si dokyeom? sekarang ini sukan yang tengah berlangsung hanya melibatkan peserta perempuan, jadi dia mesti tengah berehat sekarang. "hah tu pun dia!" dari kejauhan, dapat aku lihat gerangan yang ingin aku temui di koperasi. sepertinya ingin membeli air. itulah kau, kalau kau tak lukakan hati haerin, mesti dah dapat air percuma macam si haruto. dapat dua jenis air yang berbeza lagi.

aku berlari lari anak ke arah dokyeom. kena cepat, tak nak terlepas nanti satu kerja pula aku kena mencari. sempat aku pandang akan sekelilingku, janganlah jungwon ada dekat mana mana ke. nanti macam mana kalau dia tengok aku dengan dokyeom? janganlah kita sengaja mengundang sebarang fitnah.

"okey, jungwon takde." lega sikit sebab aku bukan nak pulangkan benda alah ini je, tapi aku ingin penjelasan daripada dokyeom. tentang siapa haerin baginya. aku kan cupid diorang. aku yang buatkan dokyeom notice dan kenal akan haerin.

"dokyeom-ah!" laungku. dokyeom yang tengah berusaha untuk membuka tudung botol terjeda sebelum dia mencari cari gerangan yang memanggilnya. aku melambaikan sebelah tangan, sebagai isyarat aku yang telah memanggilnya.

"eo noona?" soalnya.

aku menyeluk poket seluarku. "nah, kunci. haerin suruh pulangkan sebab nanti dia takut dia tak jumpa awak. yelah kitorang kan kena jaga permainan." helahku. haraplah si dokyeom ini percaya akan kata kataku. helah ini aku fikir on the spot, tak nak timbulkan sebarang kecurigaan dokyeom terhadap haerin yang tiba tiba suruh aku yang pulangkan bukan dia sendiri.

"okey, terima kasih." dokyeom menggangguk. kunci dia capai dan dimasukkan ke dalam poketnya. semudah itu? syukurlah dokyeom tidak mengambil kisah akan hal ini. jadinya dia percaya akan helahku?

"dokyeom, boleh saya tanya sikit?" soalku, menerima anggukan daripada dokyeom.

"siapa haerin bagi awak?" soalku.

dokyeom terdiam seketika, sebelum bibirnya mengukir senyuman tipis. "kawan. kenapa noona tanya?" terkedu aku bila perkataan 'kawan' meniti di bibir dokyeom. kang haerin, kau kena friendzone weh.

"haerin cemburu tengok awak rapat dengan orang lain. jadi--"

"noona. sekarang saya cuma nak enjoy zaman sekolah saya je. saya nak berkawan dengan semua orang. jadi, saya rasa itu je yang penting bagi saya. pasal cinta tu, mungkin saya fikir lepas saya habis sekolah." ujarnya. buat air liurku tidak tertelan. apa maksud dia?

"kiranya awak layan semua orang sama macam awak layan haerin?" soalku lagi. berderau darahku bila selamba sahaja dokyeom menggangguk. kurang ajar punya budak. maksudnya sekarang, layanan istimewa yang haerin terima selama ini tidak membawa maksud apa apa? itu memang personalitinya melayan orang dengan mesra? wah sungguh bendera merah ini lelaki.

"takpelah noona, saya pergi dulu." tanpa menunggu balasan daripadaku, dokyeom angkat kaki meninggalkanku yang masih terkulat kulat sendirian, masih cuba untuk mencerna kata kata dokyeom. "jahatnya. patut ke aku bagitahu perkara ni dekat haerin? nanti dia makin terluka macam mana?"

aku kembali menuju ke arah kantin. haerin kata dia nak tunggu aku dekat bangku yang ada di sebelah kantin. aku menghela nafas. aku rasa biarlah perkara ini menjadi rahsia antara aku dan dokyeom sahaja. aku tidak sampai hati nak bagitahu haerin. nanti mesti dia terluka.

"eh, air kotak aku!" aku tatap air kotak dalam genggaman aku. dah tak sejuk weh, kenapalah aku pergi peluk air ini, kan dah hilang dia punya titisan titisan air. aduh, macam mana nak bagi air ini dekat jungwon? aku menggigit bibir. terlampau fokus sangat dengan masalah orang, sehingga terlupa dekat crush sendiri.

"ish, mana perginya jungwon ni? kali terakhir aku nampak masa si haruto lompat jauh. lepas je haruto lompat, jungwon terus pergi. ke mana pulak ko ni, aku nak bagi air kotak pun payah." aku menatap lama air kotak milikku. jujur, aku rasa aku dah tak nak bagi air ini dekat jungwon.

"takpelah kalau tak jumpa pun, aku minum jelah air ni nanti." aku kembali meneruskan langkah. di kantin, aku nampak eunchae dan jeonghan berbual bual, sementara haerin hanya menatapku dengan tatapan kosongnya.

"dah bagi ke?" soal haerin, aku hanya menggangguk.

"tadi aku nampak kau cakap dengan dia. korang borak apa? lamanya borak." ujar haerin lagi. hah mampus. nak jawab apa? tiba tiba sel otak tak berhubung, tolong sesiapa reka alasan untuk aku.

"hmm aku cuma tanya pasal sukan je. yelah dia kan masuk banyak. hah tu je." ujarku. haerin menatapku lama, seperti tidak percaya akan omonganku. aku melarikan pandangan, tidak mahu bertemu mata dengan haerin.

"okey. oh, bila kau nak bagi air tu dekat jungwon?" soal haerin bila dia terperasankan air kotak epal yang berada dalam genggamanku. "tak bagi kot sebab aku tak jumpa dia. takpelah aku minum jelah air ni." aku dah mengalah sebenarnya. sumpah tak bergurau, aku langsung tak nampak kelibat jungwon.

dhruv kata in the midst of the crowds, in the shapes in the clouds, i don't see nobody but you, tapi bagi aku itu cuma penipuan. buktinya kenapa jungwon seakan hilang daripada pandanganku? dia pergi mana? jangan kata dia balik lepas tengok haruto main? wah. punyalah tak suka hari sukan.

"woi yang jungwon!" terkedu aku bila mana suara jeonghan menyapa halwa pendengaran telingaku. jeonghan yang berada di hadapanku menjadi pusat tumpuanku. kenapa dia sebut nama jungwon? mataku membulat, kerongkong terasa kering, sekering gurun sahara.

"ni hah, yeonsu nak jumpa kau." ujar jeonghan lagi. aku tengok tatapan jeonghan tertumpu pada aku, atau lebih tepat belakangku. perlahan lahan aku menoleh. JUNGWON ADA DEKAT BELAKANG AKU??? boleh tak kalau yeonsu nak pengsan sekarang?

aku lihat jungwon seakan teragak agak untuk terus berjalan bila jeonghan kata aku nak jumpa dia. yelah, kawan kawan dia dah tinggalkan dia. sedikit hampa bila aku tengok di tangan jungwon sudah pun ada minuman, mungkin dia pergi beli dekat mana mana.

"woi, pergilah bagi dekat dia." haerin menggesaku. aku pandang haerin, eunchae dan jeonghan silih ganti. patut ke aku bagi, air yang kupegang sudah tidak sejuk.

"jungwon-ah!" aku mula memberanikan diri untuk menghampirinya. hanya tuhan je tahu betapa hebatnya debaran aku ketika ini. aku menjedakan langkah bila aku betul betul berdiri di hadapannya. okey, kenapa jungwon tinggi sangat? tinggi aku hanya separas lehernya sahaja. sangat ideal type.

"ada apa, noona?" ujarnya. menatapnya sedekat ini, benar benar membuatkan rasa sukaku terhadapnya semakin meningkat. tika itu aku seakan lupa yang lelaki di hadapanku ini merupakan lelaki yang telah dimiliki.

yang jungwon, saya betul betul sukakan awak.

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now