03 : akak pengawas

62 6 0
                                    

yeonsu

"dah lambat! dah lambat!" aku berlari ke arah pagar dengan memeluk tiga keping fail yang berisi senarai nama pelajar mengikut tahun dan kelas. ya, aku ini salah seorang ahli jawatankuasa biro disiplin, jadi ambil nama pelajar lewat itu memang tugas aku.

loceng sekolah mulai berbunyi hah siapa yang baru datang sila bersedia ya kena ambil nama. lain kali sila datang lewat lagi. aku lihat satu persatu pelajar mulai berbaris, menanti nama diambil.

aku meneliti setiap wajah wajah yang datang lewat. tak insaf insaf ke diorang ini? macam mana boleh datang lewat? ingat aku tak tahu ke alasan utama diorang ini datang lewat sebab terlajak tidur. DAH TAHU PAYAH NAK BANGUN PAGI JANGANLAH BERJAGA SAMPAI PUKUL TIGA EMPAT PAGI!

"eh?" tak jadi aku meneliti bila aku lihat ada satu wajah yang cukup aku kenali. itu bukan ke junior pengacau gambar geng aku ke merangkap budak comel si eunchae? wah tak sangka manusia ini pun tergolong dalam golongan yang datang lewat. eunchae, batalkan jelah niat kau nak crush dekat lelaki ini.

aku terus menghampirinya. aku lihat dia tersengih sengih, ish ingat comel ke sengih macam itu sudahlah datang lewat. macam mana aku tahu dia tersengih sedangkan dia pakai mask? dia ada eyesmile. "tahun berapa?"

"tahun satu kelas tiga." membulat mataku. ta--tahun satu? maknanya dia ini baru enam belas tahun? mati mati aku ingat dia ini tahun dua a.k.a tujuh belas tahun? uish memang anak ikan sejati, age gap tiga tahun siot. seriuslah eunchae suka? memang pedo kau eunchae.

"okey, nanti ajk tahun awak yang akan tick nama awak." ujarku secara formal. tidak mahu berbicara lebih lebih lagipun aku tak suka dia. ya, masih berdendam soal gambar tempoh hari. yeonsu ini memang tak mudah melupakan.

"haerin-ah, aku pergi tandas kejap eh? tak tahan sangat dah ni!"

"nak suruh aku teman tak?" tanpa melarikan pandangan daripada kerja sekolah yang belum disiapkan, haerin bersuara. ish macam tak available je perempuan ini, tak naklah suruh dia teman. itulah lain kali kerja sekolah itu tolonglah buat semalam ini tak mesti seronok sangat main tiktok. tau tau lagi lima belas minit kelas nak bermula baru sedar diri itu tak siap.

"tak payah!" tanpa menunggu balasan daripada haerin, aku terus berlari selaju yang mungkin, agaknya kalau larian aku sekarang ini untuk acara balapan, memang rangkul pingat emas jadinya aku.

tak tahan tak tahan!

"sunbae ni yang tahan aku pagi tadi." ada orang mengumpat seorang kim yeonsu ke? ga bisa dimaafkan begini. hilang terus rasa nak membuang. aku menoleh ke belakang, ingin melihat gerangan yang berani mengumpat aku. DAHLAH MENGUMPAT ITU KUAT GILA NAK SURUH AKU DENGAR KE!

membulat mataku bila mataku bertemu dengan mata gerangan itu. dunia yang kecil ke sekolah ini yang kecil? ITUKAN JUNIOR YANG AKU TAHAN PAGI TADI? kenapa kena jumpa sekarang? tolonglah, aku ingatkan pagi tadi itu merupakan kali terakhir aku jumpa dia? sekarang? jumpa lagi?

ADAKAH INI CINTA? SUDAH TENTULAH TIDAK KERANA INI BUKAN WATTPAD!

"APA?!" marahku, tidak senang dengan kata kata budak comel itu. kau nak cari pasal ke siapa suruh datang lambat memanglah kena tahan lain kali kalau tahu diri tu payah nak bangun pagi tak payah tidur langsung!

harap sangat ini kali terakhir aku jumpa dia! jumpa dia je mesti menyakitkan hati aku. padahal aku ini cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai ajk biro disiplin yang amanah. kalaulah aku tak bertugas hari ini mesti aku tak jumpa junior itu kan? moga moga dijauhkan!

aku segera berlari ke arah tandas, tidak mempedulikan budak comel tersebut dengan kawannya. lantak kaulah, kalau datang lewat lagi aku tetap nak ambil nama kau. boo!

"HAERIN-AH!" masuk je ke kelas, aku terus menerjah si haerin. kalau si haerin ini ada sejarah penyakit jantung memang lepak underground perempuan ini agaknya.

"KENAPA KENAPA YEONSUKU?"

"kau tahu tak..." maka kita pun open table, nak gosip pasal apa yang terjadi masa aku nak pergi tandas. inilah fungsi kawan, kena jadi pendengar untuk setiap perkara yang terjadi dekat aku. kang haerin, tolong bagi kerjasama dan jadi pendengar yang baik.

"tak sukalah. haerin, tolong doakan hari ni kali terakhir aku jumpa dia!" ujarku setelah dah puas cerita semua benda dekat haerin. kenapa cerita dekat haerin sorang je? aku kerling ke arah eunchae yang masih dengan rutinnya, selfie.

inikan pasal crush dia, karang dia tuduh aku nak jadi pecror (perampas crush orang) pula. tak berkenan kita. dahlah suka datang lewat, astu main terjah je tolong tolong memang dah terkeluar daripada ideal type aku. saya suka lelaki yang sopan.

"tapi sekolah ni kecil je weh tak mustahil kau jumpa dia lagi." aku mencerlung ke arah haerin. eh perempuan ini, sengaja nak buat aku sakit hati ke? memanglah sekolah ini kecil, tapi janganlah cakap bukan bukan, tau tak itu pun dikira sebagai manifesting? kalau jadi betul betul, memang aku cekik si haerin ini nanti.

"TAK NAK TAK NAK TAK NAK!" jeritku pada telinga haerin. sia sia je kepala aku kena tonyoh.

"takpayahlah jerit dekat telinga aku gila! ada nampak muka aku macam orang cacat pendengaran ke?" haerin menggulingkan biji mata. kaca mata bulatnya dibetulkan. nasib tak retak cermin mata aku, dahlah mahal nak mampos. kita ini dahlah b40 je.

"kau patutnya backup aku tau. kata kawan."

"aku cuma cakap benda betul je. mana tau esok kau jumpa dia lagi ke haa sila gelabah." aku merengus. malas nak cakap dengan haerin. baik jadi photobomb dekat selfie si eunchae.

-tbc-

junior -yjwOnde histórias criam vida. Descubra agora