25 : jelly

42 8 0
                                    

yeonsu

tidak fokus aku nak angkat bendera bila jungwon masih lagi berada di sini. aku tahu dia datang ke tapak lompat jauh sebab nak tengok kawan dia main TAPI AKU INI CEPAT GELABAH! bila dia ada dekat sini, aku tak boleh jadi diri sendiri, rasa macam nak jadi perempuan korea terakhir je.

"yeonsu, peserta tu batal weh kenapa tak angkat bendera?" tegur haerin. ingat dia tak perasan ke banyak kali dah yeonsu terlepas nak angkat bendera merah. dia mengerling sekilas ke arah jungwon yang berada tidak jauh daripada yeonsu.

"ma--maaf." ujarku, aku tahu aku salah. tapi aku tetap tak nak bagi orang lain pegang bendera ini. sekurang kurangnya bila aku pegang bendera, mesti sesekali tumpuan jungwon akan terarah kepadaku, yelah mesti dia nak tengok peserta yang melompat itu terbatal ke tidak diorang punya lompatan.

"kau okey tak?" haerin menyoalku. "kalau kau penat, kau boleh bagi aku pegang." ujarnya, mengundang gelengan daripadaku.

"okey, tapi kena fokus tau." segera aku menggangguk seperti anak kecil. tarik nafas hembus. dah, jangan gelabah gara gara jungwon. dia cuma datang sini nak tengok orang main, bukan nak tengok kau.

"haerin-ah, tangkaplah gambar aku." kenalah tangkap, bukan selalu dapat jadi pemegang bendera. dahlah tahun depan dah jadi pengganggur. rindulah jungwon lepas ini.

klik! klik!

tibalah giliran pelajar daripada rumah biru untuk beraksi. aku mengerling sekilas ke arah eunchae. nanti meroyan si eunchae, mentang mentang haruto akan beraksi. haruto ini memang atlet harapan sekolah betul, semua jenis permainan dia masuk. sejuk perut eomma dia mengandungkan haruto.

usai sahaja haruto melompat, aku mengerling ke arah eunchae. membulat mataku bila aku tengok-- DIA BERCAKAP DENGAN JUNGWON???? bendera aku genggam erat. kenapa jungwon tegur eunchae? kenapa tak tegur aku? hey! yang berkawan dengan dia itu aku! bukan eunchae!

nak merajuk, tak nak cakap dengan hong eunchae!

tika jungwon sudahpun beredar daripada tapak lompat jauh, segera eunchae yang sedang meratakan pasir aku dekati. lengannya aku tampar perlahan, buatkan eunchae mengaduh. "yeonsu-ya, apa dosa aku?"

"kenapa jungwon cakap dengan kau? yang suka dia tu aku tau!" ujarku, cuba menahan gelodak cemburu yang sedikit sebanyak mulai merajai hati. kau kena faham, eunchae dulu pernah sukakan jungwon. macam mana kalau masih lagi tersisa rasa suka eunchae untuk jungwon? lagipun eunchae itu lawa orangnya, macam mana kalau jungwon lagi suka berkawan dengan eunchae daripada aku?

"cemburulah tu. ish kau, macamlah aku ada hati dekat jungwon. cintaku hanya pada haruto okey. takdelah, tadi dia datang dekat aku sebab nak tengok markah si haruto. astu dia bagitahu aku hebat kan haruto melompat, sukalah tu. yelah, kau kan tahu dia tahu aku suka haruto." cerita eunchae.

aku terdiam. oh, cakap pasal haruto ke? tapi apa apa pun, aku tetap nak cemburu. jungwon bercakap dengan eunchae, tapi dia langsung tak tegur aku. hatta sepatah hi. jadi aku layak nak cemburu dan marah kan?

"daripada kau cemburu baik kau teman aku pergi beli air dekat koperasi." tanpa menunggu persetujuan daripada aku, eunchae menarik lenganku, untuk mengekorinya ke koperasi. tiba tiba nak beli air? habis tu, air yang ada di bawah payung dekat tapak lompat jauh tu apa?

"bukan ke dah ada--"

"nak belikan untuk haruto. nanti dia nak berlari jadi dia perlukan air." aku terjeda langkah. nak beli air untuk haruto? bila tengok eunchae jadi seberia ini, buatkan aku pun ingin jadi manusia yang beria juga. tersungging senyuman kecil di bibirku.

"eunchae-ya, aku-- aku nak belikan air dekat jungwon!"

aku menatap lama air kotak berperisa epal dalam genggamanku. tak sabarnya nak bagi dekat jungwon! tapi debaran di dada semakin gemuruh. aku nak bercakap dengan dia pun ketar lutut, inikan nak bagi air kotak? doakan lutut kim yeonsu masih gagah bila berhadapan dengan jungwon nanti.

"eh haerin tak ikut sekali ke?" aku baru perasan hanya aku dan eunchae sahaja yang berada di koperasi. menghilang ke mana pulak anak perempuan kang ni? panjang leherku mencari cari gerangan haerin.

"dia nak pergi tengok dokyeom rasanya. hah! itu pun dia!" terus aku berpaling ke arah di mana eunchae tunjuk. aku lihat haerin berjalan ke arah kami. aku melambai lambai ke arahnya dengan senyuman, tapi haerin langsung tidak menunjukkan sebarang riak. mukanya kosong.

"yeonsu, kau tunggu dekat sini dengan haerin tau, aku nak pergi bagi air ni dekat haruto. alang alang nak mengayat sepatah dua kata." ujar eunchae, sebotol air mineral dan sekotak air berperisa teh bunga dipeluk. tamak, orang bagi satu je, dia bantai pergi beli dua untuk haruto. haruto kalau tak nak eunchae memang rugi besar.

"haerin-ah, aku dengan eunchae belikan air untuk bagi dekat--"

"okey." ujarnya. buat aku terkelip kelip. dah kenapa perempuan ni macam takde mood je? padahal dah kena notice dengan crush kot? hormat sikit aku yang langsung takde momen dengan jungwon hari ini.

"yeonsu, boleh tak kau bagi kunci ni dekat dokyeom? aku dah tak nak pegang." haerin menyeluk poket seluarnya sebelum kunci motosikal milik dokyeom diletakkan di atas tapak tanganku, buat aku kaget. aku pandang haerin, meminta penjelasan.

"kenapa ni rin? kenapa tiba tiba?"

"takde apa apalah. kalau jumpa dia, kau bagi tau." ujar haerin, senyuman palsu dia ukirkan. bahuku ditepuknya.

"kang haerin, kau nak pergi mana? kau cerita dekat aku dulu!" aku berlari anak ke arah haerin yang kini berjalan meninggalkan aku. haerin berjaya aku dekati, dan aku paut lengannya. "kau cerita sekarang, apa yang dokyeom dah buat? kalau tak, takdenya kau beria nak suruh aku pulangkan dekat dia." ujarku prihatin. rasa ingin tahuku meluap luap.

"dia bukan hak aku pun, tapi kenapa aku nak cemburu? kenapa aku cemburu bila aku tengok dia bergambar dengan geng hwayoung kelas sebelah? aku ingatkan aku je satu satunya senior yang dia berkawan. aku tak istimewa bagi dia kan?" ujar haerin.

aku terdiam. tidak bersuara. sedikit geram dengan dokyeom. wajarlah haerin cemburu, bila cara dokyeom layan haerin seakan haerin itu istimewa baginya. kalau aku di tempat haerin pun, aku akan cemburu. aku kena tanyakan perkara ini kepada dokyeom. aku nak tahu siapa haerin bagi dokyeom.

"takpelah yeonsu, mungkin aku ni syok sendiri je kan. hm sedar dirilah kang haerin. dokyeom tu dahlah popular, siapa je tak nak berkawan dengan dia?" ujar haerin lagi. buatkan aku diterpa rasa simpati.

"nanti aku bagi kunci ni dekat dia. jangan risaulah haerin." kau tunggu lee dokyeom!

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now