23 : cinta hati jungwon

50 9 0
                                    

yeonsu

"petang nanti, latihan sukantara dan balapan padang akan bermula. para pelajar sila bersedia dengan pakaian sukan. itu sahaja." tamat sahaja perhimpunan pagi, pelajar lain berpusu pusu keluar daripada dewan untuk ke kelas. aku dan dua orang pengikut setiaku, hong eunchae dan kang haerin masih lagi tidak mengangkat punggung. tunggu orang keluar dululah.

"yeay yeay latihan sukan." ceria sekali eunchae. aku dan haerin memberikan pandangan sejak-bila-eunchae-suka-sukan. bukan ke setiap kali sukan, eunchae selalu mengelat, pura pura sakitlah semata mata tak nak beraksi atas padang. katanya, dia buta sukan. tahun ini bersemangat waja pula? ke sebab tahun ini tahun terakhir sekolah?

"semangat lain macam, tak masuk jaga kau." ugutku. muka eunchae yang tadinya bahagia bertukar cemberut.

"aku excited bukan sebab aku nak masuk gila! bila je aku masuk setiap kali latihan sukan? cuma tahun ni special sikit sebab-- haruto mesti akan masuk acara balapan. dia kan atlet." patutlah teruja semacam, kesayangan nak beraksi rupanya. oh lupa, haruto itu merupakan pemenang pingat perak ketika merentas desa dulu. jadi, memang balapan kali ini mesti ada dia.

"eh, kiranya dokyeom aku pun masuk jugak kan? dia kan juara merentas desa hari tu. eunchae-ya, yeay yeay yeay boleh sorak nama crush masa hari sukan nanti!" haerin dan eunchae bertepuk tangan, bahagia. aku jelah sendu sekarang, sebab jungwon bukanlah atlet macam haruto dan dokyeom. merentas desa hari itu pun tak menang. nasiblah suka dekat lelaki yang tak suka melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

"weh korang, jomlah jumpa ssaem." aku mulai berdiri. macam biasa, setiap kali hari sukan, memang kitorang bertiga akan jumpa ssaem untuk mintak pengecualian daripada menyertai latihan sukan. kiranya, kitorang lagi rela bertugas jadi pegang bendera ke pegang checkpoint daripada berlari atas padang.

kring kring! loceng waktu terakhir berbunyi. "malasnya nak pergi tukar baju." aku takdelah seteruja eunchae dan haerin, yang dari tadi tengok jam semata mata nak tunggu tamatnya waktu persekolahan. yelah, masa rehat tadi langsung tak bertembung dan berselisih dengan crush. waktu latihan sukan jelah satu satunya peluang nak usha crush tercinta.

"jangan nak buat buat tak bermaya, mana tau kau boleh jumpa jungwon ke." eunchae dan haerin cuba menarikku bangun daripada terus terusan melekat pada permukaan meja. nak tak nak aku bangkit, sebelum ketiga tiga kami berjalan ke arah bilik persalinan.

"eh hari ni latihan sukantara lelaki sahaja kan? cerahlah peluang aku nak usha haruto tercinta!" hari ini kan latihan sukantara untuk pelajar lelaki, jadi pelajar perempuan dibenarkan balik, tapi disebabkan kitorang jadi pencatat masa, kitorang kena balik lewat hari ini.

"haraplah jungwon tak ponteng latihan sukan." aku nak usha jungwon jugak. masa rehat tadi sempat usha sekejap je, mana puas. dahlah payah nak bertembung. aduh, kenapalah jungwon bukan rakan sekelas aku?

dengan membawa pita pengukur trident dan kertas permarkahan, aku, eunchae dan haerin berjalan ke arah khemah yang berada berhadapan dengan tapak lompat jauh. kepada jungwon, haruto dan dokyeom, sila lompat dengan penuh semangat waja sebab kitorang nak rakam!

"eh tu-- jungwon???" dalam kerumunan pelajar berbaju hijau, aku nampak jungwon aku, tengah seronok bergelak ketawa dengan kawan dia. bersyukur aku, jungwon tak buat kerja gila ponteng latihan sukan. janganlah, saya nak tatap sampai muak. mungkin perasan dirinya diperhati, jungwon menoleh dan-- mata kami bertemu. apa lagi, sepantas kilat aku mengalihkan pandangan. berdebar!

"tolong bertenang, yeonsu. dia cuma kawan je." aku masih lagi terluka dengan status jungwon tempoh hari. walaupun takde bukti sahih itu girlfriend jungwon, tapi kenapa dia expose? jadi aku nak ajar diri aku untuk anggap jungwon sebagai kawan je.

aku hanya memerhati satu persatu pelajar yang menyertai lompat jauh, sementara tunggu giliran jungwon tercinta. sesekali aku curi curi pandang ke arah jungwon. tak boleh ke kau jadi milik aku? penatlah, makin hari makin suka. padahal interaksi kitorang cuma setakat eye contact dan bermesej dekat whatsapp. itu pun sekejap.

"haerin, dokyeo--" tak sempat nak habiskan kata kata, haerin terlebih dahulu dah bersedia dengan kamera telefonnya, nak rakam dokyeom punya pasal. kelakar pulak aku tengok si haerin, selalunya takde perasaan, tapi bila ada dokyeom, terus jadi simp sejati.

"nanti aku recordkan jungwon jugak." aku pandang haerin, haerin mengenyitkan mata ke arahku. "nak tunggu kau record, lambat lagi." macam tau tau je si haerin ini, sebenarnya memang aku berniat nak suruh dia record pun, sebab aku manalah ada keberanian nak buat semua itu. tak tahu ke mana hilangnya keberanian masa tegur jungwon dulu.

"aaaaa, harutoku." eunchae mula menggedik di sebelahku bila giliran haruto kini tiba. sedaya upaya dia cuba kawal dia punya meroyan, tak nak bagi haruto nampak tapi KENAPA HARUTO NAMPAK HOT GILA BILA MAIN SUKAN? tak fahamlah, cuba bagi nombor telefon. aku hanya tersengih, nanti bila giliran jungwon mesti aku pun akan berperilaku macam eunchae.

"weh weh turn jungwon!" eunchae menepuk lenganku berkali kali, ish perempuan ini, ingat aku takde mata ke? aku dari tadi lagi tau perhati jungwon. tak aku hiraukan si eunchae, baik aku tumpukan perhatian kepada jungwon. jungwon, lompat elok elok tau, biar dapat tiga mata. tak berkelip mataku bila tengok jungwon melompat di atas tapak lompat jauh. kenapa dia nampak begitu sempurna bagi aku? ke aku sudah dihanyutkan dengan perasaan suka?

malamnya, aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada buku yang terbuka luas. bukan aku yang baca buku, tapi buku yang baca aku. aku mulai menopang dagu, tersenyum sendiri bila teringatkan kejadian di tapak lompat jauh.

"padahal dia melompat macam pelajar lain, tapi kenapa sampai sekarang aku teringat ingat?" oh ya, syukurlah lompatan jungwon itu sempurna, dan berjaya memperoleh tiga mata. ini mesti berkat sebab aku yang jaga bahagian lompat jauh hohoho.

aku buka instagram. mana tau jungwon update story ke. "eo? ada." mati senyumanku. kali ini, aku terasa sebu yang amat pada bahagian perutku bila melihat story jungwon. ingat tak pasal perempuan di status jungwon? dia-- expose perempuan itu dekat instagram story. dengan caption emoji hati berwarna putih serta tangan yang membentuk hati. jadi-- aku dah dapat jawapan kan? perempuan di status jungwon bukanlah sekadar tiktok crushnya, tapi-- girlfriendnya.

aku menggigit bibir, tubir mata mulai bergenang. "jung--jungwon dah ada girlfriend." seperti malam sebelumnya, aku menangis lagi. kenapa dia dah berpunya? aku terlambat ke? aku cuma nak bagi jungwon selesa dengan aku baru aku mulakan langkah seterusnya. tapi aku silap. ada perempuan yang lagi cepat meraih hati jungwon.

dan perempuan itu bukan aku.

-tbc-

junior -yjwOù les histoires vivent. Découvrez maintenant