13 : nombor telefon

44 7 0
                                    

yeonsu

hari ketiga setelah aku dm jungwon tempoh hari. aku akui, keputusanku untuk dm jungwon merupakan sesuatu yang membahagiakan. kenapa? aku dan jungwon kini boleh bergelar kawan kan? instagram yang dahulunya sepi kini dihiasi dengan notifikasi daripada jungwon.

"tapi-- tak cukuplah kalau dm dekat insta je." ya, kim yeonsu ini tamak. aku rasa aku kena cuba nasib. untuk-- dapatkan nombor jungwon. tiga hari itu dikira tempoh yang cukup kan untuk aku minta nombor jungwon? ke terlalu awal?

"cubalah sekali. kalau dia nak bagi, dia bagi. kalau tak, takde rezekilah tu." macam biasa, sebelum menghantar mesej ke jungwon, aku akan tarik nafas hembus. kau ingat tak berdebar ke chat crush? dia punya debaran itu macam nak jawab csat weh.

tap! tap! bunyi papan kekunciku menaip.

suyaa_
tak rasa ke macam susah je chat dekat insta
AHAHAHAHAHA

apa lagi, setelah mesej berisiko itu selamat dihantar kepada jungwon, aku terus uninstall instagram. maaf, saya takut. macam mana kalau jungwon mengabaikan mesejku? takpun dia reply 'maaf, mak marah bagi nombor dekat stranger?' kalau betul perkara itu jadi, aku taubat tak nak main instagram lagi.

"YEONSU-YAAAAA!" aku mengangkat muka, kelihatan haerin berlari lari anak ke arahku. apasal nampak ceria perempuan ini hari ini? kena datang sekolah masa cuti pun bahagia ke? spesies terancam betul. oh ya, hari ini ssaem suruh budak budak kelas aku datang ke sekolah, tolong lukiskan mural dekat dinding kosong. mentang mentang kelas kitorang ambik subjek seni visual, tak pasal pasal kena jadi pelukis jalanan.

"awal datang, tak sabar nak melukis ke?" perempuan ini sindir aku ke? padahal bukan dia tak tahu aku dengan seni itu langsung tak ada persamaan kimia. aku pun tak tahu macam mana aku boleh terjebak dalam kelas aliran seni visual ini. jodoh mungkin?

"mestilah, tak sabar nak rosakkan dinding dengan lukisan eksotik aku." aku ini bukannya tak pandai langsung melukis, setakat lukis orang lidi dengan awan itu aku retilah. boleh dikira pandai melukis kan?

"sayang sayangku!" tiba tiba leherku dan leher haerin dipeluk dari belakang, serentak aku dan haerin menoleh ke belakang, eunchae! dengan rambut diikat tocang dua, eunchae tersengih.

"ish datang sekolah tak roger pun, sengaja nak dating tanpa aku." ujar eunchae. dia bangkit, dan sengaja ingin melabuhkan punggung di antara aku dan haerin. suka sangat jadi orang ketiga, nak jadi pengganti syaitan ke?

"pergi tandas jom!" eunchae menarikku dan haerin bangun, perempuan ini sampai sampai terus ajak pergi tandas, nak pergi jumpa kawan lama ke. aku dan haerin berpandangan, sebelum ketawa kecil. harap sangat trio kita berkekalan.

aku menyeluk poket, dan telefon kukeluarkan. nak tahu apa yang jungwon reply tapi dalam masa yang sama, aku jugak takut kalau kalau apa yang aku overthinking itu terjadi. aku kembali download instagram. sejak kenal jungwon ini, install uninstall instagram jadi perkara rutin untuk seorang kim yeonsu. jungwon, kalaulah kau tahu impak kau dekat aku.

ygjwooon_
3 messages

ygjwooon_
HAHAHAHAH
bagitahu jelah nak nombor
AGAGAGA

sesiapa cuba tafsir mesej jungwon ini. dia nak bagi ke tak sebenarnya? bibirku melorek senyum pendek, mencari ayat yang sesuai untuk reply. jungwon ini sengaja kan, bagilah peluang kim yeonsu nak berkias, aku inikan perempuan korea terakhir, mestilah kena sentiasa berkias ketika mahukan sesuatu.

suyaa_
kalau cakap terus terang astu tuan dia tak nak bagi
tak ke malu
kena pindah sekolahlah camni

ygjwooon_
011********
nak unsend ni

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAA!" aku seakan tidak percaya apa yang aku lihat dekat skrin telefon aku sekarang. adakah-- jungwon baru sahaja memberikan-- NOMBOR TELEFONNYA??? semudah abc??? kalau tahu, hari itu aku tak payah mintak instagram dia, terus mintak nombor je padahal.

"kenapa ni yeonsu?"

"kau okey tak?" bertalu talu soalan daripada eunchae dan haerin menerpaku. "korang! cuba tengok ni!" aku menayangkan ruangan dm jungwon dengan sengihan lebar, sabar yeonsu, balik rumah nanti kita jerit puas puas.

"TABIK DO JUNGWON KASI KAU NOMBOR DIA??? WOI NAK TIPS!"

"TAK ACI, HIDUP INI TIDAK ADIL!"

aku cepat cepat copy nombor itu, yelah jungwon dah bagi ugutan yang bila bila masa dia akan unsend nombor itu. aku ke aplikasi kenalan dan syukur, nombor jungwon kini selamat disimpan. misi kedua kim yeonsu selesai! aku tatap lama contact name jungwon. yang jungwon.

whatsapp dituju. dekat senarai kenalan, aku mencari nama jungwon. "eh? mana ni?" berkali kali aku scroll naik ke atas, turun ke bawah mencari nama yang jungwon. tapi tak jumpa weh. aku mula tak senang duduk. betul ke nombor yang jungwon bagi itu nombor dia? macam mana kalau budak itu tipu aku? entah entah nombor yang dia kasi itu nombor yang dia main tekan tekan? macam tak mustahil sebab AKU MASIH TAK JUMPA NAMA DIA DEKAT KENALAN WHATSAPP AKU!

"nah ambik berus cat ni." kaget aku bila sebatang berus cat dihulurkan kepadaku. aku mengangkat muka, haerin rupanya. aku rasa aku tak boleh bagitahu diorang pasal nombor jungwon yang memang tak nak muncul dekat whatsapp aku, nanti kena gelak.

"jungwon, awak tipu saya ke?" kalau betul jungwon tipu aku, memang aku kecewa sangat sangat. padahal aku ikhlas nak berkawan dengan dia. kalau dia memang tak nak bagi nombor dia, jujur jelah. aku faham, tak semua orang boleh bagi nombor dekat orang yang dia tak berapa rapat.

aku menghela nafas. aku lihat sekeliling. ada yang main kejar kejar, ada yang dah mula tonjolkan bakat masing masing dekat dinding. "huh yeonsu, jangan biarkan jungwon ranapkan mood kau hari ni. jom kita fokus dekat melukis je hari ni."

"ah, penatnya! rasa macam malas nak pergi sekolah esok." tiba di bilik, aku terus berbaring. ingat tak penat ke mengecat? habis sakit belakang tau tak! telefon aku buka, nak minta gambar dekat eunchae dengan haerin, aku nak update status.

aku scroll dekat senarai kenalan, mencari nama si haerin. ya, aku ini bukan jenis simpan chat, lepas habis chat je terus delete. jadi kalau nak chat semula, kena search balik nama dia.

"eh???" serta merta aku bangkit. hampir terlepas telefon di tangan. aku nampak sesuatu. contact name yang jungwon dah ada dekat whatsapp???? jadinya dia tak scam akulah? astu nombor yang dia bagi itu betul betul nombor dia???? astaga, aku sudah bersangka buruk.

"AAAA TAK SABAR NAK PERGI SEKOLAH ESOK!"

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now