34 : kawan

26 7 0
                                    

yeonsu

aku membaringkan badan di atas katil, memandang siling putih. nafas dihela berat. serabut. terngiang ngiang perbualan aku dan haruto ketika di parkir sekolah tadi.

"haruto, tak nak kawan dah ke?" soalan itu terpacul daripadaku. tika itu, motosikal aku memang betul betul berada dekat dengan motosikal haruto and the gang. jadi alang alang nak keluarkan motosikal, apa kata aku ambil kesempatan ini untuk bertanya. eunchae perlukan penjelasan. tak elok ghosting orang, kim yeonsu je boleh buat.

haruto menatapku lama, seakan cuba untuk mencerna soalanku. tapi aku tahu, haruto faham akan soalanku walaupun aku tak utarakan subjek utama. yelah, dengan siapa lagi haruto berkawan kalau bukan hong eunchae. kawan haruto yang lain diam, seakan memberi peluang untuk haruto berbicara.

haruto menghela nafas seketika. "bukan macam tu, noona."

"haruto masih nak berkawan, tapi cukuplah sekadar kawan. haruto tak nak lebih daripada itu." aku terdiam. tidak percaya dengan apa yang aku dengar. the dokyeomfication of haruto? kenapa dia guna ayat yang sama seperti dokyeom? nak kawan. tapi tak nak lebih. ya, ayat yang sama. kau copy paste ke apa?

"habis tu siapa kata nak lebih lebih? dia pun nak berkawan je." bidasku. perasan betul haruto, eunchae sendiri bagitahu aku yang dia cuma nak berkawan. walaupun kadang kadang eunchae ada juga flirt sekali dua, kau kena faham hong eunchae itu flirty sejati.

"macamlah noona tahu kitorang punya chat macam mana." aku? tak tahu macam mana chat diorang? AHAHAHAHAH gelak sejam. dia tak tahu, bila dia chat dengan eunchae, eunchae selalu hantar screenshot dalam group haeyeochae, siap minta cadangan idea daripada aku dan haerin macam mana nak reply. BOLEH DIA KATA AKU TAK TAHU BILA ADA SESETENGAH REPLY DARIPADA EUNCHAE ITU IDEA DARIPADA AKU? kelakar.

"ruto, apa nama perempuan tu? tak ingat aku." tiba tiba baekseung mencelah, mematikan suasana tegang antara aku dan haruto gara gara hong eunchae. serentak aku dan haruto menoleh ke arahnya. okey, sekarang ini baekseung tengah peluk leher 'wonie no.2' tapi aku tak kisah. yang penting sekarang, kenapa baekseung beria nak tahu nama hong eunchae?

"eunchae." ujar haruto.

"macam ni lah, apa kata kau bagi je eunchae dekat aku?" hampir sahaja aku baling topi keledar ke arah baekseung. biadap sungguh, kau fikir hong eunchae itu piala pusingan? yang boleh bertukar pemilik bila tamat tempoh pemilikan?

"patut ke aku bagitahu hal ini dekat eunchae?" kim yeonsu memang tak insaf ke? padahal hari itu aku dah kena marah dengan haerin sebab sorokkan apa yang dokyeom bagitahu dekat aku pasal haerin. aku bukan apa, aku sorok sebab aku tak nak tengok kawan aku, haerin terluka.

tapi haerin kata, "tapi kalau kau sorokkan aku makin terluka tahu tak! kau buat aku macam orang bodoh sebab ingat dia suka aku balik." sia sia aku kena ceramah dengan kang haerin. dari mesej sampai call sebab nak leterkan aku. trauma jugalah. tapi tak kunafikan, kalau haerin buat macam apa yang aku buat, aku pun marah. kata kawan, tapi rahsiakan benda penting seperti itu.

yeony
chae nak call boleh
aku nak bagitahu something

okey dia tak baca lagi. kita tunggu kejap. tunggu punya tunggu, akhirnya angka satu menghilang.

cheche
takleh call ah
aku ada dalam kereta
nak citer apa
mesej jelah
aku baca

kepala yang tidak gatal aku garu. tak syok cerita kalau tak dengar suara. tapi biarlah, asal aku dapat bagitahu semua ini sebelum hari esok. lagi cepat lagi bagus, aku tak nak eunchae hidup dalam harapan palsu, sama seperti haerin. aku kena selamatkan kawan kawan aku daripada terjerumus lebih dalam.

yeony
tadi masa aku nakgi kat motor
ada geng ruto
astu ruto panggil aku

cheche
RUTO PANGGIL KAU?
SEBAB APA?
WEH JANGAN BUAT AKU TAKUT

yeony
bukan pasal kau
kau ingat tak lelaki yang kita ingat tu jungwon
hah ruto pergi promote dia dekat aku

cheche
uish sejak bila ruto jadi pakar jodoh
daripada dia jodohkan kau dengan laki tu
baik dia jodohkan dia dengan aku
HAAHAHAHA

aduh, tak sampai hati pula nak cerita bila si eunchae dah masuk ke dalam mod delusional. tolonglah, aku bukan nak ranapkan angan angan eunchae tapi eunchae kena tahu mengenai apa yang haruto bagitahu aku. dan aku yakin, haruto mesti nak aku sampaikan perkara ini kepada eunchae.

yeony
chae ruto ada pesanan untuk kau

cheche
PESANAN WHAT?
TELL ME
WEH KENA BERDEBAR KE TAK
CEPATLAH YEONSU
RUTO PESAN APA

aku tak sempat nak taip, dia dah mula menghujani aku dengan mesejnya. bagilah aku taip dulu, huwa eunchae kau jangan buat aku makin disapa rasa bersalah yang amat. tapikan, kenapa asyik aku je yang jadi orang tengah dalam kisah orang? kisah aku sendiri pun serabai.

yeony
ruto kata dia nak berkawan je
tapi tak nak lebih lebih
like dia nak kau layan dia macam kawan je

mesej dibaca. tapi eunchae tidak terus membalasnya. buatkan aku tak senang duduk. eunchae kecewa ke? gila ke tak kecewa. aku kalau jungwon cakap seperti itu dekat aku, pastinya tiga hari tiga malam aku menangis. sebab bagi aku, dia nak bagitahu aku yang aku kena kurangkan keberiaan aku terhadap dia.

yeony
chae?
kau okey tak
aku tak expect ruto cakap camtu
sebab aku tanya dia yang dia tu still nak kawan ke tak
tau tau dia cakap macam tu

cheche
terima kasih sebab tolong tanya bagi pihak aku
kalau harapkan aku tanya, sampai mampos tak rasanya
takpelah yeonsu
mungkin aku terlalu beria
dan mungkin haruto dah rimas dengan aku punya beria
ish malunya jadi hong eunchae

aku tumpang simpati. kenapa nasib yang sama menimpa dua orang kawan aku? kena friendzone dengan crush. adakah aku mangsa yang seterusnya? agaknya trio kitorang memang takde luck dalam soal cinta dan perasaan. asyik kena friendzone je.

cheche
erm yeonsu aku offline dulu eh
nak galau sorang sorang

cheche offline. aku menghela nafas berat. berfikir sedalam dalamnya, kenapa orang secantik kang haerin dan hong eunchae pun kena friendzone oleh crush mereka? padahal diorang itu lawa gila! ini bukan pujian disebabkan diorang itu kawan kawan aku, tapi ini fakta. hong eunchae dan kang haerin memang cantik!

kalau tak, takdenya aku tercrush dekat hong eunchae ketika mula mula kitorang kenal dulu. sekali pandang, terus ke hati. "kalau cantik macam eunchae dan haerin pun kena friendzone, apatah lagi aku yang muka orang awam ni. huwa kalaulah aku kaya, boleh buat plastic surgery biar muka macam ive wonyoung!"

-tbc-

junior -yjwHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin