41 : WHAT

40 8 0
                                    

yeonsu

waktu sekolah tamat. bosan kan hidup seorang kim yeonsu? ingat daily life aku ini menarik ke? tak. sebab itulah aku memerlukan yang jungwon bagi memeriahkan kehidupan hambar seorang kim yeonsu.

langkahku untuk menuju ke pagar sekolah terhenti bila aku lihat seseorang duduk di tepi kaki lima, membuang pandangan ke arah padang sekolah yang kini bertukar kekuningan gara gara musim panas. "jungwon?" pelik.

selalunya bila tamat waktu sekolah, jungwon akan terus pulang. tapi hari ini? dia macam tunggu seseorang? hm patut ke aku tanya?

menghampiri jungwon, aku bersuara. "jungwon?" namanya aku seru. jungwon yang tadinya leka memandang kosong ke arah padang mendongak memandangku yang masih berdiri. takkan nak ambil tempat dekat sebelah jungwon pula, dia itukan orang punya. mak saya marah jadi pelakor.

"kenapa tak balik lagi? bukan ke selalunya terus balik ke?" soalku prihatin. tapi bila fikir balik soalan aku itu sebenarnya telah membongkarkan rahsiaku yang selalu stalk jungwon ketika dia ingin ke parkir motosikal. ah lantaklah, takut apa mati tanam. kalau kantoi kita pindah sekolah.

"haha saje je lepak. nanti baliklah." ujar jungwon, melemparkan senyuman nipis ke arahku. kali ini aku tidak meroyan disenyum jungwon seperti selalunya sebab aku perasan ada sesuatu yang lain pada wajah jungwon. muka dia— kosong, seperti tiada perasaan.

meluap luap rasa ingin tahuku tapi aku sabarkan hati. ingat sikit kim yeonsu, kau bukan sesiapa bagi jungwon. kau bukan kawan rapat dia, jadi tak payah nak sibuk hal dia. aku cepat cepat sedar diri, tidak mahu beria lagi.

"oh haha kalau macam tu saya balik dulu. bye jungwon." tanpa menunggu balasan daripadanya, aku berjalan pergi. aku tidak betah melihat raut kosong yang terlakar di wajah jungwon, buatkan aku rasa nak duduk sebelah dia dan tarik dia ke dalam pelukanku. aku nak jadi seseorang yang boleh jungwon luahkan masalahnya. tapi aku ni siapa?

termenung aku di hadapan buku sejarah. ingat nak ulangkaji macam biasa tapi tak boleh nak fokus bila teringat muka sugul si jungwon. bukan apa, sejak pulang daripada berkhemah, jungwon tidak lagi seceria dulu. senyuman yang dia lemparkan pada aku pada hari dia akan bertolak ke tapak perkhemahan itu kali terakhir aku lihat dia tersenyum.

"jungwon awak okey ke tak?" telefon yang berada di dalam laci aku gapai. patut ke aku mesej jungwon? tapi nampak macam menyibuk. tapi kalau tak tanya, aku yang tak boleh tidur nanti.

"tapi kalau tanya takkan nak terjah dengan soalan okey ke tak? mesti dia akan balas okey punya astu mesti dia pelik kenapa tiba tiba aku tanya macam tu. aku kena cari topik lain dulu!" ruangan mesej jungwon aku tekan. jap bagi aku fikir dulu nak mulakan chat macam mana.

aku lihat sticker yang jungwon hantar tiga hari lepas. hm tiba tiba ada idea.

yeony
asyik hantar sticker je
cuba hantar gambar satu

tersengih aku bila baca mesej yang aku kirim. apa pasal beria sangat perempuan ini, argh lantaklah janji dapat mesej jungwon dan korek rahsia kenapa jungwon nampak sugul dua tiga hari ini. saya tahu saya prihatin.

ting! macam biasa, jungwon tetap dengan sikap fast repliernya yang menjadi salah satu asbab kim yeonsu tak dapat nak move on.

jungwon
banyak sangat gambar
tak sempat tengok lagi

eh nampaknya jungwon faham akan gambar yang aku maksudkan. yelah, gambar apa lagi selain daripada gambar perkhemahan dia. eh ini pertama kali kot aku tebalkan muka minta gambar sebab selama ini jungwon yang sukarela hantar gambar dia dekat aku.

seminit berlalu. masih takde tanda tanda jungwon nak hantar gambar dekat aku. "hm dia tak nak hantar ke? aduh malulah aku macam ni, selalu sangat buat aku rasa macam maruah aku di tapak kaki."

yeony
orang masih menunggu ni HAAHAHA

jungwon
nak gambar ramai ramai ke
HAHAHAAH

"eh dia ni aku tak hamak nak tengok member kau aku nak tengok kau jelah!"

yeony
orang kawan dengan dia je tau jadi tak perlu kot gambar ramai ramai tu
harap fahamlah sebab kita tak reti nak bagitahu direct

"semoga jungwon faham semoga jungwon faham." walaupun kita ini first move orangnya tapi tetaplah kena diselangi dengan kiasan sebab kitakan perempuan!

ting!

jungwon
photo

"kuanjak! kita minta elok elok dia bagi view once nasib whatsapp bagi kita screenshot ko memanglah dasar tak ikhlas bagi gambar! mark zuckerberg tak nak mansuhkan feature ni ke?? tak tahu ke feature ni penghalang kebahagiaan aku?!" bebelku sendiri, tak puas hati dengan jungwon yang suka benar hantar gambar view once. semoga satu hari nanti jungwon dikurniakan hidayah untuk hantar gambar tanpa tekan feature view once.

gambar yang dihantar jungwon aku tekan. "APA?!" oh budak ini memang sengaja nak buat aku frust menonggeng ke? kau tahu tak gambar dah handsome tapi DIA PERGI TUTUP MUKA DIA PAKAI EMOJI HUWA KITA MINTA GAMBAR SEBAB NAK TENGOK MUKA! kalau ditutup muka, buat apa lagi hantar gambar itu woi? maka kim yeonsu menangis kemurungan di bawah meja belajar.

yeony
eee dahlah hantar view once astu tutup muka pulak!

dah kenapa aku marah macam aku ini awek dia? patut bersyukur dia hantar gambar dekat kau, yeonsu! padahal boleh je dia kata "kau siapa nak minta gambar aku" tapi tengok? dia gigih scroll galeri dia semata mata nak hantar gambar dekat aku? tapi aku masih lagi nak merungut?

jungwon
dekat story ig ada muka orang
pergilah tengok

satu senyuman kecil terlakar di bibirku. jungwon bagi izin untuk aku stalk dia?

yeony
kan nanti dia ingat kita stalk

jungwon
stalk jelah

yeony
okey nak pergi stalk sekarang!
btw lupa nak bagitahu
terima kasih sebab sudi hantar gambar AHAHA
semoga berbahagia selalu kawan saya

"kawan saya." sedikit kit heart sebab aku sedar diri yang bagi jungwon, aku cuma sebatas kawan dan takkan sesekali jadi perempuan yang dipilihnya. jadi, di sini aku cuba untuk ajar diri aku untuk sentiasa berpijak di bumi nyata dan ingat status aku sebagai kawan bagi yang jungwon.

jungwon
bahagia apanya
bukannya ada girlfriend pun

tak jadi nak sedih bila baca bait bait mesej yang dihantar oleh jungwon. berkerut juga keningku, dah kenapa dengan jungwon ini? dia lupa ke dia itu boyfriend seol yoona?

dah kenapa dia mengaku single?

sekejap.

jangan kata jungwon...SINGLE??????

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now