49 : goodluck

33 5 1
                                    

yeonsu

aku merenung tarikh yang tertera di skrin telefonku. hari ini hari pertama csat. siapa sangka pejam celik pejam celik kini masaku di sekolah ini hampir menemui penghujungnya. teringat masa mula masuk sekolah, tak henti henti aku berdoa agar dipercepatkan masa supaya aku boleh bergelar pelajar universiti.

tapi sekarang? aku inginkan masa terhenti. berat hati untuk meninggalkan sekolah ini. sekolah ini telah memberi seribu satu kenangan kepadaku, manis dan pahit. salah satunya, yang jungwon. lelaki yang berjaya mencuri hatiku gara gara dia menegurku di hadapan tandas. kalau aku tak pergi tandas ketika itu, mesti aku tak suka jungwon kan?

"sedihnya weh nak tinggal sekolah ni huwa kenapa cepat sangat csat ni. sekarang aku langsung tak berdebar nak csat tapi sedih adalah. sebab kita bakal tinggalkan sekolah ni huwa sekolahku syurgaku." rungut haerin. ingat tak sedih ke bila kena tinggalkan tempat yang telah meninggalkan pelbagai kenangan dekat dia? tempat yang menjadi saksi perkenalan dia dengan lee dokyeom, persahabatan dia dengan lee dokyeom walaupun akhirnya mereka kini kembali asing. ya, haerin sudah bertekad untuk berhenti menyukai lee dokyeom. lee dokyeom terlalu friendly and kang haerin tidak suka lelaki friendly.

"sumpah weh nanti no more lepak dekat bangku depan kantin, no more sembang dengan ssaem dekat bilik guru, no more usha crush dekat kantin huwa eunchae sayang sekolah ini!" kini giliran eunchae pula meluahkan rasa. banyak sangat kenangan manis, kalau boleh eunchae nak jadi pelajar sekolah ini sampai bila bila boleh tak?

oh ya, csat kitorang akan bermula pada pukul 2 nanti. sekarang baru pukul 10 pagi, sengaja kitorang datang awal sebab nak throwback memori yang dikumpul sepanjang tiga tahun kitorang jadi pelajar dekat sini. sambil sambil itu usha tempat tempat yang jadi port kitorang usha crush kitorang, jungwon, dokyeom dan haruto.

"btw, dokyeom reply status aku semalam. kau punya jungwon reply tak?" soal haerin tiba tiba. aku menghela nafas. oh, hatiku terluka.

rinrin
yeonsu-ya
jom buat status minta goodluck dari diorang
kiranya kita tunjuk dekat diorang je

ya, aku dan haerin sepakat nak update status bercaption "kalau view wajib wish goodluck" untuk crush kitorang, jungwon dan dokyeom. kenapa eunchae tak terlibat? eunchae awal awal dah angkat bendera putih lepas kejadian baekseung malukan dia dengan ayat "dahlah kena reject dengan haruto" depan muka dia. DAHLAH DEPAN HARUTO! eunchae kata gara gara itu, serta merta hatinya mati untuk watanabe haruto.

dan kau tahu, jungwon view status itu. tapi tiada sebarang balasan daripadanya. tengok? yeonsu masih lagi bodoh kerana berharap yang jungwon akan mengganggapnya penting walaupun sekelumit cuma.

yang jungwon terlalu nonchalant untuk kim yeonsu yang beria tahap tertinggi.

"kau expect apa? kalau aku tak minta mana mau dia reply. aku rasa macam tak tahu nak letak mana muka aku ni. beria nak mampos!" aku cuba untuk kekal bertenang. ingat pukul dua nanti kau periksa. karang maki lebih lebih terkeluar pula apa yang kau baca semalam. lepas je jungwon view status aku tanpa reply sedikitpun, aku terus padam status bodoh itu.

"takpelah yeonsu, lagi dua tiga hari kita dah berambus daripada sekolah ini. hah masa tulah kita dah boleh move on betul betul. lupa ke janji kita nak move on lepas habis sekolah? sekarang dah tiba masanya." haerin merangkul bahuku. dia pun tak faham dengan jungwon. kadang jungwon nampak macam suka dekat yeonsu tapi kadang macam yeonsu je yang delusional.

ini kot punca utama kenapa orang tua tua tak galakkan perempuan suka lelaki yang lebih muda daripada dia.

"okey pelajar pelajar sila masuk ke dalam kelas sekarang kerana peperiksaan akan bermula lima belas minit lagi." tak sangka borak punya borak dah tiba waktu csat untuk subjek yang sangat aku takut. sejarah dan matematik. doakan yeonsu dan kawan kawan dapat naik pentas untuk ambik anugerah pelajar cemerlang tau!

"tarik nafas hembus sekarang kau fokus dekat exam je lupakan perkara yang tak penting, lupakan jungwon. fokus fokus kim yeonsu." okey sekarang baru rasa berdebar bila kertas peperiksaan dah ada di hadapan mata. harap harap soalan yang keluar itu daripada topik yang sudah aku baca. ingat tak trauma ke dapat 35% dalam sejarah?

soalan demi soalan yang tertera aku jawab dengan tenang. syukurlah walaupun tak keluar semua, tetap ada serba sedikit yang sudah kubaca. harap haraplah lulus tolong eh saya nak graduate. dahlah subjek sejarah subjek wajib lulus untuk graduate.

"okey masa tamat." aku letak pen, dan aku berpaling ke arah haerin dan eunchae dengan sengihan lebar. diorang pun bahagia semacam, mesti apa yang dibaca itu keluar.

"yeay bebas daripada sejarah." haerin merangkulku bila mana kertas peperiksaan telah selesai dikutip dan diserahkan kepada penjaga peperiksaan. bahagia gila gila weh yelah kitorang bertiga ini memang lemah dalam subjek sejarah, si haerin ini pula selalu bantai tidur ketika waktu sejarah, memang tak takut ssaem betul perempuan ini.

"no more esei sejarah sumpah freedom!" eunchae turut merangkulku dan haerin daripada belakang. freedom apa baru satu kertas kitorang masih lagi ada lima kertas kot. esok kena menghadap tiga kertas mat semoga tak tewas.

"yeonsu-ya kalau aku beritahu ni kau jangan kaget tau. tadi aku nampak jungwon lalu depan kelas kita dan— dia tengok kau. lama."

jantungku seakan lupa untuk berdegup. apa? jungwon lalu depan kelas aku? tapi kenapa aku tak perasan? oh lupa, aku kan sudah berniat untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap kertas sejarah. tapi— kenapa haerin kata dia tengok aku? lama?

"sudah sudahlah feed delusional aku. kau tahukan aku nak move on paling real sereal realnya. kau salah tengok lah tu." aku menidakkan. dah tak nak berharap lagi, ingat jungwon tak kisah dekat kau. kau itu cuma senior yang dia akan lupa bila kau dah berambus daripada sekolah ini.

takde maknanya. dahlah status aku yang aku tujukan untuk dia seorang sahaja pun dia abaikan! cukuplah, kim yeonsu dah tahu sekarang siapa kim yeonsu bagi yang jungwon. kali ini memang yeonsu nak move on. bukan sekdar sembang kari, sembang gegar pecah tingkap.

"mende kau ni sumpah aku tak tipu. bukan nak feed delulu kau tapi berdasarkan pemerhatian aku, memang arah yang dia tengok itu tertuju dekat kau. dia tengok kau weh dahlah tak berkelip. lepas tu dia blah. aku yakin aku tak salah tengok yeonsu sumpah." berjela jela haerin cuba untuk menyakinkan aku. dia memang nampak jungwon lalu dan berhenti seketika untuk menatap kim yeonsu.

dan tatapannya seakan memberi maksud "goodluck noona."

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now