27 : air kotak epal

41 8 0
                                    

yeonsu

"nah!" air kotak epal yang aku pegang sedari tadi aku hulurkan kepadanya. jungwon kelihatan kaget. dia tidak segera menyambut huluranku. "ambiklah." gesaku. sedikit segan bila tengok jungwon kelihatannya teragak agak. mungkin dia segan, kerana dia kini menjadi pusat tatapan aku dan rakan rakanku yang lain.

"tapi saya dah ada air, noona." ujar jungwon, minuman yang dia pegang dia angkat. jadi, dia memang tak nak terima ke huluran aku? sedikit hampa aku.

"ish orang bagi tu ambik jelah!" ujarku. tak nak mengalah, alang alang dah tegur dan dah hulur, aku akan pastikan jungwon menerima huluranku. hey! bukan senang kot kim yeonsu nak bagi sesuatu dekat orang. jadi tolong hargai ya yang jungwon!

jungwon tersengih. lambat lambat air kotak epal bertukar tangan. "terima kasih noona." ujarnya dengan senyuman comelnya. hati aku mulai berbunga bunga, seperti namanya. jungwon (taman). jungwon ambil air kotak yang aku bagi weh! balik nanti kena tulis dalam diari!

"jungwon, minum tau, jangan bagi orang!" laungku, mengundang senyuman daripada jungwon. dia menggangguk, air kotak yang berada dalam genggamannya dia angkat tinggi tinggi.

hilang sahaja jungwon daripada tatapanku, aku melompat lompat dengan hati yang riang. tidak peduli dengan tiga pasang mata yang menjadi cctv tidak berbayar sedari tadi. lantaklah, aku nak bahagia sekarang, jungwon terima air kotak aku dan dia senyum dekat aku!

tiang yang terdapat di situ, aku peluk erat. angau menyelubungi diri. "jungwon terima air yang aku bagi huwa inikah jatuh cinta wo wo wo." tangan kananku memaut tiang, sebelum aku berpusing pusing mengelilingi tiang. biarkan, ini kaedah kim yeonsu menonjolkan kegembiraanku.

"berani siot kau berdiri dekat dekat dengan jungwon. saya tabik!" ujar eunchae. gila tak terkejut eunchae, kim yeonsu biasanya selalu lemah lutut, dan lutut memerlukan pamoga bila berhadapan dengan jungwon. tapi hari ini, dia punya jarak dengan jungwon langsung tiada halal gap. rasanya kalau seorang bergerak, mahu terpeluk mereka.

"wah, kim yeonsu dah tak takut ke dekat jungwon?" ujar haerin. dia tersengih. jujur, dia suka tengok momen yeonsu dan jungwon. sangat comel. kenapalah jungwon tak mesra dengan yeonsu? haerin memeluk tubuh. 'dahlah nak fokus dengan momen yeonwon daripada ingat dekat jantan tak guna tu.' gumamnya.

"kim yeonsu, sila berterima kasih dekat aku. kalau aku tak panggil si jungwon, rasanya kau minum sendiri kot air kotak yang kau beli tu." ujar jeonghan dengan muka kerek. hek eleh tolong panggil je, yang bagi air dekat jungwon itu aku. aku kena berterima kasih dekat diri akulah!

"terima kasih!" ujarku, tidak ikhlas. jeonghan bangkit daripada tempat duduknya, sebelum menunjal kepalaku lembut, buat kepalaku terbelakang sedikit. "sama sama, pendek." ujarnya sebelum berjalan pergi.

"yah yoon jeonghan! sabar yeonsu, tak boleh marah dia dah tolong kau." kuanja. dahlah panggil aku pendek. takpe pendek itu comel okey!

kami bertiga berjalan ke arah padang, tak lama lagi acara penutup akan bermula. tak sangka, minggu sukan akan berakhir. pelbagai momen yang aku kecapi dengan jungwon, hmm nanti dah tamat hari sukan, haraplah aku dengan jungwon akan semakin rapat.

"eh yeonsu, tu bukan jungwon ke?" haerin menepuk bahuku. tidak bersuara, aku menoleh ke arah arah yang haerin tunjuk. baru sahaja senyuman ingin terukir bila dapat tengok cinta hati, tidak jadi bila aku nampak sesuatu.

di tangan jungwon ada dua air kotak epal!

salah satunya sudah tentulah daripada aku. tapi satu lagi? wah, siapa yang ingin menjadi antagonis ini? jungwon ada peminat lain selain daripada aku? wah sangat mengundang sakit hati. kiranya aku ini tidak istimewa, sebab ada juga manusia lain yang turut berbuat perkara sepertiku.

gara gara diri dipeluk rasa geram dan cemburu, aku langsung tidak menegur jungwon tika aku dan dia bertembung di kaki lima. buatkan haerin dan eunchae berpandangan sesama sendiri. yeonsu tak tegur jungwon? biar betul?

"gila ke tak cemburu, ada orang lain pun bagi dia air jugak! mana boleh, aku je boleh suka dia." luahku. masih geram dan terkilan, jungwon ini kenapa baik sangat, semua pemberian orang dia terima. jadi aku tak istimewa!

"akulah yang bagi ngok!" satu suara menyampuk. serentak aku, haerin dan eunchae menoleh ke belakang. jeonghan? berkerut keningku. cis! sia sia aku cemburu, ingatkan perempuan mana yang bagi tadi. kuanja tul jeonghan. padahal dia jadi saksi aku bagi air itu dekat jungwon. dah kenapa dia mengada nak belikan juga air untuk jungwon? dahlah perisa sama!

"woi jangan salah faham, aku bukan belikan untuk dia. aku belikan juga untuk kawan kawan, hah aku pun belikan jugak untuk haruto." okey, alasan diterima.

tak dinafikan sedikit lega hatiku. huh, jadinya hanya aku sahajalah peminat di-- EH APA YANG AKU TENGOK INI? tak jadi nak lega, rasa cemburu kembali menyelinap. kau tahu apa yang tengok sekarang?

jungwon bergambar dengan rakan kelas sebelah aku! berdua! dan kedudukan mereka sangat rapat, sehingga aku tengok bahu mereka bersentuhan. weh menyesal tak ajak jungwon bergambar huwa! okey, jom terjun bangunan. dah kata jungwon ini memang layan semua peminat dia ke? tak adil!

petangnya, aku tidak dapat tidur, seperti kebiasaan. macam mana nak tidur bila fikiran aku sarat dengan rasa cemburu sebab tengok jungwon bergambar dengan perempuan dan menyesal sebab tak ajak jungwon bergambar.

"hmm, jungwon tak nak chat aku terima kasih ke?" memanglah dia dah ucap tapi apa salahnya ucap sekali lagi? aku nak mesej jungwon. aku menggeleng. lupa ke jungwon bukan jenis mulakan chat? jadi kau, kim yeonsu yang kena mesej dia dulu.

yeony
maaf air tak sejuk

aku meletakkan telefon di atas dada, menunggu jungwon membalas mesejku. diakan fast replier, tengoklah mesti dia bal--ting! segera telefon aku capai.

yang jungwon
AHAHAH takpe
terima kasih tau

tersengih lebar aku, dah macam mesej dengan kekasih. ish, lupa ke jungwon itu kekasih orang.

aku ke ruangan status. nak post gambar, kim yeonsu suka post gambar dekat status sebab nak jungwon tengok hohoho. aku buka galeri. satu persatu gambar yang dikirim haerin aku tilik satu persatu. kena pilih gambar yang cantik, nanti tak puas hati. tersengih lebar aku bila aku dah jumpa gambar yang sesuai.

gambar aku menutup sebahagian mukaku dengan bendera merah. dan yang paling istimewanya, dalam gambar itu ada-- JUNGWON! tidak sengaja dia telah mengphotobombkan gambar aku. photobomb yang diterima. "takpelah tak bergambar pun. sekurang kurangnya gambar ni wujud." okey nak post gambar inilah.

sent.

ting!

you got new messages from yang jungwon.

-tbc-

junior -yjwKde žijí příběhy. Začni objevovat