05 : nama awak siapa?

52 7 0
                                    

yeonsu

aku tak tahu apa yang aku buat sekarang. apa yang penting, aku langsung tidak melarikan pandangan daripada menatap orang yang lalu lalang di tepi tingkap kelas 3-2 ini. sepertinya aku mencari cari seseorang. tapi aku cari siapa? entah, aku sendiri pun tak boleh jawab.

"macam ada benda menarik je sampai buatkan kau nak duduk sana hari ni?" laung haerin dari jauh. aku menoleh ke arahnya, sebelum lidah kujelirkan. malas nak layan, usha orang lalu seribu kali lagi menarik daripada berbalah dengan haerin. haerin ini kalau rindu aku, cakap jelah tak payah acah acah tegur. kalau suka, confess sekarang.

"mana dia eh? tak nak lalu ke hari ni?" membulat mataku bila aku baru sedar apa yang baru sahaja aku katakan. tanganku melekap pada bibirku, tidak percaya dengan apa yang aku dengar? aku ke yang cakap tadi? kenapa yeonsu jadi begini?

"aku cari dia????" ya. dia yang aku maksudkan itu ialah junior tersebut, atau lebih tepat, budak comel eunchae. tahu tak, dua tiga hari ini, mata cantik budak comel itu melekat di mindaku, bagai digam. puas dah aku cuba buang, tapi tak menjadi weh. adakah budak comel itu letak minyak dagu dalam tatapan matanya? sesiapa ada nombor bomoh tolong roger sebab aku nak bersihkan otak aku daripada dia!

aku mengerling ke arah eunchae dan haerin yang rancak berbual. tak rasa macam aku tengah khianati eunchae ke? aku tahu eunchae hanya anggap budak comel itu sebagai crush suka suka dan tak serius pun. yelah, kalau nak tahu hong eunchae ini ada crush keliling pinggang. pantang handsome sikit, terus dijadikan crush. tapikan aku dikira tikam belakang ke kalau aku ada perasaan dekat budak comel itu?

aku menghela nafas. aku rasa-- aku dah tersuka budak comel itu. kalau tak, kenapa setiap malam, mata cantik dia yang selalu berada di fikiran aku sebelum aku tidur? bila ingat balik balik, memang patut eunchae panggil dia sebagai budak comel sebab mata dia sumpah cantik tambah comel.

kim yeonsu! ingat sikit kau pun belum tengok lagi muka sebenar dia itu. agaknya macam mana muka dia eh? dia maskfishing ke tak? tapi kalau tengok dari mata dia, mesti dia comel takpun handsome? tapi macam mana kalau aku kena scam?

"CEPATLAH LALU!" ujarku. aku nak pastikan betul ke aku ada perasaan dekat budak comel itu, jadi aku kena ber'eye contact' dengan dia. tak kiralah! kalau aku berdebar, memang tak dapat dinafikan ada bunga bunga cinta yang hadir di hati seorang kim yeonsu.

aku bangkit dari kerusi, berjalan ke arah tingkap. nak usha punya pasal, kalau budak itu tak lalu memang aku akan terjun tingkap. tengok, sebab inilah yeonsu tak boleh suka dekat orang, nanti otak dia jadi tak normal.

aku kaku. tidak bergerak bila gerangan yang aku nanti-nantikan dari tadi akhirnya memunculkan diri. sah! aku sukakan dia! bila mata kami bertemu, bibirku tanpa sedar melorek senyuman tipis. hah, ada orang jatuh cinta!

bila aku sedar dia hampir menjauh, aku baru ingat sesuatu! aku belum tahu nama dia! "awak!" lain yang dipanggil, lain yang berpaling. kawan dia pula yang berpaling, jangan perasan boleh tak, aku panggil budak comel bukan kau!

"bukan awaklah, yang jalan depan awak tu!" terus budak comel itu menoleh ke arahku dengan kening diangkat sebelah, tak tahu kenapa dia tiba tiba dipanggil? takkan disebabkan eye contact, senior ini nak marah dia?

"nama awak apa?" soalku. tak kira, hari ini aku kena tahu jugak nama dia, takkan sampai tamat persekolahan, aku nak bahasakan diri dia sebagai budak comel? langkah pertama untuk kenal dia ialah dengan cari tahu nama yang mak bapak dia bagi.

"jungwon."

"hah?" kurang jelas di halwa pendengaranku. aku hanya sempat menangkap perkataan 'won' sahaja. apa won?

"jungwon, jungwon." ujarnya, sebelum berlalu pergi dengan kawannya, meninggalkan aku yang sudah tersenyum senyum. tangan aku menyentuh permukaan dada di mana terletaknya jantung. okey nampaknya hari ini jantung aku akan overwork sebab dia punya degupan macam nak tembus keluar daripada dada aku je weh.

"jungwon?" langkah pertama selesai. aku dah tahu nama dia. jadi gelaran budak comel itu dah boleh buang jauh jauh, dah takde fungsi lagi. nama dia lagi comel daripada gelaran itu. eh jap? jungwon itu bukan ke membawa maksud taman? patutlah hati aku berbunga bunga setiap kali mataku bertemu dengan matanya.

"kang haerin! hong eunchae!" berlari aku ke arah meja di mana kawanku berdua berada. eh mana eunchae? aku tengok hanya ada haerin seorang sahaja.

"eunchae pergi jamban. kenapa ni? nampak bahagia je? dah jumpa ke manusia untuk dijadikan crush 2022 kau?" uish, kang haerin boleh baca fikiran aku ke? aku belum bagi tajuk utama lagi, dia dah boleh teka isi kandungan? adakah kang haerin jodohku?

aku tersengih lebar, dah boleh jadi duta colgate 2022 ini. "aku rasa aku dah jumpa orang yang aku suka." aku menggoncang bahu haerin, dek kerana teruja yang amat sangat. akhirnya, zaman highschool aku berjaya keluar daripada terowong kehambaran.

mata haerin membulat. "siapa, yeonsu? mantap ah lelaki tu boleh buat yeonsu aku jatuh cinta. bagitahu sekarang, aku nak bagi restu aku sebagai bestie kau."

tawaku mati. agaknya apa reaksi eunchae kalau dia tahu aku ada hati dekat budak comel dia? tapi budak itu tegur aku dulu, bukannya eunchae. jadi tak salah kalau aku tersuka dekat dia? aku berkira kira nak bagitahu diorang ke tak mengenai jungwon.

"hey, kenapa ni? tadi teruja sangat. siapa orangnya? aku nak tahu ni."

"kau jangan bagitahu eunchae tau. aku rasa aku dah sukakan jungwon." kening haerin berkerut. siapa jungwon yang dimaksudkan yeonsu dan apa kena mengena jungwon dengan eunchae? tak pernah lagi dia dengar mengenai jungwon daripada mulut eunchae.

"jungwon tu-- budak comel eunchae."

"aku dah agak kau pun ada hati dekat dia." hampir luruh jantungku bila suara eunchae mencelah di antara perbualan aku dengan haerin. aku mendongak, memandang eunchae yang menatapku sambil berpeluk tubuh. mati kau, kim yeonsu.

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now