32 : june with her

29 8 0
                                    

yeonsu

"jungwon." aku tatap lama instastory yang jungwon, yang mana dia post dalam lingkungan close friend. kenapa dia beria ria nak letak aku dalam close friend kalau apa yang dipost itu sudah aku lihat setiap hari di statusnya, di storynya. aku ketap bibir, tidak mahu menangis.

"june with her." air mataku jatuh jua. instastory jungwon itu terdiri daripada beberapa keping gambar yoona dan disertakan dengan caption 'june with her', yang menjadi bukti bahawa jun seorang jungwon dihiasi dengan kehadiran seol yoona.

apa yang merobek hati aku, jun aku juga dihiasi dengan jungwon, dan segala momen yang sengaja aku cipta antara kami berdua. jun aku dipenuhi dengan yang jungwon tapi jun jungwon hanya berkisarkan seol yoona.

satu gambar lagi telah berjaya melukakan hati aku, dengan parah. gambar tulisan di atas pasir pantai yang berbunyi, 'seol yoona ♡ yang jungwon'. esakanku mula menjadi jadi. kenapa mesti jungwon yang aku suka?

kenapa jun aku harus berakhir begini? sebulan aku berkenalan dengan jungwon, barulah aku sedar, hanya aku yang inginkan persahabatan ini. sedangkan jungwon hanya mengiyakan. langsung tidak kisah dengan sesiapa sahaja ingin berkawan dengannya. semua dia terima.

lupa ke, momen air kotak epal. jungwon agak berat untuk menerima huluranku. setelah aku paksa berkali kali, barulah dia mahu menerima huluranku. bodoh ke kim yeonsu, kau itu bukan sesiapa bagi yang jungwon! lupa ke, siapa yang mulakan chat? lupa ke macam mana mesej jungwon terhadap kau? ringkas dan padat?

"kau tu delusional je, dahlah tak cantik ada hati nak jungwon. jungwon tak pandanglah orang macam kau, muka muka orang awam. kau tengoklah seol yoona, ulzzang kot." sudah sampai seru untuk kim yeonsu sedar diri dan keluar daripada dunia delusional yang aku sendiri cipta.

jungwon langsung tidak bersalah. aku yang taruh harapan dekat dia. dia cuma wujud dan bernafas seperti manusia lain. tapi kenapa dia ada tempat yang istimewa di hati aku? kenapa? aku kena cari tahu, kenapa dalam banyak banyak pelajar dekat sekolah ini, kenapa jungwon? kenapa bukan pelajar lain?

aku mula jatuh hati kepadanya setelah beberapa kali bertatapan dengannya. benarlah, dari kerana mata, aku tergoda, aku tergoda, terkecewa. kenapa aku pergi duduk dekat belakang tempoh hari itu? kalau tak, mesti aku tak bereye contact dengan jungwon, dan mesti aku bebas daripada perasaan bodoh ini.

"kenapa kau tegur aku dulu, jungwon? kenapa? padahal yang tahan kau tu bukan aku sorang. tapi kenapa aku?" aku tetap kena salahkan jungwon. kalau tak kerana peristiwa di depan tandas itu, yang jungwon takkan masuk dalam hidup kim yeonsu. dan mungkin aku hanya memandangnya sebagai budak comel eunchae.

aku menangis lagi. skrin telefon yang masih lagi memaparkan instastory jungwon aku tatap tak sengaja. aku nak jadi seol yoona, yang tak perlu susah susah untuk cipta momen dengan jungwon, yang tak perlu usaha lebih untuk dapat perhatian jungwon. sedangkan aku, kim yeonsu, perempuan beria yang perasan jungwon nak berkawan padahal aku yang paksa!

"yeonsu bodoh." ruangan instagram jungwon aku tekan. aku kena move on daripada perasaan bodoh ini walaupun aku tahu ini sukar kerana perasaan aku terhadap jungwon bukan lagi sekadar crush biasa biasa. nak tak nak aku kena singkirkan yang jungwon daripada hidup aku.

butang block aku tekan. dan serta merta user ygjwooon_ terkeluar daripada followers dan following aku. aku ketap bibir, berat rasanya melakukan hal ini. nafas berat aku hela. "move on, kim yeonsu. tak payah nak jadi pelakor, ingat sikit taste jungwon level ulzzang bukan muka orang kebanyakan macam kau."

aplikasi kenalan aku buka. nombor jungwon aku tatap lama, patut ke aku padam? tapi nombor ini bukti usaha aku dalam menjadi watak penting dalam hidup yang jungwon. aku dilema. nak padam, tapi sayang.

Delete this contact?
Delete yang jungwon?
Cancel/Delete

tidak cukup dengan itu, aku turut ambil keputusan untuk block jungwon, dengan harapan perasaan aku dapat dikurangkan sedikit demi sedikit, tak banyak takpe janji ada penurunan. takut, bila tengok status jungwon, perasaan aku kembali menunjukkan peningkatan.

"SUDAHLAH KIM YEONSU, ORANG DAH ADA GF TU HORMATLAH TAK PAYAH NAK JADI ANTAGONIS!"

ting!

cheche
kau okey tak yeonsu
aku ada untuk kau tau

mesej eunchae aku tatap. kalau aku tak approach jungwon, mesti yang terluka sekarang itu eunchae, kan? kiranya aku dah berjaya selamatkan eunchae daripada terluka.

yeony
aku okey jelah
tak kisahlah janji aku dapat masuk cf jungwon
HOHOHOH

aku tipu. air mataku langsung tak nak berhenti. makin berjuraian adalah! aku seka air mata dengan lengan baju, aku tak nak eunchae tahu betapa terlukanya aku sekarang. aku malu, sudahlah aku dah rampas yang jungwon daripada eunchae. mungkin ini karma untuk aku, sebab dah tikam belakang eunchae dengan suka yang jungwon, yang ketika itu merupakan budak comel eunchae.

cheche
tahniah sebab officially cf jungwon
tapi kau betul betul okey ke
aku tak nak kau broken sorang sorang

yeony
ish nak broken apanya
aku dah hadap hari hari kot
yang penting dia add aku dalam cf hoho
dahlah, kau dengan ruto acaner
lama tak dengar

aku cuba alih topik, tak nak ulas pasal instastory jungwon lagi. biarlah, jungwon pun ada hak untuk suka sesiapa sahaja, ada hak untuk bercinta dengan sesiapa sahaja. lagipun, jungwon mana pernah tunjuk sebarang tanda tanda dia menyukaiku. aku je yang syok sendiri, perasan, delusional.

akhirnya, aku terluka dengan harapanku sendiri. padan muka kau, kim yeonsu.

cheche
tak payahlah cakap pasal ruto
kuanja budak tu sidai mesej aku
DAHLAH MESEJ TU JUMAAT LEPAS
KOTAHUKAN HARI NI DAH SELASA
SANGAT ASHIBAL

tak jadi nak menangis. eh kenapa dengan crush kitorang bertiga ini? tiga tiga buat perangai, dalam masa yang sama. sengaja ke nak bagi trio haeyeochae broken? the real kamu bahagia, aku bahagia, kamu broken aku broken ke?

lee dokyeom friendzonekan kang haerin, hong eunchae jadi mangsa sidaian watanabe dokyeom, yang jungwon expose girlfriend yang buatkan kim yeonsu ditimpa heartbreak tahap empat. wah, bolehlah guna frasa jantan semua sama!

yeony
mungkin kita kena sedar status kita
kita ni cuma kawan je bagi diorang

nafas berat aku hela. sebaik sahaja mesej itu selamat dibaca oleh eunchae, air mataku sekali lagi jatuh. aku tak boleh buang yang jungwon daripada hidup aku. walaupun perkenalan kitorang baru mencecah satu bulan, tapi yang jungwon dah berjaya jadi main character dalam hidup kim yeonsu.

macam mana nak hadap jungwon dekat sekolah esok? apa patut aku buat? buat buat tak nampak atau tukar laluan bila nampak dia? atau tegur macam biasa?

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now