42 : therapist friend

38 7 0
                                    

yeonsu

masih lagi diserang rasa tak percaya. apa maksud jungwon? 'bukannya ada girlfriend pun'? habis itu seol yoona yang dia selalu spam dan post hari hari dekat status whatsapp dan instastory dengan caption hati putih itu siapa? takkan post saja saja? susah juga nak percaya yang jungwon ini single.

tapi bohonglah kalau aku kata aku tak rasa bahagia langsung. jungwon single weh kiranya takdelah aku disapa rasa bersalah bila nak mengorat sebab dia bukan sesiapa punya. tapi aku ada peluang ke kalau jungwon single pun?

yeony
HELLO INGAT BAHAGIA TU DENGAN AWEK JE KE
boleh je kan bahagia dengan keluarga, kawan

tiba tiba aku rasa geram dengan persepsi bahagia daripada sudut pandangan jungwon. oh kiranya orang single yang takde boyfriend girlfriend ini tak bahagia ke? astu orang yang taken je layak bahagia macam itu ke? mentaliti sampah betul si jungwon ini. dah kenapa nak sandarkan kebahagiaan dekat orang yang belum tentu jodoh kita? aku menghela nafas, tidak mahu amarah di jiwa kian marak.

tapi aku seakan lupa sesuatu. padahal aku turut melakukan perkara yang sama jungwon lakukan. aku anggap jungwon itu kebahagiaanku walaupun— hubungan kami hanya sebatas kawan. sedarlah aku, rasa marah di jiwa ini hadir kerana bukan aku bahagianya jungwon.

jungwon
yelah
terima kasih sebab bagi semangat 💔

melihat emoji yang digunakan jungwon buatkan aku semakin tidak sedap duduk. memang ada sesuatu ke berlaku di antara yang jungwon dan seol yoona? takkan kot? selama ini kemain mesra lagi diorang, yelah jungwon hari hari expose si yoona nak tunjuk dekat dunia yang dia ada awek cantik.

"ke diorang gaduh?" okey walaupun aku cemburu dengan yoona sebab dapat jungwon, tapi rugi jungwon kalau hilang seol yoona. sebab cantik gila kot yoona. aku yang perempuan pun berkenan. aku rasa aku kena korek sikit apa yang dah jadi.

yeony
janganlah bagi emoji camtu
sedih kita

ting!

jungwon
rasa tak nak kenal perempuan lepas ni

"sah! sah! jungwon ada prob ngan yoona." tersungging senyuman di bibir. alang alang jungwon tengah hadapi konflik dengan yoona apa kata aku cuba jadi penyelamat konon kononnya nak bantu jungwon kembali ke yoona? mana tahu berkat usahaku ini, jungwon nampak akan aku yang tak pernah abaikan dia dan selalu ada untuk dia, tak kira susah dan senang? win win situation!

yeony
alah nanti dekat u boleh jumpa orang yang lagi baik

jungwon
orang tak pernah menangis sebab perempuan tahu tak
tapi yang ni...

okey aku terkedu. jari jemariku yang tadinya rancak menaip kini terjeda. jungwon— menangis gara gara yoona? aku mengetap bibir. kiranya di saat aku menangis gara garanya, dia turut sama menangis kerana seorang perempuan? kami berdua sama sama tersakiti dan berada di dalam situasi yang menyakitkan?

"jungwon, kau pun buat aku menangis jugak." ujarku perlahan. adil kan? kau buat aku nangis, perempuan tu buat kau nangis juga. aku menggeleng, tidak mahu melayan rasa sedih yang mulai bertandang. baik aku fokuskan akan jungwon sekarang.

yeony
oh istimewanya dia
orang harap yoona bagi dia peluang kedua

aku tak tahu apa apa yang terjadi antara mereka berdua tapi kalau bersama dengan seol yoona sahaja dapat buatkan jungwon bahagia, akan aku berikan sokongan sepenuhnya. aku cuma nak tengok orang yang aku suka, bahagia dengan orang yang dia suka. walaupun orang itu bukanlah aku.

jungwon
dah puas orang minta peluang kedua
perit tahu tak
rasa macam takde harga diri dah

yeony
tapi orang yakin yoona sayangkan dia
hm biasalah bila dengan orang kita suka kita rela nampak beria kan

bercakap daripada pengalaman. aku rela tebalkan muka tegur jungwon dulu, minta instagram dia depan tandas lelaki tanpa hiraukan pandangan orang di sekeliling. aku letakkan maruah aku di tapak kaki sebab rela mulakan first move semata mata nak menjadi kawan kepada yang jungwon. beria tahap tertinggi.

jungwon
masalahnya kitorang pernah putus tahu tak
tu pun sebab salah yoona
tapi orang tetap bagi yoona peluang kedua

aku tak tahu apa yang aku rasa tapi entah kenapa, pandanganku terasa berbalam balam. aku tatap bayangan wajah pada skrin telefon. tubir mataku bergenang. aku— aku menangis? tapi kenapa? segera aku seka sebelum air mata itu jatuh. "kenapa aku menangis ni?" ujarku pura pura bodoh. walaupun hati aku sakit. bila tahu sesayang ini jungwon terhadap yoona.

aku seakan lihat diriku pada jungwon sekarang. bezanya aku mengharapkan jungwon, tapi jungwon mengharapkan seol yoona.

yeony
jap kiranya ni bukan first time break?
hm cuba bagi yoona masa untuk healing
orang yakin yoona akan cari dia balik

jungwon
bukan tak nak bagi yoona masa
tapi macam mana kalau yoona jumpa lelaki lain
dahlah break pun sebab dua dua sibuk
bukan curang ke apa

kiranya jungwon betul betul single sekarang? alasan diorang putus gara gara tiada quality times di antara mereka berdua? susahnya bila terlibat dalam long distance relationship. tak boleh jumpa selalu. boleh mesej dan telefon je kalau rindu.

tapi yang jauh itu juga yang jungwon kejar. yang ada depan mata dia langsung tak nak pandang. siapa kata yang jauh kalah dengan yang dekat?

yeony
janganlah overthinking sampai macam tu
nanti jadi betul betul macam mana
habistu lost contact ke sekarang

jungwon
tak pun
sekarang tengah pujuk yoona
orang cuma nak fokus dekat yoona je

"cuma nak fokus dekat yoona je." tubir mata yang tadinya kering kembali digenangi dengan air. yeonsu, jangan menangis! kau itu cuma kawan jungwon! kau tak layak nak terluka sebab jungwon tak suruh pun kau suka dia. awal awal lagi jungwon dah tunjuk yang dia takkan pilih kau. kenapa kau tetap nak terluka?! seol yoona sahaja yang jungwon suka. bukan kau.

yeony
jangan putus asa
orang yakin yoona akan terima dia
nanti dah berbaik roger tau!

jungwon
hm macam takde harapan je

yeony
ada! tapi boleh je kan jadi kawan biasa

orang kata kalau tak dapat nak memiliki orang yang kita suka, dapat jadi kawan pun dah cukup untuk buatkan kita masih lagi menjadi salah satu watak dalam hidupnya.

jungwon
yoona kata boleh je kalau nak jadi kawan atau best friend
tapi orang tak nak
orang nak lebih dari tu

sekali lagi aku menahan air mata yang masih lagi bertakung daripada membasahi pipi. jangan nangis yeonsu, kau kan seterong gurl! seterong gurl manalah nangis sebab lelaki kan? halah jangan nangis yeonsu! lekas aku seka untuk kesekian kalinya.

yeony
tapi dengan jadi kawan dia masih jadi orang penting bagi yoona

jungwon
astu tengok yoona dengan yang lain?
orang tak boleh terima!
seminggu dah kitorang break
bila balik sekolah je orang nangis

aku terkedu. kiranya, sebelum dia pergi berkhemah tiga hari lepas, jungwon dah putus dengan yoona? patutlah kebelakangan ini, jungwon sudah tidak seceria dan asyik sugul sahaja. gara gara yoona rupanya. tapi kenapa dia masih boleh senyum dekat aku hari itu?

-tbc-

junior -yjwWo Geschichten leben. Entdecke jetzt