24 : unlucky cupid

37 9 0
                                    

yeonsu

hari ini sekolah agak meriah dengan adanya acara hari sukan. dapatlah tengok setiap muka muka pelajar sekolah yang sebelum ini bukan main payah nak jumpa. aku tahu, mesti ramai yang akan ambil kesempatan ni untuk usha crush, cipta momen dengan girlfriend dan boyfriend.

aku jelah yang sendu sekarang ini? aku menggeleng, tidak mahu. aku pun mahu habiskan hari dengan kenangan manis. aku tidak mahu terperuk kesedihan lagi. siapa kisah kalau jungwon dah berpunya? dia tetap lelaki yang aku sukai. dan aku masih lagi tidak mahu mengalah. selagi tak kahwin, selagi itulah aku masih mempunyai peluang.

"kau okey?" bahuku disentuh seseorang. aku memberikan senyuman tipis ke arah eunchae. "aku okey jelah. tak naklah broken broken, aku kan seterong gurl!" ujarku ceria, mengundang senyuman di bibir eunchae. ya, dia juga tahu apa yang terjadi. dia tahu aku terluka gara gara instagram story jungwon tempoh hari.

"weh korang, sembang apa lagi. jomlah ke padang, aku dengar acara dah nak mula!" haerin sudah tidak sabar, lagi lagi lepas tahu yang dokyeom juga turut serta dalam acara yang akan berlangsung. 400 m lelaki 18 tahun.

"MENTANG MENTANG CRUSH KO MASUK!" jerit eunchae. aku teringat sesuatu.

"chae, bukan ke haruto pun join--" tak sempat aku nak habiskan kata kata, tanganku dan tangan haerin ditarik oleh eunchae menuju ke arah padang. cis, mengata haerin, padahal dia pun dua kali lima sepuluh. aku pandang haerin dan eunchae silih ganti, untungnya diorang. crush diorang masih available, dahlah mesra alam.

haih, kenapalah aku kena jatuh cinta pada orang yang salah?

menghampiri padang, dapat aku lihat beberapa orang peserta mula menghampiri trek larian. dan aku nampak haruto dengan dokyeom. uish, bersaing antara satu sama lain. memang syok habis haerin dengan eunchae fangirl nanti.

"haruto, do the best!!!!!!" jeritan daripada eunchae menyentuh gegendang telingaku. aku menoleh ke arah eunchae dengan pandangan tak percaya. kiranya, persahabatan haruto dengan eunchae ini bukannya private? macam aku dan jungwon.

yelah, jungwon mana pernah tegur aku bila kitorang bertembung. macam tak nak bagi kawan dia tahu yang dia tu berkawan dengan aku. hina sangat ke berkawan dengan senior yang tua tiga tahun? cuba bagitahu.

haruto tersengih sebelum menggangguk. apa lagi, terus tergedik gedik eunchae setelah menerima senyuman daripada crush tercinta. dia menghampiri sebelum lenganku dirangkulnya. "dia senyum dekat aku weh TAK BOLEH BERNAFASLAH MACAM NI." aku tersengih kecil. kena jadi cantik macam eunchae dulu ke kalau nak attention daripada crush?

"habis tu kau, haerin?" soalku. crush dah nak berlari kot, tak nak bagi kata kata semangat ke? mana tau berkat kata kata semangat daripada senior, dokyeom boleh jadi juara macam kejohanan merentas desa tempoh hari.

"dah wish semalam."

"noona!" kami bertiga berpaling. dokyeom melambai lambai tangan ke arah haerin, memberi isyarat supaya haerin pergi ke arahnya. "weh, pergilah cepat. nanti tak sempat pulak." aku dan eunchae menolak haerin untuk berjalan ke arah dokyeom.

aku masih tak percaya, dokyeom boleh lambai dekat haerin depan orang ramai? dahlah dia itu berada dalam trek larian, yang mana mesti tumpuan pelajar akan tertumpu ke arahnya. aduh, kenapalah kawan kawan aku ini beruntung gila dalam soal crush?

"yeonsu, kau rasa diorang ada apa apa ke? bukan main mesra lagi borak." eunchae memulakan umpatan. aku hanya menggangguk. sempat lagi haerin dengan dokyeom berbual. kena cemburulah begini. tidak lama, haerin berlari ke arah aku dan eunchae dengan senyuman lebar.

"korang! dokyeom-- dokyeom--"

"dokyeom apa?"

"dokyeom suruh aku tolong pegangkan dia punya kunci motosikal." haerin membuka genggamannya, dan ada satu kunci motosikal berada di dalamnya. aku dan eunchae ternganga besar, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja terjadi.

"BAIK KAU CAKAP SEKARANG KAU DENGAN DIA TU BUKAN SEKADAR KAWAN JE KAN?" aku ikut ketawa bila eunchae dah mula soal siasat si haerin macam polis pencen. tapi tak kunafikan, aku sedikit terluka. diorang dapat attention daripada crush, padahal crush diorang notice diorang gara gara aku. aku ini ditakdirkan jadi cupid je ke?

"yeonsu and the gang." terhenti lamunanku. aku menoleh.

"korang kan yang jaga dekat acara lompat jauh? baik korang pergi set up tempat sekarang, nanti acara nak mula." sebaik sahaja dengar arahan itu, terus kami bertiga memecut ke arah tapak lompat jauh. sibuk sangat usha crush, sampai lupa kitorang ada tugas yang kena diselesaikan!

"kau ambik kayu ni, kau ratakan pasir." haerin menghulurkan sebatang kayu ke arahku. aku hanya menurut. sedang seronok ratakan pasir, tanpa sengaja aku terlihat seseorang sepertinya menuju ke arah tapak lompat jauh. jantung aku mula berdegup tidak normal.

"jungwon? dia nak datang sini ke?" getus hatiku. tangan dah mula menggigil. pandanganku masih terarah padanya. alamak, sekarang aku nak kena behave macam mana ini? dia dah semakin dekat.

eunchae dan haerin berpandangan seketika, sebelum tersengih jahat bila diorang sedar yang jungwon dah makin dekat. tahu sangat dengan perangai yeonsu, mudah sangat gelabah. padahal dulu bukan main berani approach jungwon, depan tandas lelaki kot.

aku tak berani nak pandang depan bila aku sedar jungwon berada tidak jauh dariku. dahlah berhadapan dengan aku. boleh tak jangan buat aku tak senang duduk? sekarang rasa macam nak bersembunyi dalam pasir je. jungwon hanya memerhati tanpa suara.

yang aku pelik, kenapa dia datang sini? dahlah sorang sorang, mana kawan kawan dia? tahu tak bila dia berkelakuan begini, ianya akan meningkatkan tahap delusional aku kononnya jungwon datang sini sebab nak tengok aku. yeonsu ini memang pakar dalam soal delusional.

"rasa macam kita perlukan sorang volunteer untuk melompat." ujar haerin, buat mataku membulat. aku menoleh ke arahnya, dia memberikan senyuman penuh makna.

"kalau macam tu, mintak tolong dengan orang sanalah." ujarku, dengan pandangan terarah pada jungwon.

jungwon yang sedar kata kataku tertuju padanya segera menggeleng. "tak naklah." ujarnya dengan senyuman. melihat senyuman itu, aku rasa segala kesedihanku dua tiga hari ini gara gara girlfriendnya seakan hilang ditiup angin.

jungwon bercakap dengan aku. jungwon senyum dekat aku. aku tidak dapat menahan diri daripada senyum, segera aku membuang pandangan ke belakang. MAK, YEONSU NAK FANGIRL! JUNGWON BAGI ATTENTION DEKAT YEONSU!!

acara lompat jauh bermula, dan aku ditugaskan menjadi pemegang bendera putih dan merah, yang mana kalau lompatan peserta terbatal, bendera merah akan diangkat. sedikit berdebar sebab jungwon masih berada di sini walaupun dia tak main. aku pun pelik kenapa jungwon langsung tak sertai mana mana acara.

takpelah, yang penting aku dekat dengan jungwon. yahoo!

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now