47 : 1-3 pt.2

40 6 0
                                    

yeonsu

"aduh lambat lagi ke nak masuk kelas budak ni, kemain aku gigih minta tukar kelas sebab nak tengok dia lah dia keluar DAHLAH AKU KENA JAGA KELAS NI 1 JAM JE MANA CUKUP!" tidak henti henti jiwaku menjerit, geram sebab dah lima belas minit berlalu tapi bayang bayang jungwon masih belum muncul ke kelas. kalau aku tahu dia ambil masa lama macam ini, aku takkan bagi dia keluar tadi! patutnya aku gunakan kuasa veto sementara aku, halang dia keluar dari kelas.

"sunbae kenapa gelisah semacam je?" terjeda segala luahan isi hatiku bila ditegur pelajar yang mana mejanya berada berhadapan dengan meja guru. aku lihat tanda namanya. myung haesoo. okey tak penting. ketara sangat ke aku punya tak senang duduk gara gara jungwon belum masuk kelas?

"taklah. saya risau, kawan kawan awak yang keluar pergi tandas tu tak masuk masuk lagi. dah lima belas minit kot! sembelit ke apa." ujarku geram, mengundang tawa haesoo. apa yang kelakar? aku tengah panas hati kot.

"sunbae tak payah risau, diorang memang macam tu. selagi tak setengah jam mana mau masuk kelas. nak nak pulak si jungwon, uish suka betul ronda ronda satu sekolah. tak tahulah datang sekolah ni nak belajar ke nak jadi guard." sakan si haesoo mengutuk jungwon. ada dendam tersurat lagi tersirat ke? dahlah yang dikutuk itu crush aku! tak tahu nak bela ke tidak sebab aku memang acapkali bertembung dengan jungwon di luar kelas. kuat berjalan budak itu, sangat memanfaatkan kaki yang Tuhan bagi.

ting! alang alang tengah mengumpat jungwon apa kata aku korek rahsia sikit. "eh boleh tanya sikit tak? kelas awak memang balik lewat setiap hari ke? ke memang ssaem awak lepas korang lewat?" dah lama soalan ini bermain main di benakku. si jungwon punya kelas dah macam kelas nak ambil csat padahal tahun ini giliran batch aku. tapi kenapa ssaem dia beria ria lepaskan kelas diorang lewat? sakit perut aku tahan lapar gara gara tunggu jungwon keluar daripada kelas ketika waktu balik.

kening haesoo berkerut. aku tersalah cakap ke? bukan nak jadi wartawan percuma, aku cuma nak tahu waktu kelas jungwon tamat, itu sahaja. tak nak percaya jadual kelas jungwon. munafake. "aik macam mana sunbae tahu kelas kitorang selalu keluar lewat?" MATI KAU YEONSU. boleh tak, sebelum berkata kata itu, bagi sampai ke otak dulu, hadam dan proses betul betul lepas itu baru keluar daripada mulut. ini tidak, orang tua tua kata sampai dekat mulut dulu baru otak.

NAK KANTOIKAN DIRI KE YANG KAU HARI HARI TUNGGU KELAS JUNGWON TAMAT? hilang harga diri kau sebagai senior, kim yeonsu. pengetua, izinkan saya pindah sekolah.

"errr." gigih aku mencari alasan untuk menjawab soalan cepumas dan boleh buatkan yeonsu diserang strok dan serangan jantung. tidak sempat aku berkata kata, bunyi tapak kaki dari pintu kelas buatkan aku dan haesoo menoleh. dan terukir satu senyuman di bibirku. yang jungwon aku datang untuk menyelamatkan aku! aku bersyukur jungwon datang betul betul ketika aku perlukan pertolongan. memang jodoh aku ini.

jungwon terus melangkah. dan yang buat aku kaget, bila jungwon tiba tiba menarik kerusi dan duduk di sebelah haesoo, yakni DI HADAPAN AKU WOI KAU APAHAL MASUK MASUK AMBIL TEMPAT DEPAN AKU KALAU SUKA BAGITAHU JELAH TAK SUSAH SUSAH AKU SUKA KAU DALAM DIAM. tanganku dah mula menggigil, aku sorokkan di bawah meja guru. jadi profesional yeonsu, engkau lahir tiga tahun awal daripada diorang.

"noona boleh bawak phone dekat sekolah kan?" soal jungwon. soalan jungwon aku balas dengan anggukan. kenapa jungwon tanya seperti itu? nak tahu, dekat sekolah aku, hanya pelajar tahun akhir sahaja dibenarkan bawa telefon ke sekolah. pelajar lain boleh guna telefon awam je. tak tahu kenapa pengetua aku tetapkan peraturan begitu padahal sekolah lain bagi je pelajar diorang bawa telefon. mesti diorang menyesal masuk sekolah ini.

"bawak je tapi ada dekat kelas. kenapa jungwon?" kenapa tiba tiba jungwon tanya pasal telefon aku? curiga tapi nak tahu. ada niat jahat ke budak ini?

"baru ingat nak selfie guna phone noona." tika itu hanya tuhan je tahu berbakul bakul makian aku lontarkan kepada diri sendiri. WOI JUNGWON NAK SELFIE GUNA TELEFON KAU APAHAL KAU PERGI TINGGAL TELEFON DALAM KELAS HUWA. kenapa aku selalu tidak bernasib baik dalam setiap perkara yang melibatkan yang jungwon? memang tiada jodohkah?

nak marah tapi kena sabar. tunggu balik nanti yeonsu nak menangis bawah katil. kenapa dunia ini tidak adil dahlah satupun gambar jungwon tiada dalam galeri aku gara gara perangai jahat dia yang suka hantar view once. astu bila dia nak selfie guna telefon aku, aku pula tak bawa?! patut ke aku angkat bendera putih?

jungwon tiba tiba bangkit dan berjalan ke tempat duduknya. dia keluarkan buku sejarah dan buka. dah kenapa tiba tiba acah rajin nak ulangkaji depan aku ini? tapi bila tengok betul betul, dia main selak je buku teks itu. "okey dah habis study." terus buku itu ditutupnya. aku tahan gelak, diam diam kelakar rupanya jungwon. petanda kena kawal sampai kahwin.

"jungwon-ah!" mendengar nama jungwon diseru, buatkan aku turut menoleh ke arah punca suara. kenapa? sebab yang panggil dia itu perempuan! jungwon segera berjalan ke arah perempuan itu dan duduk berhadapan dengannya. tak dapat nak dengar apa yang diorang bualkan, tapi menurut pemerhatian aku, perempuan itu nak minta tolong jungwon ajarkan dia rasanya.

"untungnya jadi classmate jungwon. kalau tak tahu apa apa, boleh buat buat tanya jungwon huwa nak swap ngan perempuan tu biar aku jadi dia dia jadi aku. tak seronok jadi senior jungwon, nak jadi classmate jungwon." gumamku. mataku masih tertumpu pada jungwon dan perempuan itu.

jujur shakap, timbul sedikit rasa cemburu melihat betapa dekatnya jungwon dengan perempuan itu. ya aku tahu jungwon cuma nak ajar rakan sekelas dia tapi entahlah, aku sensitif tengok jungwon rapat dengan mana mana perempuan. maaf masih tak kebal walaupun hari hari disajikan dengan gambar seol yoona dekat status whatsapp dan instastory jungwon.

aku tatap pula beg jungwon yang melepek terbaring di atas kerusi. hampir tercetus tawaku melihat hanya ada satu buku teks di dalamnya. baik tak payah bawa beg jungwon sumpah weh.

tatapanku beralih lagi ke arah yang jungwon. okey dia dah selesai ajar rakan sekelas dia. sekarang dia berjalan balik ke tempat dia. eh tak, dia berjalan ke arah papan putih. "apa yang dia nak buat?" tangan jungwon mula menulis sesuatu di papan putih. aku mula membaca bait bait perkataan yang ditulis oleh jungwon.

nama pelajar bising.
oh yejun - bercakap

dan gelakku terhambur keluar. jungwon, jungwon, begini eh kelakuan kau dalam kelas? sangat menarik sepuluh bintang!

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now