39 : which w(one)n

32 8 0
                                    

yeonsu

aku diam seharian, langsung tidak bising seperti kebiasaan. haerin dan eunchae yang sibuk mengumpat juga tidak menarik perhatianku lagi. aku rasa macam tak senang duduk hari ini. rasa macam takde jiwa nak buat apa apa. sudahnya, hanya mampu termenung macam apek kalah judi.

pap! bahuku ditampar haerin. tanpa suara, aku toleh ke arahnya sambil tunjuk muka 'kau nak apa'. tengok, nak bercakap pun malas. tanda tanda awal kemurungan ke?

"pahal diam je hari ni, jungwon buat hal lagi ke?" dia ingat mood aku ini bergantung sepenuhnya dekat jungwon ke? tapi tak juga aku nafikan kata kata haerin. kadang, bila dapat eye contact dengan jungwon dah boleh buat aku tersenyum sepanjang hari, takpun bila jungwon tiba tiba expose dia punya awek dekat mana mana media sosial, memang murung si yeonsu.

tapi sekarang, aku jadi seperti ini bukan gara gara si yang jungwon!

"haahlah, selalunya yeonsu ni cergas dan aktif. kau tak minum milo lagi ke?" ujar eunchae. dia memang tahu yang aku ini hantu milo. tapi sekarang ini bukan soal milo dan jungwon!

"korang, semalam aku follow instagram sangwon." haerin dan eunchae memberikan tatapan terkejut kaget dan seangkatan dengannya. gila ke tak terkejut, yeonsu sendiri kata cuma jungwon di hati, tapi kenapa tiba tiba mulakan first move dekat lelaki lain selain daripada jungwon?

"kau suka sangwon ke do?" soal eunchae.

"taklah. aku cuma--"

"kau dah tak nak kejar jungwon ke? dan kau nak beralih dekat sangwon sebab muka dia ada iras dengan jungwon? kau kata kau tetap nak wonie no.1, yeonsu." ujar haerin. tidak percaya, semudah itu yeonsu ingin mengalah dalam mengejar cinta jungwon. memanglah takde harapan, tapi tak salah untuk terus berusaha? usaha itukan tangga kejayaan.

"korang cakap apa ni, sangwo--"

"ya, ingat kitorang tak perasan ke kau selalu eye contact dengan sangwon. astu sangwon pun selalu curi curi pandang dekat kau. tapi kau tak boleh move on, yeonsu! kau lupa ke betapa susah payahnya kau nak dekatkan diri dengan jungwon dulu????"

aku menghela nafas, cuba untuk menyabarkan diri daripada hentak kepala dua orang kawan aku ini dekat dinding. CUBA BAGI AKU HABISKAN KATA KATA AKU DULU! geram tahu tak! senang senang je diorang anggap aku nak move on!

"kang haerin, hong eunchae, sangwon dah ada girlfriend!" okey, itu yang buatkan aku takde mood. kalau nak jujur, ada benarnya kata kata haerin dan eunchae. aku baru nak beralih ke arah sangwon, memandangkan aku rasa aku dengan jungwon memang dah tak ada harapan.

tapi-- SANGWON PUN DAH TAKEN WEH! kenapa aku mesti dikelilingi lelaki yang sudah berpunya? aku ini ditakdirkan untuk menjadi pelakor ke?

"APA?????? MANA KAU TAHU?????" haerin dan eunchae melopong habis. terkejut. kenapa semua orang dah taken, tapi bukan mereka bertiga? tak laku sangat ke diorang? dan kenapa yeonsu selalu terlibat dengan pakwe orang?

"pagi tadi, aku buka instagram, tengok dia repost awek dia punya story. awek dia post video wish happy birthday dekat dia mat, kuanja tak sempat buat first move tau tau dah ada yang punya. nasiblah aku follow dia awal awal." rungutku. tapi bersyukur sebab aku follow si sangwon pada waktu yang tepat. cuba bayangkan kalau aku terlewat follow? mesti aku ingat dia single.

"tapi logiklah, takkan handsome cemtu single? takpelah yeonsu, kau fokus jelah dekat jungwon. kau tu memang ditakdirkan untuk jadi pencinta jungwon je. okey! no more sangwon!" eunchae menepuk bahuku, seakan memberi semangat.

"nasib baik aku tak tersuka lagi. kalau tak, broken dua kali mat. broken dengan jungwon pun tak sembuh lagi, inikan pulak dengan sangwon? syukur aku dapat tahu awal awal."

tapi bila fikir fikir balik, jungwon itu seribu kali lagi comel daripada sangwon! dahlah, sekarang yeonsu cuma nak fokus dekat yang jungwon sahaja!

malamnya, aku tatap lama chatroom aku dan jungwon. dah lama tak mesej jungwon, patut ke aku mesej dia? tapi kalau tak mesej dia dulu, memang dia takkan mesej aku. lah, buat apa nak mesej aku, diakan dah ada girlfriend. mestilah dia pergi mesej girlfriend dia. aku ini siapa, cuma kawan. kawan biasa sahaja.

jariku mula menaip.

yeony
jungwon
nak tanya sikit
nak tanya dari segi pov lelaki

tarik nafas bila tengok jungwon mulai typing... CUBALAH PERAM MESEJ AKU SEMINIT DUA DULU! buat orang tak senang duduk betul dengan dia punya fast reply!

yang jungwon
tanyalah

aku mula sambung taip, tapi tiba tiba rasa macam tak jadi. aku kembali padam apa yang aku taip. tapi sebab aku dah bagitahu jungwon yang aku nak tanya sesuatu, jadi aku kembali taip. tapi masih teragak agak nak hantar. sehinggalah--

yang jungwon
lamanya nak tanya

"WEH DIA TUNGGU KE????" sebenarnya aku tak fikir pun apa yang aku nak tanya apa. aku cuma nak mesej dia saja saja. aduh, nak tanya pasal apa eh? fikir punya fikir, akhirnya aku dapat satu soalan.

yeony
ada sorang junior ni kan
orang tak tahu dia ada masalah apa dengan orang
tapi dia selalu tengok orang macam ada dendam lama
padahal orang tak pernah pun cakap dengan dia

ya, aku tanya pasal sangwon. aku mana pernah cakap dengan sangwon, tapi bukan aku sorang je yang perasan, si haerin dan eunchae pun perasan yang sangwon selalu pandang aku. dahlah pandang pun macam nak cari gaduh. nak kata dia suka, diakan dah ada girlfriend. jadi jungwon, mohon penjelasan.

yang jungwon
eh mana ada masalah
orang malu jelah
sumpah takde dendam apa apa

berkerut kening dan dahi aku bila baca mesej balasan daripada jungwon. apa yang dia mengarut ini? jangan kata-- DIA INGAT JUNIOR YANG AKU MAKSUDKAN ITU DIA??? WEH PERASAN GAK SI JUNGWON AHAHAHAH. aku gelak.

"WEH AKU BUKAN CAKAP PASAL KAU DO HAHAAHHAAHAH tapi sebab kau comel jadi dimaafkan." tak henti aku gelak, kelakar betul jungwon, padahal dah terang terang aku bagitahu dekat situ yang aku dan junior itu tidak pernah bercakap antara satu sama lain.

yeony
oh yeke
ha nak bagitahu sesuatulah
kenal tak budak baru tahun kedua?
ramai tau yang ingat budak tu dia
serupa gilaaaaa

yang jungwon
tak tahu ke ramai ingat dia tu abang orang
padahal tak sama langsung!
😭

lah???? kiranya bukan aku dan trio aku jelah yang ingat dia dengan sangwon itu serupa? tapi sumpah tak tipu, sekilas tengok memang akan nampak sangwon itu jungwon. mirip sangat, tapi jungwon lagi comel!

yeony
samalaaaaah!

yang jungwon
TAK!

yeony
ingatkan dia tau tau orang lain HAAHAHHA

yang jungwon
TAK SAMA 😭
nama dia apa

yeony
lee sangwon

yang jungwon
oooo tak nak try ke
dia handsome kot

terkedu aku bila jungwon tiba tiba nak padankan aku dengan sangwon. woi! orang yang aku suka itu kaulah! huwa, sedihnya bila crush kita sendiri recommend lelaki lain dekat kita. aku tersengih hambar. sedarlah yeonsu. jungwon takkan suka dekat kau.

-tbc-

junior -yjwTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon