17 : rama rama

39 8 0
                                    

haerin

"agak agak dokyeom save tak nombor aku?" aku membuka aplikasi whatsapp. ruangan chat dokyeom aku tekan. mesej mesej lama antara aku dan dia buatkan bibirku mengukirkan senyuman. rindunya, last chat masa dia bagi pingat dekat aku tempoh hari.

"tak nak chat noona ke?" ujarku. nak mulakan chat, aku tidak berani. aku bukan macam kim yeonsu, berani buat first move. aku ini perempuan korea terakhir kot, mana main first move. yang approach dokyeom sebab nak ajak bergambar itu bukannya aku yang buat, sebaliknya kim yeonsu. jadi kiranya setakat ini aku masih bebas daripada membuat first move.

dah bosan scroll chat lama dokyeom, aku beralih ke ruangan status. daripada tunggu mesej yang tak kunjung tiba, lebih baik aku tengok status orang. ya kang haerin sangat suka tengok life orang sebab life kang haerin tak menarik dan kelabu.

"eo?" kaget aku seminit bila aku tengok nama dokyeom 🦋 turut berada di situ. eh dokyeom update status weh! jangan berdebar lagi. tarik nafas dulu sebelum tengok. bila dah rasa bertenang, aku terus tekan status dokyeom. jom tengok apa yang dia post!

aku ternganga luas bila status dokyeom berjaya aku buka. "apakah????" kau tahu apa yang dokyeom post? dia post video tiktok yang berbunyi 'senior in public crush in private'. WEH DIA MENTION SIAPA? aku ke???? tapi setakat ini aku je senior yang berkawan dengan dia. weh weh tolong jangan buat aku delusi tapi siapa yang dia maksudkan itu????

hati aku jangan cakaplah, dah berbunga bunga. macam mana kalau senior yang dimaksudkan itu aku, kang haerin? "ish dokyeom ni kalau suka tu confess jelah, mana tau kita boleh ke next level." jadi aku bercadang nak reply status dia. okey ini first move pertama kang haerin. doakan tau!

rinrin
siapa

nanti noona tolong kenenkan

tersenyum senyum aku bila mesej itu selamat dihantar kepada dokyeom. tika ini aku dah tak fikir apa apa, aku cuma nak tahu siapa senior yang dimaksudkan oleh dokyeom. bukan nak perasan, tapi aku rasa status dokyeom itu memang ditujukan untuk aku. HAHAHA BIARLAH BAGI KANG HAERIN PELUANG NAK PERASAN KEJAP!

ting!

"WEH DOKYEOM REPLYYYYYY HELP MEH!" mesej baharu daripada dokyeom aku segera buka. lagi lagi membuntang mata aku. DOKYEOM INI KENAPA SENGAJA NAK MENYIMBAH MINYAK KE API DELUSIONAL AKU?

dokyeom 🦋
nama dia bermula dengan huruf H

aku menekup mulut. NAMA SENIOR ITU BERMULA DENGAN H??? AKULAH KIRANYA KAN KAN. KANG HAERIN! haerin itu kan bermula dengan huruf h ish dokyeom ini tolonglah kalau suka bagi tahu terus tak payahlah nak main hint hint. kang haerin lembap dalam perihal hint hint.

"sabar haerin ngko jangan excited lagi. dia nak main hint sangat kan jom kita act fool AHAHAH ini kang haerin kot." aku menepuk dada, bangga. terus aku mula menaip mesej balas.

rinrin
haewon?
haneul?
hwayoung?

sengaja aku hantar nama nama rakan kelas sebelah sebab tak nak syok sendiri. karang kalau letak nama sendiri astu kena ejek perasan macam mana? memalukan. haerin tak nak malukan diri sendiri disebabkan perkara ini. tapi jauh dalam sudut hati aku, aku berharap senior h yang dokyeom maksudkan bukan daripada kalangan nama yang aku hantar itu. dokyeom, taylor swift pernah berkata, please don't be in love with someone else.

"WEH DIA DAH BACAAAAA JOM BERDEBARRRRR." melihat dokyeom typing... semakin merancakkan debaranku. tolong tolong, haraplah senior h itu bukan diorang huwa kalau tak haerin mogok tak nak berkawan dengan dokyeom lagi.

ting!

dokyeom 🦋
kenapa tak letak nama sendiri?

haerin.nak.mati.boleh. "ARGHHHHHH!" jeritanku mulai mengisi atmosfera bilik aku. telefon di tangan aku kucup kucup berkali. "AKU SUKA KAU GILAAAA." bantal yang ada di sebelah aku tumbuk berkali kali, dek kerana diserang rasa bahagia dan kerama ramaan yang teramat sangat. dokyeom, kau memang hebat sebab dapat buatkan kang haerin meroyan jadi sila hargai kang haerin.

"ko kalau suka haerin, ko cakap." ujarku kepada telefon di tangan. begini ke rasanya cinta tak bertepuk sebelah tangan? ada peluang ke untuk aku menamatkan zaman single sebelum tamat persekolahan? lepas ini bolehlah ejek yeonsu dengan eunchae single. tapi diorang pun macam ada peluang je.

okey kita kena jual mahal, jangan tunjuk sangat kita bahagia. orang kata jangan bahagia sangat nanti menangis. jadi, kang haerin kena bersikap biasa biasa dulu, selagi dia tak confess jangan terlampau suka. mungkin dia saja nak mengayat?

rinrin
tak baik bergurau

dokyeom 🦋
kalau betul pun apa salahnya

WTFISH. BUDAK INI MEMANG NAK BAGI AKU MATI AWAL KE? apa masalah dia malam ini? "ARGHHHHHHHHHH NAK KAWENLAH GINI." bantal yang dah lenyek ditumbuk aku kembali menumbuknya sampai dah tak nampak rupa bantal. ini semua salah dokyeom lee. sengaja nak buatkan kang haerin tak boleh tidur sebab terlalu banyak rama rama yang datang menyerang diri haerin.

"senior h tu aku kiranya huwaaaa nak menangis. dokyeom janganlah macam macam, kita belum habis sekolah huwaaa eommaaaa nak kawen ngan dokyeom. huwaaaaa." kang haerin disahkan meroyan tolong sesiapa terjah bilik dia sebelum dia pergi buat kerja gila.

"aku pengen terbang yuhu!" aku melompat dan mendepakan tangan seolah olah aku mempunyai sayap sebelum aku melompat terjun daripada katil. nasiblah katil aku ini bukan jenis double decker kalau tak memang menempah patah kakilah kau ini kang haerin.

aku berbaring di atas lantai dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir. tolong tolong, kang haerin tak boleh berhenti senyum. hello polis, tolong tangkap dokyeom sebab dia dah curi hati kang haerin astu tak nak pulang balik.

dokyeom 🦋
tidurlah noona
dah lewat ni
jumpa esok

sesiapa, tolong hubungi ambulans sebab haerin betul betul perlukan tabung oksigen, alat bantuan pernafasan. adakah ini yang dinamakan cinta? benarlah, jatuh cinta itu merupakan perkara paling indah pernah terjadi pada kang haerin. dan aku nak sangat momen ini akan berkekalan dalam jangka masa yang panjang.

kang haerin suka dokyeom!

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now