29 : hi noona

37 8 0
                                    

yeonsu

"soalan math kau dah siap ke? kalau dah siap, nak tirulah. kau tahukan aku ni bengap asal kalau bab bab math ni." haerin merebahkan kepala di atas meja kantin. sedih mengenangkan nasib diri yang tak bijak dalam matematik sejak tadika lagi. mana pernah dapat A. paling tinggi pun C je weh. padahal eomma dah paksa dia masuk kumon.

"haah chae, kau siap dah ke? nak tiruuuuuuu." aku memaut lengan eunchae. iya, aku pun bodoh matematik, kira satu kepala dengan si haerin. dalam geng kitorang, eunchae sahaja yang bijak matematik. seringkali dia jadi mangsa aku dan haerin bila tiba waktu matematik. siapa suruh pandai matematik?

"eh mestilah siap, soalan senang macam tu, pejam mata aku boleh buat." riak si eunchae. aku dan haerin berpandangan, menghantar mesej rahsia. tak boleh cakap kuat kuat nanti eunchae tak nak bagi tiru. kalau tak siap, mahu buku kena baling ke luar tingkap. cukup trauma bila tengok ssaem lempar buku salah seorang rakan sekelas aku tempoh hari. saya tidak mahu mengikut jejaknya.

"sayang eunchae muah muah muah." eunchae yang berada di tengah tengah, menjadi mangsa rangkulan aku dan haerin. tidak peduli dengan mata mata lain di kantin. biarlah, nak tunjuk kita punya kasih sayang dekat rakan tercinta.

tidak sengaja aku menoleh ke arah pintu keluar kantin. jungwon dengan geng dia nak pergi mana? aku segera berdiri, membuatkan haerin dan eunchae serentak mendongak memandangku. "tak siap lagi ke makan? nak pergi koperasi ni." ujarku. aku yakin mesti koperasi yang dituju jungwon sekarang. nak bertembung, mana tahu boleh cakap hi ke.

"tak lari koperasi--"

"AKU NAK JUMPA JUNGWON!" ujarku. buatkan haerin dan eunchae cepat cepat menghabiskan makanan mereka yang masih berbaki. kawan yang supportive, diorang tahu betapa susahnya untuk kim yeonsu nak jumpa dengan jungwon selain daripada waktu rehat dan waktu balik.

"mana kau tahu dia pergi koperasi?" soal haerin tika aku menarik lengannya dan lengan eunchae untuk segera ke koperasi. tak nak terlepas jungwon!

"eh mananya jungwon?" bila tiba kat koperasi, aku langsung tak nampak kelibat jungwon. eh aku salah sangka ke? jungwon tak pergi koperasi ke?

"alang alang dah sampai kau beli jelah ngok. nanti kan beratur panjang pulak. jenuh nak menunggu." ujar eunchae, sambil pilih pilih roti yang dia nak beli. okey, nak beli roti perisa butterscotch ke vanila? tapi semalam dah makan roti coklat. hm ambil yang perisa strawberi jelah. getus hati eunchae.

aku menghela nafas berat, sedikit kecewa bila tidak bertemu orang yang dinanti nanti. nak salahkan jungwon, takde pula dia kata dia nak pergi ke koperasi. aku yang buat tafsiran sendiri. padan muka tersakiti dengan harapan diri sendiri.

nabati perisa coklat aku gapai, sebelum berjalan ke kaunter. ada dua tiga orang tengah beratur. aku turut masuk ke dalam barisan itu. terlampau kecewa tak nampak jungwon, buatkan aku tak hiraukan eunchae dan haerin yang tiba tiba menyeru nama aku. ish, nak suruh aku tanda tempat untuk diorang ke.

tanpa sengaja, aku menoleh ke belakang. okey. nak mati. fahamlah aku kenapa eunchae dan haerin seru nama aku tanpa henti. kau tahu siapa yang ada dekat belakang aku? the freaking yang jungwon! aku kaku, tidak bergerak.

mata kami bertatapan. anehnya, jungwon langsung tidak memutuskan tatapan. menyedari aku terkaku, jungwon mengelipkan matanya berkali kali, dan tersenyum sehingga terbitnya eyesmile. tapi rugi tak nampak dia punya senyuman, gara gara dia pakai mask hari ini.

'comelnya jungwon!!!!!!' jiwaku meronta ronta nak peluk jungwon ketika itu. dia ini kenapa, kadang macam nak berkawan, kadang macam tak nak? kalau tak nak berkawan, kenapa dia selalu buatkan aku rasa aku ini istimewa buatnya?

"urm, nak bayar ke tak?" tatapanku pada jungwon terputus bila suara juruwang kedengaran. alamak! malu bukan kepalang, tanpa suara aku segera membayar harga nabati sebelum berlari keluar daripada koperasi. tak tunggu haerin dan eunchae dah. lantak koranglah, aku kena selamatkan maruah aku dulu!

bersandar di dinding, aku menyentuh dadaku, di mana jantungku berdebar. degupan laju, seakan baru sahaja lari dikejar anjing. senyuman kembali menghiasi diri. AKU BERTATAPAN DENGAN YANG JUNGWON!!!!!

"amboi, bukan main dia punya eye contact, macam nak tembus je aku tengok. haih, aku yakin yang si jungwon tu ada perasaan dekat kau. tapi sikit jelah." ujar haerin. lenganku disiku lembut.

"blah blah blah." aku menutup telinga sebelum berlari ke arah kelas. diekori oleh eunchae dan haerin.

"tak sabarnya nak jumpa katil, nak tidur sampai esok." ujar haerin tika kelas terakhir mulai melabuhkan tirai. aku dan eunchae hanya ketawa, dah faham sangat dengan haerin yang sangat pentingkan dia punya tidur. suka sangat tidur, siang tidur malam tidur, dekat rumah tidur dekat sekolah tidur, dasar sleeping beauty.

"eh itu jungwon kan?" terjeda langkah kami bertiga. bila aku lihat ada gerangan yang cukup aku kenali berjalan tidak jauh di hadapan kami bertiga. aku cuba untuk tidak berfangirl, lagi lagi lepas ingat momen dekat koperasi tadi.

"eh pergilah tegur dia." haerin menghasut. aku menggeleng. tak naklah, cukuplah aku malukan diri depan dia dekat koperasi. sejak kenal jungwon, maruah aku memang di tapak kaki.

seakan tahu dirinya menjadi topik perbualan aku, eunchae dan haerin, jungwon menoleh ke belakang. menjadikan mata kami bertatapan. aku tidak jadi nak melangkah. terukir eyesmile di matanya. dan jungwon--- "hi noona." apa yang telah terjadi? adakah jungwon baru sahaja--

"jungwon tegur kau weh saya suka saya suka." izinkan kim yeonsu meninggal seketika. WEH JUNGWON CAKAP HI DEKAT AKU DULU!!!! SEBELUM INI HANYA AKU JE YANG BERIA TEGUR DIA, MULAKAN TOPIK DENGAN DIA. TAPI HARI INI, DIA HI NOONA KAN AKU?????

"eh cepatlah jalan, aku nak jalan belakang dia." lengan eunchae dan haerin aku paut. makin gediklah yeonsu, mentang mentang si jungwon tegur dia. kena faham, dah lama aku tunggu saat saat ini. dia layan aku dengan baik mesti gara gara dia terhutang budi dekat aku, yelah akukan orang pertama yang bagi dia air kotak.

tak sempat nak berjalan dengan lebih dekat, jungwon menoleh ke belakang sekali lagi. atau lebih tepat, menoleh ke arah aku. "lambatnya noona jalan." ujarnya sebelum ketawa kecil.

haerin dan eunchae berpandangan, tidak percaya. jungwon baru sahaja mengusik yeonsu? hey, siapa yang suka siapa sekarang? nampaknya air kotak epal benar benar mengeratkan hubungan antara kim yeonsu dan yang jungwon.

"hey, awak tu yang jalan laju!" jeritku dengan sengihan yang tidak lekang. balik nanti nak tulis diari, sebab jungwon tegur aku dua kali dalam sehari!

-tbc-

junior -yjwWhere stories live. Discover now