Ch1: Kemalangan

1.5K 57 13
                                    

TAPOPS. Sebuah organisasi yang mana tugasnya adalah menyelamatkan power sfera dari digunakan untuk kejahatan dan kehancuran galaksi.

Seorang remaja bernama BoBoiBoy dan kawan-kawannya merupakan penyelamat power sfera dan adiwira galaksi yang terkenal. Bersama, mereka berkhidmat di bawah TAPOPS bagi menyelamatkan power sfera dari alien durjana.

Kini....

BoBoiBoy: Gopal! Bangunlah! Jangan tidur kat sini!

Gopal: *mengantuk* Apa dia?

BoBoiBoy,Gopal,Yaya dan Ying berada di perpustakaan TAPOPS. Memandangkan K.Kokoci dan L.Tarung keluar atas urusan penting, hanya tinggal mereka dan beberapa staf TAPOPS yang bertugas sahaja.

Gopal: *mengeliat* Mengantuknya. Berapa lama aku tidur?

Yaya: Dekat sejam. Kau ni,kalau ada misi  kita kena pergi macam mana?

Gopal: Dey. Dah sebulan lebih takde misi untuk kita. Buat apa tunggu benda yang takkan jadi?

Ying: Haiya budak gemuk ni! Kalau komander dan laksamana balik macam mana?!!

Gopal: Kan mereka pergi planet lain atas urusan kerja? Kita rilek dulu.

BoBoiBoy: Kau ni. Kita sebagai anggota TAPOPS kena bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa.

Gopal: Tapi! Dah sebulan lebih kot! Takde alien buat kacau,takde power sfera dalam masalah,Adudu si kepala kotak tu pun dah join TAPOPS!!

Adudu: Aku dengarlah!!

Gopal: Oops!!

Yaya: Hmm....mungkin betul jugak cakap Gopal tu. Dah lama takde alien buat kacau di mana-mana planet.

Ying: Yalor. Mereka pergi bercuti agaknya.

BoBoiBoy: Kalau kita dah takde apa nak buat,apa kata kita mintak cuti balik Bumi?

Tiba-tiba....

K-BOOOOOOM!

Sebuah letupan yang kuat terjadi di pintu masuk stesen TAPOPS. Ada sesuatu yang melanggar stesen TAPOPS menyebabkan seluruh tempat itu bergegar.

Gopal: Aaaah! Gempa angkasa!

Yaya: Mana ada gempa angkasa!

Fang berlari ke arah mereka dengan Nut di sebelahnya.

Fang: Korang! Cepat pergi ke pintu utama cepat!!

Mereka bergegas pergi ke pintu utama stesen TAPOPS untuk tengok apa yang terjadi.

Gopal: Fang! Ini bukannya gempa angkasa kan?!

Fang: Tak! Mungkin meteor atau kapal angkasa terhempas!!

Mereka tiba di pintu utama dan dapati sebuah power sfera yang besar tersekat di pintu masuk.

Gigabot: Ugh....

BoBoiBoy: Gigabot?

Yaya: Apa dia buat kat sini?

Nut: Cepat keluarkan dia! Dia perlu dicas semula!!

Semua anggota TAPOPS berusaha keluarkan Gigabot yang tersekat dan baiki pintu utama stesen sebelum ada benda lain yang masuk.

SKIP TIME

Gigabot kini dicas menggunakan pengecas power sfera khas untuk power sfera yang besar. Dia berada di bilik simpanan power sfera bersama BoBoiBoy dan kawan-kawan.

Gigabot: Urgh....terima kasih....

BoBoiBoy: Sama-sama.

Yaya: Apa jadi dengan kau Gigabot? Kau nampak macam.....sakit je.

Gopal: Power sfera mana boleh sakit.

Gigabot: Aku....Aku sedang terbang di galaksi seperti biasa. Tiba-tiba,aku terima mesej meminta bantuan.

Fang: Mesej minta bantuan? Dari siapa?

Gigabot: Itu....argh! Urgh!

Badan Gigabot mula bersinar. Paras tenaga dia meningkat mendadak dan sebuah portal terbuka.

Ying: Bertahan korang!

Namun,mereka semua disedut ke dalam portal dan portal itu tertutup. Gigabot tak sedarkan diri dan terus masuk dalam mod tidur. Tenaganya berkurangan hingga tinggal 3 peratus.

Adudu: BoBoiBoy,si Nut tu suruh kau periksa Gigabot-ha?! Mana mereka ni?!

Adudu nampak Gigabot yang tak sedarkan diri berseorangan. BoBoiBoy dan kawan-kawan sudah hilang disedut portal. Ke mana mereka pergi?

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now