Ch38: Norick The Killer

253 21 3
                                    

Norick memandang semua pengembara dari atas bumbung rumah. Dia menyeringai tajam hingga menampakkan gigi taring.

Norick: Hehahaha!! Ramai betul yang datang! Siapa sangka orang tua tu dan anak dia boleh tarik banyak perhatian?!?

Gill: *pegang pedang* Siapa kau ha?!

Norick: Hm? Ah,aku cuma seorang pembunuh upahan,ditugaskan untuk hapuskan sesiapa yang menggangu klien aku.

Lily: Baik kau turun dari situ!

Norick: Baiklah~

Norick melompat dan mendarat di hadapan mereka. Sebaik saja kakinya mencecah tanah...

SHIVER~

Semua orang rasakan aura membunuh datang dari Norick. Norick tersenyum sinis melihat semua orang ketakutan.

Norick: Kenapa? Takut~?

Gill: Tch!

Kebanyakan pengembara terketar-ketar. Ada yang jatuh melutut disebabkan takut. Norick pegang pencakar dia erat dan berjalan ke arah mereka.

Norick: Nak tahu tak? Setiap kerja yang aku terima,aku akan habiskan dengan cepat. Dan takde siapa yang berjaya tandingi aku.

Lily: Kenapa kau lindungi mereka?!

Norick: Mungkin aku boleh bagitahu kau,kalau kau boleh kalahkan aku!

Norick lari ke arah mereka. Dia sasarkan Lily dan hayunkan tangannya namun Gill menepis dengan pedangnya. Dia menolak Norick ke belakang dan Norick mendarat dengan selamat.

Norick: Ceh.

Gill memandang tangannya yang menggeletar akibat akibat takut dan kekuatan Norick semasa dia menepis serangannya.

Gill: Jaga-jaga! Dia bukannya main-main!!

Lond: Perisai yang menghalang musuh kami,menjadi tiang yang melindungi kami dari bahaya: Dinding Besi Berganda!!!

Lond hasilkan berpuluh dinding bayang sebesar kereta dan hentam Norick namun Norick mengelak dengan pantas sebelum Lond sempat serang dia.

Lond: Dia laju sangat..!!

Norick bergerak dengan pantas, mengelirukan mereka dan bersedia untuk menyerang semasa mereka leka.

Norick: Hehehe! Jangan ingat senang-senang aku boleh kalah! Aku tak pernah gagal dalam kerja aku!!

Norick muncul di hadapan Lond dan tikam tangannya dengan pencakar. Darah mengalir keluar dari tangannya membasahi tangan Norick.

Lond: Aaargh!!

Norick menarik pencakar dan berundur ke belakang. Dia menyeringai melihat senjatanya berlumuran darah.

Lond: Ugh....tangan aku....

Gill: Oi! Siapa yang boleh guna magik penyembuhan,sembuhkan dia cepat!!

Norick: Terlambat...!!!

Norick meluru ke arah Gill untuk tikam dia tetapi Gill menghalang dengan pedangnya.

Gill: Heh! Laju konon!!

Norick terus menyerang Gill. Gill menepis semua serangan Norick dengan pedangnya yang lebih besar dari pedang biasa.

Norick: Eee! Tak guna!!

Norick tendang pedang Gill dan libas tangannya. Pedangnya terlepas dari tangan dan Gill memegang tangannya yang berdarah.

Gill: Ghh!!

Norick mengambil kesempatan untuk menyerang Gill tapi....

Lily: Tembakan Penjejak Api!

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now