Ch73: Kekacauan Di Waktu Malam

209 20 1
                                    

Pasukan penyelamat Rivanoa yang terdiri dari askar diraja,pengembara, askar upahan,saintis dan penyelidik, pengawal peribadi golongan bangsawan,pegawai C.O.M.A.S dan biarawati Sun And Moon Church bergerak ke Night Bliss Forest untuk selamatkan Q.Beatrice.

Pasukan penyelamat yang berjumlah kira-kira 40,000 mara ke sana tetapi, sebahagian dari mereka mempunyai tujuan yang berbeza.

Matahari terbenam. Semua orang berhenti di kawasan lapang untuk mendirikan khemah untuk bermalam. Tugasan mengumpul kayu api,memasak dan berjaga malam dibahagikan sama rata.

BoBoiBoy dan kawan-kawan bertugas memasak tetapi....

Gopal: Yaya,Ying,aku tahu korang nak masak untuk semua orang tapi, periuk tu berlubang?!?

Gopal tunjukkan periuk yang digunakan Yaya dan Ying untuk memasak. Entah macam mana boleh ada lubang di bawah kuali tu dan ada tompokan hitam di dalam kuali.

Yaya: Err.....memang macam tu masa kami guna...?

Gopal: *facepalm* Macam nilah. Korang berdua tolong yang lain berkawal sementara aku masak. Boleh tak?

Yaya: Hmm....bolehlah...

Ying: Jom. Kita pergi jumpa Noelle.

Yaya dan Ying berjalan ke arah khemah milik biarawati Sun And Moon Church manakala Gopal memasak bersama pengembara lain. Dia keluarkan peralatan memasak dan aktifkan skill (Chef King) dan mula masak.

Dia masak makanan yang ringkas tapi sedap untuk semua orang. Ada mata yang memerhatikan dia memasak seperti seorang cef pakar. Beberapa orang lelaki dari Guild Gelap mendekati dia dan tanya dia tip-tip memasak.

Fang duduk di bawah pokok sambil bersilang tangan,memerhatikan pengembara yang berada dalan pasukan penyelamat. Matanya tertumpu pada Molt yang sedang bercakap dengan beberapa orang pengembara lain.

Fang: .....

BoBoiBoy berjalan ke arahnya dan duduk di sebelahnya. Dia rendahkan topinya dan bersandar di batang pokok.

BoBoiBoy: Kenapa kau ni Fang?

Fang: Takde apa. Aku tengah perhatikan diorang tu.

BoBoiBoy: Hm? Ah,mereka ke? Abaikan je mereka. Asalkan mereka tak buat apa-apa yang menjejaskan misi menyelamat kita.

Fang: Kau yakin? Sebab mereka macam tengah rancang sesuatu.

BoBoiBoy: Kalau macam tu,aku pergi beritahu Sonia dan komander Sarlot tentang mereka.

BoBoiBoy bangun dan pergi dari situ. Fang bangun dan berjalan ke arah tempat memasak di mana dia nampak Gopal sedang mengajar beberapa orang dari Guild Gelap memasak.

Fang: Apakah....?

SKIP TIME

Malam menjelma. Semua orang tidur dalam khemah mereka,hanya segelintir orang sahaja yang masih berjaga. Terdapat perisai didirikan di sekeliling khemah biarawati Sun And Moon Church untuk elak dari diserang.

Fang berjaga malam dan duduk di atas pokok,bersandar pada batang pokok sambil memandang bulan. Sedang dia sibuk merenung bulan, Molt dan beberapa orang pengembara mendekati pokok dia berada senyap-senyap.

Molt: Hehehe.....mulakan!

Pengembara di belakang Molt keluarkan pisau dilumuri racun dan baling ke arah Fang. Belum sempat pisau tu mengena dirinya,Fang menghilang dari situ membuatkan Molt dan pengembara di belakangnya terkejut.

Molt: Mana!? Mana dia pergi!?

Molt nampak Fang berjalan ke arah khemah milik Sarlot dengan tangan dalam poket. Dia masuk ke dalam khemah dan bercakap dengan Sarlot.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now