Ch128: Dilema Di Galaksi

133 7 0
                                    

Galaksi. Alam cakerawala yang diorbit jutaan,malah puluhan juta bintang dan satelit semula jadi.

Di sini,terdapat organisasi penyelamat power sfera bernama TAPOPS. Organisasi ini berpegang teguh pada prinsip mereka iaitu power sfera tidak boleh disalahgunakan oleh sesiapa.

Stesen TAPOPS. Tempat tumpuan utama anggota TAPOPS di serata galaksi. Dan....

AAAAAARGH!!!

Hari yang agak kecoh dan riuh di stesen TAPOPS seperti biasa.

Adudu dan Probe sedang cuba pecahkan mesej berkod yang terkandung dalam memori data power sfera perentas dimensi bernama Gigabot.

Adudu: *koyak* Aaaaargh! Kenapa tak boleh jugak ni?! Dah lima malam aku tak tidur nak pecahkan kod mesej ni!!

Adudu mengamuk kerana dia gagal mentafsir mesej dalam memori data Gigabot. Probe cuba tenangkan dia dengan kopi dan biskut coklat.

Probe: Sabar incik boss! Kalau laksamana dengar ni,habis kita kena hempuk ke dinding nanti incik boss!!

Adudu: *sigh* Sabar jelah aku!!

Adudu minum kopi panas dengan sekali telan dan sambung kerjanya mentafsir mesej itu. Sementara Probe berlalu pergi ke dapur stesen TAPOPS untuk makan.

Tibanya di dapur,Probe mendapati komander stesen TAPOPS,K.Kokoci sedang berbual bersama L.Tarung tentang langkah seterusnya.

K.Kokoci: Bagaimana dengan perbincangan mengenai senjata dihasilkan dari Subjek X tu?

L.Tarung: Setakat ni tiada apa yang perlu dirisaukan. Tapi kita kena bertindak cepat,naga di planet terpencil tu dah mula berevolusi.

K.Kokoci: Hm.....masalah ni dah jadi lebih rumit....

Probe: "Apa mereka cakap tu? Baik aku jangan kacau,tak pasal-pasal aku jadi dulang buncit dibuatnya...."

Probe berlalu pergi bersama sepinggan makanan untuk Adudu. K.Kokoci mengeluarkan maklumat yang diberikan oleh sekutu TAPOPS dan letak di atas meja.

K.Kokoci: Ini hasil kajian yang dijalankan ke atas Subjek X. Cuba laksamana tengok...

L.Tarung membaca maklumat yang diperolehi. Berdasarkan maklumat tersebut,senjata yang dihasilkan menggunakan bahan dari Subjek X memiliki ketahanan yang luar biasa. Malah,senjata yang dihasilkan juga mampu bertahan dalam keadaan yang buruk seperti gelombang haba dan ribut petir.

L.Tarung: Bagus! Ada apa-apa perkembangan terkini dari Amato? Dah lama kita tak berjumpa dia.

K.Kokoci: Ah.....dia....sedang sibuk dengan sesuatu...

L.Tarung: Hm?

SEMENTARA ITU

Mechabot: Amato! Ini dia blueprint yang kau mintak!

Amato: Terima kasih.

Amato duduk memandang pembinaan senjata dari bahan Subjek X. Senjata tersebut berupa robot yang besar dengan ciri-ciri naga dipasang pada badannya.

Amato meneliti blueprint yang diberikan padanya. Dia menyeringai melihat blueprint tersebut dan berkata....

Amato: Terbaik....

Mechabot: "Bapak borek anak rintik...."

Amato: Mechabot,macam mana perkembangan kawan-kawan kita tu? Mereka tengah buat apa sekarang ni?

Mechabot: Mereka tengah-

KA-THUNK! KA-THUNK! KA-THUNK!

Mechabot: Bergaduh.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now