Ch77: Sehingga Rahsia Terdedah

231 22 1
                                    

Semua orang berlari ke arah Rhenmu dan menyerangnya. Needa memandang mereka menyerang Rhenmu dari atas kepalanya dengan senang hati.

Needa: Teruskan~

Sarlot: Hentakan Tukul Ais!

Tukulnya menukar tanah di bawah mereka menjadi ais dan membekukan kaki Rhenmu. Semua orang memyerang Rhenmu serentak dengan senjata dan magik mereka.

Odhelia: Kehancuran Pemberat!

Odhelia gunakan magik pemberat dan sasarkan tangan kiri Rhenmu. Tangannya menjadi berat dan askar upahan menyasarkan tangannya dan serang beramai-ramai.

Mieruko: Tangan gergasi,tangan yang menjadi pelindung kami,maju dan halang mereka dari mara: Cengkaman Tanah Tajam!!

Tangan tanah dengan ceracak tajam keluar dan memegang tangan Rhenmu. Pengembara lain menyasarkan tangannya dan berlari naik ke atas untuk selamatkan Q.Beatrice tetapi...

Needa: Dakwat hitam yang melekit, lelehan hitam yang menghakis: Percikan Dakwat Hitam!!

Dakwat hitam memancut keluar dari tangannya dan turun ke bawah, mengena pengembara dan menghalang mereka dari mara. Dakwat yang melekit itu menyebabkan mereka tak boleh pergi dekat dengan dan dia tolak mereka jatuh dengan tangan dakwat.

Sarlot genggam tangan dan tumbuk tangannya ke dalam tanah dan tarik keluar bongkah ais yang besar. Dia baling bongkah ais ke arah Needa tapi dihalang oleh Golem Dakwat.

Needa: Tak kena~

Sarlot: 💢

BoBoiBoy dan kawan-kawan membantu mereka menentang Rhemu.

BoBoiBoy: Hembusan Angin Kencang!

Ying: Tendangan Roket Laju!!

Ying tendang tangan Rhenmu dan BoBoiBoy menolak Rhenmu ke belakang dengan kuasa elemental angin. Fang menghilang ke dalam bayang dan muncul agak jauh dari situ.

Fang: Rimba Bayang!!

Haiwan bayang keluar dari bayangnya dan pergi ke arah Rhenmu.

Needa: Ha.....pengguna magik gelap ya....

Sarlot: Bagus tu Fang! Keluarkan lebih banyak haiwan yang kamu boleh keluarkan!!

Fang: Baiklah!!

Bayang-bayang Fang menyelubungi dinding di belakangnya dan ratusan raksasa bayang berlari keluar dan menyerang Rhenmu.

Needa: *mumble* Golem Dakwat Berganda!!

Lebih banyak golem dakwat muncul dan menghalang haiwan bayang dari dekat.

Rhenmu satukan tangannya dan ratusan pedang besi terhasil dari tapak tangannya dan menuju ke arah mereka. Ada yang bertahan dengan perisai mereka,ada yang menggunakan magik dan....

Gopal: Tukaran Roti Pizza!!

Semua pedang besi bertukar menjadi roti pizza panjang dan jatuh ke tanah. Gopal dengan suka hati ambil semua roti pizza dan masukkan dalam (Storage System) untuk dia makan.

Yaya: *facepalm*

Mereka menyerang Rhenmu tanpa henti tetapi...

Needa: Hahahahaha! Menyedihkan!

Rhenmu cabut dua tangannya dan tukarkan menjadi senjata. Kedua belah tangannya bertukar menjadi kapak dan belantan yang besar. Rhenmu hentam tanah dengan belantan dan tanah di bawahnya merekah dan berkecai.

Sarlot: Ugh...!

Impak serangannya menyebabkan sebilangan besar pengembara dan askar upahan tercampak ke dinding. Ada yang tak sedarkan diri selepas tercampak ke dinding. Mieruko dan Odhelia tak cedera kerana Odhelia gunakan magik untuk jadikan dia dan Mieruko tembus objek fizikal.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now