Ch41: Membina Rumah

255 22 4
                                    

Di Lembah Naga. Deomena duduk atas bukit memandang BoBoiBoy dan kawan-kawan yang berjaya mengalahkan Rock King dan semua Tragan Crab yang lain tunduk pada mereka melalui bola kristal.

Deomena: Hebatnya.....

Tiba-tiba ada naga lain mendarat di sebelahnya dan berubah jadi manusia. Deomena memandang dia seketika dan letak bola kristal di tepi.

Deomena: Ada apa kau datang ke sini Barrala?

Barrala,salah seorang Drago Rex dan juga naga yang sama kuat dengan Deomena. Dia duduk di hadapan Deomena dan hembus nafas beku, membekukan tanah di bawahnya.

Barrala: Aku teringin nak tahu. Apa sebenarnya yang jadi masa kau pergi jumpa mereka?

Deomena: BoBoiBoy dan kawan-kawan dia? Takde apa pun. Kami cuma berbual.

Barrala: Betul? Sebab aku dapat kesan mana kau dari salah seorang dari mereka.

Deomena: Jadi kau tahu...

Barrala: Ya. Kenapa kau bagi sisik kau pada mereka untuk dijadikan senjata?

Deomena: Aku berikan mereka sisik aku sebagai-kau cakap apa?

Barrala: Senjata. Kau suruh mereka gunakan sisik kau untuk dijadikan senjata kan?

Deomena: *blink²* Aku bagi mereka sisik aku sebagai hadiah untuk pertemuan pertama kami. Macam mana mereka boleh buat senjata dengan sisik aku?

Barrala: Jadi bukan kau yang suruh mereka hasilkan senjata?

Deomena: Kau tahukan sisik aku antara bahan yang paling keras antara kita semua.

Mereka berdua memandang satu sama lain,bingung macam mana sisik Deomena boleh dijadikan senjata.

SEMENTARA ITU

BoBoiBoy,Gopal,Yaya,Ying dan Fang berkumpul dalam bilik BoBoiBoy. Takde tempat lain dah nak berkumpul.

Mereka berlima memandang guni berisi duit syiling yang banyak hasil jualan bahan-bahan macam Mithril dan sebagainya.

Gopal: Kau bergurau kan....??

Fang ambil sekeping syiling dan lihat dengan teliti.

Fang: Tak salah. Ini memang syiling emas. Bermakna....

Yaya: Kita sekarang dah jadi kaya.

Suasana senyap seketika. Mereka memandang satu sama lain dan tengok guni duit di hadapan mereka.

BoBoiBoy: Kalau kita jual semua mineral yang kita ada....

Mereka mula terbayang duit yang banyak turun bagaikan hujan selepas mereka menjual bahan-bahan yang mereka ada.

Ying: Sudah! Sudah! Kita kena fikirkan tentang rumah baru kita ni!!

Yaya: Betul tu! 

BoBoiBoy letak guni duit atas meja dan duduk di sebelah Fang. Mereka memandang lakaran rumah untuk dibina yang dilukis Fang.

Yaya: Memandangkan tapak rumah tu terletak dekat dengan tembok batu, kita mungkin tak dapat banyak cahaya mataku.

Gopal: Tapi cukup untuk kita berlima buat bilik sorang satu,tambah ruang bawah tanah dan garaj.

Fang: Jangan lupa halaman rumah.

BoBoiBoy: Ketam tu semua macam mana?

Gopal: Kita kasi hancur jelah tembok batu tu. Apa susah?

BBB,F,Y,Y: Apa?!?!?!

Gopal: Betullah! Korang rasa kita nak letak mereka semua kat mana kalau tak hancurkan dinding?!

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now