Ch120: Mata Berbeza

158 7 2
                                    

Gopal: Hieee! Siapa mereka tu?!!

BoBoiBoy,Gopal,Yaya,Ying dan Fang dapati ada sekumpulan individu di luar Edison Express,memegang senjata berupa lembing dan busur kayu.

Noelle: Patut ke kita pergi tengok?

BoBoiBoy: Nanti dulu. Kita tak tahu siapa mereka dan apa mereka nak.

Lily: Aku rasa mereka dari puak yang disumpah!! Habislah kita!! Gyaaaaaaah!!

Amaya: Bertenang! Jangan gelabah!

Sekumpulan individu mengerumuni Edison Express yang tercampak akibat melanggar perisai halimunan. Ketua mereka,memegang tongkat kayu hitam dengan burung hantu di bahunya memerhati Edison Express dari sebalik pokok.

BoBoiBoy dan kawan-kawan bergerak dari gerabak pertama ke gerabak kedua. Mereka lihat melalui tingkap, sekumpulan orang berkumpul di luar keretapi dengan senjata diperbuat dari kayu. Yang peliknya,mereka ada tatu di tangan dan badan mereka, serta pakaian mereka yang agak lusuh dan rabak.

Ying: Eh? Siapa mereka ni?

Lily: Mereka dari puak yang disumpah! Apa kita nak buat BoBoiBoy?!

BoBoiBoy: Aku rasa....kita keluar jumpa mereka.

Gopal: Kau serius!??

BoBoiBoy: *nod*

BoBoiBoy berjalan ke arah pintu di gerabak ketiga,menarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Dia bersedia berhadapan dengan puak yang disumpah dan cuba bercakap dengan mereka.

Fang sambungkan bayang-bayang dia dengan BoBoiBoy untuk tarik dia ke belakang kalau-kalau mereka cuba menyerang dia.

Pintu dibuka perlahan. BoBoiBoy melangkah keluar dari Edison Express untuk bertemu dengan puak yang disumpah itu. Semua orang halakan lembing dan busur kayu ke arahnya namun....

???: Berhenti!! Jangan serang dia!!

Ketua puak dedahkan dirinya. Mereka berganjak ke tepi,memberi laluan buat ketua mereka untuk berhadapan dengan BoBoiBoy.

BoBoiBoy: "Ini ke ketua mereka?"

Luther Adarios
Status: {Ketua Puak}
Bangsa: Demon
Magik:
[Apungan]

Luther: Saya minta maaf bagi kekasaran orang saya. Kami tak biasa dengan orang luar.

BoBoiBoy: Ah.....tak apa. Cuma....kenapa kamu semua serang kami?

Luther: Sebab saya rasakan ketidakseimbangan mana dalam udara,sebab tu saya arahkan orang saya serang kamu.

BoBoiBoy: Ah.....okey. "Apa dia cakap ni?"

Fang dan yang lain melihat dari belakang dinding BoBoiBoy bercakap dengan Luther.

Yaya: Apa mereka cakapkan tu?

Gopal: Tak dengarlah!

Noelle: Kalau mereka serang kita lagi, apa patut kita buat?

Fang: Kita lawan balik.

BoBoiBoy memandang ahli puak di belakang Luther. Mereka semua ada tatu di badan mereka namun ciri-ciri yang paling jelas baginya adalah mata mereka. Warna mata yang berbeza lebih menonjol berbanding tatu mereka.

BoBoiBoy: "Kenapa warna mata mereka lain?"

Luther: Kamu semua! Balik ke kampung dan beritahu yang lain takde apa yang perlu dirisaukan!

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now