Ch105: Kembara Di Gahanaka

146 13 1
                                    

Keretapi meluncur laju di udara dan mendarat di kawasan lapang dalam hutan,tak jauh dari bandar pertama sejak mereka memasuki sempadan negara Gahanaka.

Fang: Kita dah sampai. Korang dah sedia?

BBB,G,Y,Y,L,A: Sedia....!

Pintu dibuka dan mereka semua turun dari Edison Express. Sebaik saja mereka keluar,Fang keluarkan alat kawalan dari (Storage System) dan halakan ke arah Edison Express. Edison Express mengecil menjadi sebesar keretapi mainan dan Fang simpan kedua-duanya dalam (Storage System).

Lily: "Berapa kali aku nak terkejut dengan diorang ni...??"

BoBoiBoy: Okey,kita akan berpecah untuk cari tempat bermalam dan maklumat. Setuju?

Yaya: Kami setuju!

Ying: Yalor!

Gopal: Err.....maklumat apa kita nak cari?

Lily: Maklumat tentang kawasan larangan macam di Rivanoa.

Gopal: Kalau macam tu,kenapa kita tak pergi ke istana je dan tanya atuk kau?

Lily: Tak! Tak boleh! Jangan! Apa-apa pun,kita tak boleh pergi ke ibu kota! Tak!

Amaya: Err.....kenapa?

Lily: *sigh* Sebab nenda aku tu ganas jugak. Dah tua tapi dia masih pergi berlawan dalam hutan seorang diri.

Fang: Wow....

Yaya: Tapi....kalau kita tak pergi ke ibu kota,macam mana kita nak dapatkan maklumat penting tentang kawasan larangan?

Gopal: Takpe! Aku ada idea macam mana nak dapatkan maklumat!!

BoBoiBoy: Macam mana?

Gopal: Adalah.

Mereka berjalan kaki pergi ke handar berdekatan untuk bermalam dan dapatkan maklumat tentang kawasan larangan supaya mereka boleh cari bahagian lain ASTEROID.

SKIP TIME

Matahari terbenam dan bulan naik ke langit. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini berada di bandar yang majoritinya adalah Beastmen.

Lily: Inilah dia,Rossbalt. Bandar yang meriah kan?

Roosbalt,bandar yang meriah dengan kedai di kiri dan kanan jalan. Terdapat pelbagai tarikan yang ada seperti pertunjukan tarian, persembahan pentas,nyanyian, permainan seperti baling damak dan main kad dan macam-macam lagilah.

Ying: Woah.....meriah betul bandar ni!

Amaya: Awak semua tengok tu!

Amaya tunjuk ke arah seorang lelaki menunggang kuda yang menarik kereta sorong berisi haiwan kecil seperti tupai dan burung.

Fang: Itu mesti penjual haiwan peliharaan.

Lily: Haiwan....peliharaan?

Yaya: Kau tak tahu ke?

Lily: Erm.....aku tak tahu.....tapi,aku rasa aku macam ada terlupa sesuatu.

BoBoiBoy: Apa dia??

Lily: Tak pasti. Aku cuba ingat....

Tiba-tiba,Amaya mengalihkan pandangan ke arah bangunan di hadapan sebelah kanan mereka. Dia rasakan renungan tajam dari seseorang datang dari bangunan itu.

Amaya: *bisik* Awak semua....

BBB,G,F,Y,Y,L: Hm...??

Amaya: Kita sedang diperhatikan. Jangan pergi dekat bangunan sana.

Amaya tunjukkan bangunan yang berada agak jauh dari mereka. BoBoiBoy juga dapat rasakan kehadiran seseorang berdekatan dengan mereka.

Gopal: Aiyoyo....belum cari tempat bermalam dah ada masalah datang.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now