Ch116: Petanda

171 11 0
                                    

Meteor itu merekah dan pecah, mendedahkan sebuah kapsul yang diselaputi lapisan ais.

BoBoiBoy dan kawan-kawan lihat kapsul itu dengan rasa curiga. Mereka tertanya-tanya bagaimana kapsul tu boleh berada di dalam meteor dan kenapa meteor tu jatuh ke arah mereka.

Yaya: Kita.....nak pergi periksa tak?

Ying: Entahlah.

Fang: EVA,ada apa-apa yang kami boleh guna?

EVA: Sila tunggu sebentar. Mencari. Ada sejumlah besar dron pemerhati yang digunakan untuk penerokaan disimpan di dalam makmal.

Fang: Aktifkan sepuluh dron untuk periksa kapsul tu.

Bumbung makmal sedikit terbuka, dan sepuluh dron berbentuk separa bulat dengan empat tangan terbang keluar menuju ke arah kapsul itu. BoBoiBoy dan kawan-kawan melihat rakaman melalui kamera yang dipasang pada dron.

Gopal: Alamak! Alien sesat mana datang ni?!?!

BoBoiBoy: Tak nampak macam kapal angkasa. Kapsul ni nampak macam dah lama beku.

Yaya: Korang rasa ada kaitan dengan Alchem dan Fulger tak?

Mereka teringat akan imej dewa-dewi yang ditangkap EVA sebelum ini. Imej Alchema dan Fulger terlintas di minda mereka.

Gopal: *loud gasp* Mustahil!!!

BBB,F,Y,Y: Kenapa Gopal?!??

Gopal: Alchema dan Fulger sebenarnya jahat! Mereka bukannya macam dewa-dewi yang lain!!

Yaya: Kau serius sikit boleh tak!??

Gopal: Dey! Aku tengah serius ni!! Boleh jadi mereka sebenarnya jahat dan tak macam dewa-dewi lain!!

Ying: Itu....err....betul jugak tu....

Fang: Tapi.....apa mereka nak buat dengan hantar benda ni?

Dron menghampiri kapsul itu. Mata dron mengimbas kapsul itu dan menghantar maklumat kepada terminal kawalan. Fang dapati kapsul itu diperbuat dari bahan yang bukan dari bumi.

Fang: Korang....bahan yang digunakan untuk buat kapsul ni datang dari luar bumi. Maknanya....

Gopal: Alchema dan Fulger tengah perhatikan kita!! AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHH!!

DUSH! DUSH! DUSH! DUSH! DUSH! DUSH! DUSH! DUSH! DUSH! DUSH!

Y&Y: Diamlah....!!!!!

SEMENTARA ITU

Jauh dari bumi,kelihatan dua entiti berkuasa berada di atas bulan, memerhatikan keadaan selepas meteor itu menghentam Avacricious Science Lab.

Alchema: Nampaknya.....harta peninggalan kita dah dijumpai penduduk dunia ni.

Fulger: *nod* Kita perlu buat sesuatu, sebelum mereka tahu tentang rahsia yang disembunyikan.

Alchema: Sebelum tu,kenapa meteor tu melantun?

Fulger: Sistem pertahanan makmal akan lantunkan semua serangan ke belakang.

Alchema: Tch! Menyesal aku tolong Kindan bina makmal tu.

Kembali kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan. Mereka meneliti kapsul tersebut dengan rasa berdebar. Dron menghampiri kapsul itu untuk lihat dengan lebih jelas dan, kapsul itu terbelah dan terbuka.

Yaya: Huh??!

Di dalam kapsul itu,sebuah bebola hitam dengan tiga gegelang jingga terang mengelilinginya terapung keluar dari kapsul itu. Dron mengimbas bebola itu dan hantar data kepada terminal kawalan. BoBoiBoy dan kawan-kawan menggeletar melihat data yang diperolehi dari imbasan dron.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now