Ch68: The Disaster Is Nearing

221 21 1
                                    

Q.Beatrice sedang berbincang dengan Sarlot dan Tiona tentang keselamatan istana.

Pengawal istana kini berkurangan selepas Q.Beatrice gunakan skill dia <Truth&Lies> untuk dedahkan pengkhianat dan hantar mereka ke penjara bawah tanah.

Tiona: Saya rasa....kami kena sentiasa dekat dengan tuanku supaya tuanku selamat.

Sarlot: Tuanku yakin kami berdua saja mencukupi? Macam mana dengan mereka yang baru saja terima lesen pengembara mereka?

Q.Beatrice: Beta harap beta boleh minta bantuan mereka. Tapi beta tak nak bebankan mereka dengan-

BA-DUMP!

Tiba-tiba,badannya terasa sakit. Tengkorak hitam yang melingkari tangannya muncul dan menyebabkan Q.Beatrice jatuh dengan rasa sakit di dada dan kepala.

Tiona: Tuanku! Tuanku!!

Sarlot: Panggil doktor istana sekarang!!!

Salrot angkat Q.Beatrice dan pergi ke biliknya. Dia masuk dan letakkan Q.Beatrice atas katil. Tiona tiba bersama doktor istana dan dia dan Sarlot berdiri di tepi,membenarkan doktor istana menjalakan kerjanya.

Selepas seketika,doktor istana meninggalkan bilik Q.Beatrice dan pintu ditutup rapat. Tiona memandang Q.Beatrice yang pucat wajahnya.

Tiona: Apa....jadi pada tuanku sebenarnya? Tiba-tiba je.

Sarlot: Agak mustahil untuk tuanku jatuh sakit. Dia masih muda.

Tiona: Ya. Tentu ada sebab lain.

Mereka berdua tertanya-tanya,apa yang terjadi pada Q.Beatrice dan siapa yang bertanggungjawab.

SKIP TIME

Malamnya,Q.Beatrice terjaga dari tidurnya. Dia bangun dan lihat langit malam bersama bulan penuh.

Q.Beatrice: *sigh* Lagi sekali.....

Q.Beatrice bangun dan berjalan ke arah beranda. Dia nampak gumpalan dakwat hitam bergerak ke arahnya dengan perlahan. Sebaik saja tiba, gumpalan dakwat tu bertukar menjadi lopak dan seorang gadis keluar dari lopak dakwat itu.

Q.Beatrice: Kita berjumpa lagi.

Needa: *chuckles* Saya tahu kita akan berjumpa lagi tapi secepat ini? Keadaan dah jadi lebih teruk dari yang disangkakan.

Needa berjalan ke arah Q.Beatrice dan tarik dagunya ke bawah,matanya memandang tepat ke dalam mata Q.Beatrice.

Needa: Hm....nampaknya kamu masih boleh bertahan. Tapi,sampai bila kamu nak rahsiakan perkara ni? Hm~?

Q.Beatrice tepis tangannya dan tolak Needa ke belakang.

Q.Beatrice: Kalau bukan disebabkan kamu,Rivanoa takkan jadi macam ni! Kerajaan ni boleh jadi lebih baik untuk semua yang tinggal di sini!!!

Needa: Eh? Mengarut. Buat apa pedulikan mereka yang tak berguna kalau....

Tangannya mengeluarkan dakwat hitam yang mengambil bentuk pedang dengan mata di pemegangnya.

Needa: Tiada siapa yang boleh tandingi kami?

Q.Beatrice: Tidak! Saya masih ada mereka!!

Needa: Pengembara berlima tu? Mereka hanya budak-budak. Mereka takkan mampu hentikan rancangan kami dari berjaya.

Needa menghilang ke dalam lopak dakwat dan lopak tu menghilang. Q.Beatrice mengalihkan pandangan ke arah bulan dan air mata turun membasahi pipinya.

SKIP TIME

Keesokan harinya,Q.Beatrice memanggil Sarlot dan Tiona ke bilik takhta. Bila mereka tiba,mereka dapati pengawal diraja berbaris di belakangnya.

Sarlot: *kneel* Tuanku,ada apa panggil kami ke mari?

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now