Ch46: Kehidupan Seharian BoBoiBoy Dan Kawan-kawan

258 19 0
                                    

Selepas lawatan mengejut Iragan tempoh hari,BoBoiBoy dan kawan-kawan teruskan kerja mereka menambah fasiliti yang mereka inginkan pada rumah mereka disamping membina rumah untuk Tragan Crab.

Dalam tempoh satu bulan,mereka berjaya menyiapkan fasiliti yang diinginkan di bawah rumah mereka dan rumah untuk Tragan Crab sekali. Semuanya sebab mereka gunakan sumber yang ada seperti pokok dari hutan dan barangan yang mereka beli dari pedagang.

Akhirnya,mereka boleh berehat dan bersantai buat seketika selepas lama berhempas-pulas menyiapkan apa yang mereka nak. Tragan Crab yang lain juga selesa dengan rumah baru mereka.

SKIP TIME

Suatu pagi yang aman,BoBoiBoy terjaga dari tidur. Dia bangun dan pakai topi dan turun ke bawah. Dia pergi ke dapur dan dapati Gopal sudah berada di dapur bersama Yaya,Ying dan Fang.

BoBoiBoy: Selamat pagi korang.

Yaya: *yawn* Selamat pagi BoBoiBoy.

Gopal: Pagi....

Ying: Pagi....

Fang: Hm....

BoBoiBoy: Mesti korang penat lepas siap buat kerja kan?

Fang: Memanglah. Berapa malam aku tak tidur nak siapkan kerja aku dalam garaj tu. Nasib baik ada bantuan.

Gopal: Itulah! Kau patutnya guna golem macam dunia ni gunakan. Kau nak jugak cipta robot pembantu.

Fang: Senang sikit aku nak buat kerja kalau ada robot pembantu.

Gopal: Golem pun lebih kurang je.

Ying: Macam mana dengan ketam tu semua? Mereka buat apa sekarang?

Gopal lihat apa yang semua Tragan Crab buat dengan rumah baru mereka melalui tingkap belakang. Dia dapati semua ketam dah dapat menyesuaikan diri dengan rumah baru mereka.

Rumah Tragan Crab terdiri dari bukit kecil dengan gua yang BoBoiBoy bina dengan kuasa elemental. Ada sebuah kolam di tengah yang dihubungkan dengan sungai berdekatan menggunakan sistem saliran air yang direka Yaya dan Ying. Makanan mereka terdiri dari ketulan batu dan besi serta haiwan kecil. Tapi mereka juga makan buah dan sayur.

Rumah mereka berada dekat dengan rumah Tragan Crab jadi mereka runtuhkan dinding batu dan bina dinding baru di sekeliling rumah Tragan Crab. Rumah yang dibina mereka agak luas jadi ada banyak ruang untuk semua ketam bergerak.

Gopal: Macam biasa. Takde apa yang berbeza pun.

Fang: Hm. Aku nak pergi baring dekat ruang tamu. Tangan aku masih sakit lepas buat kerja semalam.

Fang bangun dan berjalan ke arah ruang tamu dan baring atas sofa. BoBoiBoy buka peti sejuk dan keluarkan nasi sejuk dan sayuran dan letak atas meja.

BoBoiBoy: Kita makan nasi goreng jelah pagi ni.

Gopal: Sos,kicap dan dengan garam ada dalam kabinet.

Begitulah kehidupan seharian mereka sejak mereka selesai dengan kerja mereka. Berehat dan bersantai sepanjang hari,merupakan ganjaran buat diri mereka. Sejak mereka tiba di dunia lain,mereka sentiasa terlibat dengan masalah dan tak ada banyak masa untuk berehat.

Yaya dan Ying lepak di perpustakaan mini di tingkat dua sementara Gopal tengah makan dekat dapur. BoBoiBoy pergi mandi dan Fang sambung tidur di ruang tamu.

SKIP TIME

Yaya berada di luar di belakang rumah. Dia memandang kebun sayur yang ditanamnya dengan benih yang dibeli. Dia gembira melihat sayur-sayuran yang ditanam tumbuh segar elok di belakang rumah.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now