Ch151: Utusan Dari C.O.M.A.S

97 6 0
                                    

Q.Beatrice mengurut dahinya. Surat yang diutuskan kepadanya membawa seribu satu makna,bahkan membawa petanda bahawa kerajaan Rivanoa berada dalam bahaya.

Delegasi dari C.O.M.A.S datang tanpa diundang,menerima arahan dari pihak atasan untuk bertemu permaisuri Rivanoa. Tugas yang diberikan; bersemuka dengan pengembara rank-S dan rank- SS yang menetap di negara itu,dan cuba merekrut mereka untuk sertai C.O.M.A.S sebagai pegawai tertinggi mereka.

Q.Beatrice mengurut pelipis kepalanya. Setelah dia menerima surat tersebut,dia berkurung dalam pejabatnya bagi menenangkan fikiran. Hanya dia dan dua orang yang dipercayainya sahaja berada di dalam pejabat.

Q.Beatrice: Beta tak rasa kita boleh cakap lepas dalam hal ni. Apa pendapat kamu berdua?

Dia memandang komander diraja dan pengembara rank-S di hadapannya.

Tiona: Saya rasa kita perlu lengahkan masa sementara BoBoiBoy dan kawan-kawannya pulang dari Lagamut.

Sarlot: Saya setuju. C.O.M.A.S mungkin sukar untuk diuruskan,tapi itu tak bermakna kita boleh duduk diam sementara menunggu mereka tiba.

Q.Beatrice: Bagaimana dengan delegasi dari C.O.M.A.S?

Tiona: Saya dah arahkan haiwan dan raksasa di bawah kendalian saya untuk pergi tinjau. Paling cepat mereka akan tiba di sini adalah tengah hari esok.

Q.Beatrice: Ada sikit masa untuk bersiap. Kita kena ubah fikiran mereka tentang BoBoiBoy dan yang lain,atau kita akan berperang dengan mereka!

Setelah mencapai keputusan, Q.Beatrice melangkah keluar dari pejabatnya disusuli Sarlot dan Tiona. Keyakinannya melonjak memandangkan mereka masih mempunyai masa untuk lengahkan delegasi C.O.M.A.S.

SKIP TIME

Q.Beatrice: Apa yang beta lihat ni?

Terdapat sekumpulan kecil naga di luar sempadan ibu kota,menarik objek berupa rumah di atas platform beroda. Bendera dengan lambang C.O.M.A.S berkibar di atas bumbung rumah.

Q.Beatrice: Bukan ke mereka sepatutnya sampai tengah hari ni?! Kenapa cepat sangat!?!

Tiona: Sebenarnya.....haiwan di bawah kendalian saya dimakan semua naga tu. Sebab tulah saya tak dapat apa-apa respon malam semalam.

Sarlot: *gulp* Tuanku,tuanku dah bersedia nak berhadapan mereka?

Q.Beatrice: Kalaulah beta boleh cakap yang beta dah bersedia.....

Lambang yang terdapat pada tepi rumah ditarik naga menunjukkan siapa pemiliknya; naga dan rumah yang ditarik naga merupakan kepunyaan Arrighal,salah seorang anggota tertinggi C.O.M.A.S.

Q.Beatrice meneguk air liur melihat sekumpulan naga di luar tembok ibu kota.

Q.Beatrice: Benarkan mereka masuk!

Pintu masuk ibu kota dibuka. Semua yang berada di dalam rumah melangkah keluar dan berkumpul sebelum menuju ke arah istana. Dari jauh,anggota tertinggi C.O.M.A.S dapat dilihat baru sahaja keluar,dengan pajama putih dan bantal peluk.

Arrighal: *yawn* Dah sampai? Pergi jumpa permaisuri Rivanoa dulu,saya nak sambung tidur kejap.

Anggota delegasi menurut perintah, bertolak ke arah istana sementara Arrighal masuk ke dalam rumah untuk sambung tidur.

Tiona: Tuanku....

Q.Beatrice: Tak apa. Kalau setakat anggota delegasi beta boleh uruskan.

Q.Beatrice bergegas turun menuju ke pintu masuk istana. Sarlot mengarahkan pengawal diraja supaya kekal di tempat masing-masing manakala Tiona seru beberapa ekor burung dan jinakkan mereka.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now