Rock King bergerak menuju ke Harstoa bersama raksasa ketam yang lain. Dengan jumlah Tragan Crab yang banyak dan jenis raksasa ketam yang pelbagai,semua orang berasa takut. Ada yang dah hilang semangat untuk berlawan.
Lily: Tak mungkin....berapa banyak raksasa yang ada ni?!?!
Gill: Gh....nampaknya...kita takde harapan nak selamat dari semua ni.
Lond: Jangan cakap macam tu! Kita kena pertahankan bandar ni! Kau lupa ke?!
Gill: Pertahankan....dari semua ni?
Armored Tragan Crab hasilkan jambatan untuk semua ketam lain rentasi parit. Sebaik saja jambatan disiapkan,Tragan Crab bergerak merentasi parit dan menuju ke arah mereka.
Lond: Khh...!!
Semua meriam dihalakan ke arah raksasa ketam dan tembakan demi tembakan dilepaskan. Namun,peluru mereka hanya dibazirkan dengan jumlah raksasa ketam yang jauh lebih banyak.
Anthony: *gulp*
BoBoiBoy: Korang...
G,Y,Y,F: Ya?
BoBoiBoy: Antara ni dengan musuh kita di galaksi,yang mana lebih teruk?
Gopal: Pada pendapat aku, perlawanan kita di galaksi lagi teruk dari yang ni.
Yaya: Kau ada idea macam mana nak hadapi semua raksasa ni?
BoBoiBoy: Benda biasa kita buat. Kita lawan.
Pintu masuk bandar dibuka. Semua orang mula berundur dan berlari masuk ke dalam bandar. Lily melompat turun dari menara pemerhati dan lari ke dalam bandar.
Lily: Cepat lari!!
Lily larikan diri bersama pengembara lain. Tetapi,dia berhenti dan lihat BoBoiBoy dan kawan-kawan yang masih berada di barisan hadapan.
Lily: Apa korang tunggu lagi?! Kita kena-
Yaya: Lily,kami takkan lari.
Lily: Apa?! Ini bukannya masa untuk main-main!!
Ying: Taklah. Kami memang takkan lari.
Gopal: Kalau kita lari,siapa akan hentikan Stampede ni?
Lily: Mungkin pengembara rank-SS yang lain! Kita takde masa!!
Fang: Pergilah. Kami takkan lari.
Mereka berlima berjalan ke arah gerombolan raksasa ketam. Lily terkaku melihat mereka berlima berhadapan dengan bala tentera Rock King.
Lily: Korang....
Lily tak sanggup tengok mereka terkorban. Dia lari ke dalam bandar dan pintu bandar ditutup. Dia berlari ke arah pintu belakang bersama semua orang. Namun,langkahnya menjadi berat. Perlahan-lahan,dia berhenti berlari dan berpusing ke belakang,memandang pintu masuk yang tertutup rapat.
Lily: "Korang...."
BoBoiBoy dan kawan-kawan kini berhadapan dengan Rock King dan raksasa ketam yang lain.
BoBoiBoy: Korang rasa kita patut buat apa?
Fang: Sasarkan ketua mereka. Ketam gergasi di belakang sana tu.
Gopal: Jauh gila! Macam mana kau nak sampai ke sana!?!
BoBoiBoy: Macam kita biasa buat. Kerjasama.
Mereka berlari ke hadapan. Tangan Ying diselubungi aura kuasanya dan dia perlahankan masa.
Ying: Kuasa Slowmo!!
Yaya: Apungan Graviti!!
Semua raksasa ketam bergerak dengan perlahan. Yaya apungkan semua ketam dan baling ke tepi. Kemudian,Gopal letak tangan atas tanah dan..
YOU ARE READING
BOBOIBOY: THE CROWNED KING
FanfictionBoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBoy: Apakah?!! Sebuah kemalangan menyebabkan BoBoiBoy dan kawan-kawan dihantar ke dunia lain. Dunia fa...