Ch51: Latihan Yang Berbahang

166 11 0
                                    

K.Kaizo dan Retak'ka berada di planet Volkania,planet yang panas dan ada gunung berapi di mana-mana.

Retak'ka nak K.Kaizo gunakan satu kuasa elemental semasa mereka berada di planet itu iaitu kuasa elemental api.

Retak'ka: Tanggalkan gelang elemen yang lain dan guna gelang elemen api.

K.Kaizo: Kau takkan ambil gelang ni dan lari?

Retak'ka: Kau tak perlu risau. Hanya satu saja gelang elemen yang berkuasa di sini,iaitu gelang elemen api yang kau pakai.

K.Kaizo: Hmm.....

K.Kaizo tanggalkan gelang elemen lain kecuali gelang elemen api. Dia berdiri di kawasan lapang dan fokuskan kuasanya.

Bahang yang hangat menyukarkan dia untuk fokus. Namun,K.Kaizo berusaha untuk gunakan kuasa elemental api. Dia angkat tangan ke udara dan hasilkan bebola api saiz sederhana dan baling ke arah batu besar di hadapannya.

Retak'ka: Lagi! Takkan itu saja apa yang kau boleh buat!?!?

K.Kaizo teruskan dengan latihannya. Dia gunakan kuasa elemental api dengan haba yang ada di sekelilingnya.

K.Kaizo: Hargh! Hargh! Hiyargh!!!

K.Kaizo terus baling bebola api ke merata tempat. Tangannya diselubungi api dan dia tumbuk tanah di bawahnya,menyebabkan api menaik seperti percikan air. Retak'ka
pergi ke tempat lebih tinggi untuk elak dari terkena tempias latihan K.Kaizo.

Retak'ka: ......

K.Kaizo: Sekarang.....hngh!!

K.Kaizo tarik keluar pedang dia dan gunakan kuasa manipulasi tenaga. Dia gabungkan dengan kuasa elemen api dan pedang yang terhasil berwarna biru merah berselang-seli.

K.Kaizo: Libasan Tenaga Berapi!!!

Libasan tersebut meninggalkan kesan yang dalam pada tanah. Serangannya menuju ke arah gaung tak jauh dari situ dan jatuh ke dalam sungai lava.

K.Kaizo: *exhale* Panasnya....

Retak'ka baling botol air ke arahnya dan K.Kaizo tangkap dan minum air.

Retak'ka: Jangan biarkan badan kau terlampau panas. Kau akan terbakar.

K.Kaizo: Aku tahu. Lepas ni apa?

Retak'ka: Sekarang....kita rehat.

K.Kaizo: Rehat?! Tapi aku kena belajar kawal kuasa elemental ni secepat mungkin!

Retak'ka: Aku tahu,tapi kau tak boleh lakukannya dengan keadaan kau yang panas. Percaya cakap aku....

K.Kaizo: Ha......baiklah.

Mereka berdua berehat di sebalik batu yang diletakkan di kaki gunung. Mereka berehat di situ dari haba planet yang tinggi.

K.Kaizo memandang sungai lava yang terletak jauh dari situ. Kelihatan lava memercik naik ke darat dan membakar tumbuhan yang ada.

K.Kaizo: ......

Retak'ka: Lepas ni,kau teruskan buat perkara yang sama. Lepas tu kau tidur.

K.Kaizo: Baiklah. Kau pulak?

Retak'ka: Aku? Aku buat hal aku. Kau buat hal kau.

Mereka berdua menutup mata dan berehat dari haba planet itu.

SKIP TIME

Malamnya,K.Kaizo berlatih gunakan gelang elemen. Dia hasilkan bebola api dan baling ke arah dinding batu.

K.Kaizo: Hiyargh! Hiyargh! Hiyargh!

Retak'ka sekadar memerhatikan K.Kaizo dari jauh. Dia mengusap dagunya memandang K.Kaizo berlatih.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now