Ch22: Berehat

276 22 1
                                    

Mieruko: *le ded*

Mieruko dah tak larat dengan kejutan demi kejutan yang datang. Mula-mula Sun And Moon Church,lepas tu Lond dari Lagamut dan Rodiel,lepas tu Deomena,lepas ni apa?

Mieruko: Aku dah tak larat.... cukup-cukuplah...

BoBoiBoy dan kawan-kawan berkumpul dalam bilik BoBoiBoy untuk berbincang. Takde tempat lain ke?

BoBoiBoy: Hmm.....

Gopal: Aiyoyo! Apa kita nak buat ni!?

Ying: Kita tak payah pergi guild buat sementara waktu! Kita ambil cuti untuk beberapa hari!

BoBoiBoy: Takpe ke kita tak bagitahu guildmaster?

Yaya: Takpe BoBoiBoy. Kalau kita tak datang guild untuk beberapa hari tak jadi masalah. Lainlah kalau kau tak aktif dalam tempoh 3 bulan,lesen kau akan dibatalkan.

Fang: Tapi....kita berempat kan rank-S. BoBoiBoy je yang ranking rendah.

BoBoiBoy: 😑

Yaya: Taklah. Lesen rank-S takde tamat tempoh. Kau tak aktif setahun pun tak apa.

Gopal: Dey! Dey! Fokus! Apa kita nak buat dengan benda ni?!

Mereka memandang senjata di hadapan mereka yang terhasil setelah diketuk tukul Fang. Senjata pedang berwarna kuning campur hijau dan hitam dengan bilah yang tajam dan keras. Pedang tu agak panjang dan saiznya sedikit kecil berbanding pedang biasa. Namun....

Mana Acceleration Sword
Gred:
<SSS>
Pedang dengan kualiti paling tinggi.

•Mempercepatkan proses penyembuhan dengan menyerap mana
•Meningkatkan kebolehan pengguna mengawal magik dan mengurangkan penggunaan mana
•Pedang ni boleh diperbaiki dengan menyalurkan mana

BBB,G,Y,Y,F: Hmm......

Yaya: Apa kata kita simpan je pedang ni? Kalau ada apa-apa jadi baru kita guna.

Fang simpan pedang tu dalam (Storage System) dan hilangkan tukul di tangannya.

Ying: Apa kita nak buat? Takkan nak duduk saja?

BoBoiBoy: Apa kata....kita pergi ke Commerce Association. Kita tinjau harga tanah untuk kita bina rumah.

Gopal: Bijak idea kau!!

Fang: Aku rasa harga tanah kat sini takde lah mahal mana. Rasanya....

Mereka berlima pergi ke Commerce Association untuk meninjau harga tanah untuk mereka bina rumah. Lond mengekori mereka dari belakang sambil dia menulis laporan.

SKIP TIME

Mereka tiba di hadapan bangunan yang ada gudang di kiri dan kanan dan rumah simpanan di belakang. Kelihatan kereta kuda berhenti di hadapan gudang dan barangan untuk dijual dipunggah masuk.

Gopal: Inilah Commerce Association.

Fang: Boleh tahan sibuk tempat ni. Padahal baru tengah hari.

Yaya: Mungkin ini waktu puncak mereka? Mana tahu...

Mereka masuk ke dalam dan pergi ke kaunter untuk bertanyakan tentang harga tanah. Namun,sebaik saja mereka menjejakkan kaki ke dalam bangunan,semua orang berhenti bekerja dan memandang mereka. Ada yang berbisik sesama sendiri,ada yang sekadar menjeling dari jauh.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now