Ch62: Perjumpaan Di Waktu Malam

230 19 0
                                    

Fang berjalan di sekitar kawasan perindustrian. Dia memandang kedai-kedai yang ada di kiri dan kanan jalan. Kebanyakan kedai merupakan bengkel menempa besi dan pertukangan.

Fang: Patut ke aku belajar kat sini? Tapi kat Themalt pun ada jugak.

Gopal,Yaya dan Ying berada di perpustakaan. Mereka mengkaji jenis magik yang digunakan penduduk Aldeus Barram dan merangka pelan untuk menangkap Viper dan pembunuh upahan lain.

Lily menulis surat memaklumkan kepada Q.Beatrice tentang pembunuh upahan yang berkeliaran di dalam ibu kota. Kemudian,dia pergi ke kedai kristal magik terdekat bagi mendapatkan bekalan kristal magik untuk digunakan.

BoBoiBoy berkurung dalam bilik. Dia memandang lambang elemen yang ada di jam tangannya. Dia mengeluh perlahan dan baring atas katil.

BoBoiBoy: "Patut ke aku gunakan kuasa tu? Tapi kalau aku hilang kawalan lagi macam mana?"

Sedang dia termenung seorang diri, pintu biliknya diketuk perlahan. BoBoiBoy bangun dan buka pintu. Kelihatan Harold bersama sepucuk surat di tangannya berdiri di hadapan biliknya.

Harold: Maafkan saya kerana menggangu. Saya nak berikan surat ni kepada kamu.

BoBoiBoy: *ambil surat* Siapa yang bagi...?

Harold: Tak pasti. Tiada nama penulis surat atau alamat. Cuma ada nama kamu saja di surat ni.

Tertulis di belakang surat tu untuk menyerahkan surat tersebut kepada BoBoiBoy.

BoBoiBoy: Terima kasih.

BoBoiBoy menutup pintu dan duduk atas katil. Dia buka surat tu dan baca. Selepas dia habis baca,surat tu dilipat dan diletakkan atas meja lampu sebelah katilnya.

BoBoiBoy: *heavy sigh* Macam-macam masalah sejak datang ke dunia ni.

SKIP TIME

Malamnya,semasa semua orang sedang tidur,BoBoiBoy bangun berjalan keluar meninggalkan hotel. Dia tarik hud kepala menutupi wajahnya dan berlalu pergi dari situ. Dia menuju ke kawasan terpencil terletak di persimpangan menuju ke kawasan perumahan golongan bangsawan.

BoBoiBoy tiba di jalan menuju ke kawasan perumahan golongan bangsawan. Terdapat seorang gadis berambut putih keluar dari sebalik kegelapan malam.

BoBoiBoy: Viper....ada apa kau nak jumpa aku...?

Viper sekadar memandang BoBoiBoy tanpa berkata apa-apa. Dia melangkah ke arah BoBoiBoy tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. BoBoiBoy bersedia dengan kuasa elemental kalau dia nak bertarung tetapi....

Viper: Ke...napa...?

BoBoiBoy: Eh?

Viper bertanya kepadanya namun suaranya yang perlahan membuatkan BoBoiBoy kehairanan. Viper dagang lebih dekat dan bisik di telinganya.

Viper: Macam....mana....awak tak....terkesan....langsung...?

BoBoiBoy: Terkesan? Maksud kau?

Viper keluarkan Grimoire dari jubahnya dan tunjuk pada BoBoiBoy.

Viper: Saya....seorang Magus....tapi saya.....tak faham....kenapa awak...masih okey lepas semua tu?

BoBoiBoy: Apa yang kau cakap ni?

Viper: Malam semalam....saya gunakan magik.....saya untuk hilangkan....memori awak....tentang saya.....tapi.....kenapa.....awak masih ingat?

BoBoiBoy: Ahh.....macam mana aku nak cakap ya? Kejap,kau bukannya nak bunuh aku?

Viper: Saya......ditugaskan....untuk bunuh awak....dan kawan-kawan kau......tapi.....nampaknya....mustahil...

BoBoiBoy: Sebab..?

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now