Ch30: Battle Hardened Fighter

275 23 4
                                    

Halilintar gunakan teknik besar, menewaskan hampir kesemua raksasa ketam. Dia memandang Rock King dan halakan tombak halilintar ke arahnya.

Halilintar: Kita baru saja nak bermula.

Lily dan pengembara lain tergamam melihat kekuatan BoBoiBoy dan kawan-kawan menentang Rock King.

Gill: Aku tak salah tengok kan...?

Anthony: *pengsan*

Lond: Kau faham kalau mereka berempat yang buat macam tu,tapi BoBoiBoy...

Lily: Dia rank-D.

Lond: Aku rasa guildmaster kau ada buat kesilapan.

Lily: *nod*

Gempa dan yang lain mendarat selepas serangan Halilintar berakhir.

Taufan: Macam biasa,serangan kau meliputi kawasan yang luas.

Halilintar: Macam mana dengan ketam yang lain?

Gopal: Semua dah hangus lepas kena renjat dengan petir kau. Jangan sampai isi mereka tak boleh dimakan pulak!!

Fang: Kau ingat makan je...

Semua pengembara dan askar yang larikan diri naik ke atas tembok dan lihat hampir kesemua raksasa ketam dikalahkan. Mereka terdiam melihat Stampede di hadapan mereka, diuruskan oleh beberapa orang remaja.

Lond: Patut kita turun dan tolong mereka?

Ketam yang terkena tempias serangan Halilintar bangun semula. Namun, keadaan mereka agak teruk akibat direnjat kilat yang kuat.

Lily: Semua raksasa tu nak bangun balik!!

Lily halakan senapangnya ke arah raksasa ketam dan tembak menebusi cengkerang mereka yang keras. Raksasa ketam jatuh selepas ditembak dan mati.

Lily: Mereka dah semakin lemah!

Gill: Kalau macam tu....mesti kita boleh menang!!

SKREEEEE! SKREEEEEEEEEEEE! SKREEEEEEEEE! SKREEE! SKREEEE!

Rock King mula bergerak. Ia memandang Halilintar di hadapannya dan hayun sepitnya yang besar. Tetapi...

Gempa: Golem Tanah!!

Beberapa buah golem keluar dari tanah dan menahan sepit Rock King. Halilintar berlari menaiki sepitnya menuju ke bahagian belakang yang dijaga ketam yang lain.

Taufan: Cakera Udara!!

Fang: Serangan Jari Bayang!!

Taufan dan Fang menyerang ketam yang berada di belakang Rock King. Yaya menahan Rock King dari bergerak dengan kuasa graviti dan Gopal tukar tanah di bawah mereka menjadi mentega.

Gopal: Tukaran Tanah Mentega!!

Rock King perlahan-lahan tenggelam disebabkan mentega yang lembik dan mencair.

Halilintar tiba di belakangnya. Dia halakan tombak ke bahagian kepala namun Longlimb Tragan Crab menghalangnya.

Halilintar: Ugh! Ada ketam halang aku!!

Longlimb Tragan Crab pegang tombak halilintar dan tarik dia ke atas. Melter Tragan Crab baling racun yang meleleh dari sepitnya ke arah Halilintar. Halilintar hilangkan tombak dan elak dari terkena racun. Kemudian,Taufan datang dan tarik dia naik hoverboard dan terbang ke udara.

Halilintar: Aku tak sempat hentikan ketam ni! Ketam kat belakang dia banyak sangat!!

Taufan: Kalau macam tu,kita kena bergabung dulu!

Taufan dan Halilintar berkumpul dengan Gempa dan mereka bergabung.

Yaya: Graviti Pemberat!!

R.K: SKREEE! SKREE! SKREEEEE!

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now