Ch108: Legoras Raja Gahanaka

150 11 0
                                    

BoBoiBoy dan kawan-kawan kini dalam perjalanan menuju ke ibu kota Gahanaka. Mereka bergerak ke sana dengan menaiki cicak berkaki enam bersama salah seorang pengembara ranking tinggi,Narre Kokoragi.

Gopal: Dey BoBoiBoy! Kau serius nak lawan dengan atuk Lily?

BoBoiBoy: Kau gila ke? Aku tak nak lawan dengan bakal atuk ketua aku kalau boleh. Tapi....

Yaya: Kau takut dia tak restui pertunangan kau dengan Lily?

BoBoiBoy: *nod*

Fang: Haiya,kalau macam tu kau kena pujuk dia supaya dia tukar fikiran.

BoBoiBoy: Ya....

Mereka berlima menunggang cicak bersama pengawal yang ikut Narre mencari mereka. BoBoiBoy duduk dengan Gopal dan Fang,Yaya dan Ying duduk dengan Amaya manakala Lily duduk dengan Narre.

Narre: Apa korang nak buat bila korang tiba di ibu kota nanti?

BoBoiBoy: Pergi terus ke istana. Kami nak jumpa dengan raja Gahanaka.

Narre: *nod* Baiklah!

Cicak yang ditunggangi mereka memecut menuju ke ibu kota dengan lebih pantas. Jarak dari Rossbalt dengan ibu kota Gahanaka ambil masa kira-kira 10 hari.

Selepas 10 hari perjalanan,termasuk berhenti rehat di bandar yang mereka lalui,mereka akhirnya tiba di ibu kota Gahanaka,Eldora Lagram.

Eldora Lagram,ibu kota Gahanaka dengan kepadatan penduduk sebanyak 2.3 juta orang dan majoritinya terdiri daripada Beastmen.

Mereka turun dari cicak berkaki enam selepas masuk ke dalam. Narre tunjukkan lesen pengembara dia pada pengawal yang berada di situ dan mereka dibenarkan masuk ke dalam.

Narre: Mari.

Sebaik saja mereka melangkah kaki ke dalam Eldora Lagram,mereka terpaku melihat keadaan ibu kota itu.

Keadaan ibu kota tu tak sehebat Aldeus Barram,tapi Eldora Lagram ada kelebihannya yang tersendiri. Seperti pengawal keselamatan yang berkawal di pintu masuk.

Pengawal di situ memakai baju perisai yang dihasilkan khas mengikut kesesuaian mereka. Malah, ada senjata khas dicipta untuk mereka gunakan berdasarkan kebolehan haiwan mereka.

BoBoiBoy,Gopal,Yaya,Ying dan Fang memandang keadaan bandar itu dengan kagum. Walaupun tak sehebat Aldeus Barram,mereka dapati bandar itu agak maju dengan kereta kuda ditarik golem kuda,karpet terbang yang digunakan untuk menghantar barangan dan air pancut di tengah-tengah kota dengan patung raja Gahanaka.

Gopal: Seriuslah......ini lagi hebat dari Aldeus Barram....

Lily: Pembetulan. Tak sehebat Aldeus Barram tapi Eldora Lagram ada kelebihannya yang tersendiri. Korang kena cuba jalan-jalan bila ada masa nanti.

Amaya: Lily,awak nak pergi ke mana?

Lily perlahan-lahan jauhkan diri dari mereka sambil memegang senapangnya. Dia cuba lari dari berjumpa dengan raja Gahanaka tapi Narre sedar dan heret dia kembali.

Lily: Tidak!!! Apa saja kecuali nenda!

Narre: Puteri! Ini arahan diraja!

Lily: *cat screeching sound*

BBB,G,F,Y,Y: Kesian....

Mereka menaiki kereta kuda yang disediakan dan bertolak menuju ke istana diiringi pengawal diraja.

SKIP TIME

Mereka sampai di istana dan dibawa masuk menghadap raja Gahanaka. Lily hanya mampu pasrah memandangkan dia tak boleh lari dari situ. Pengawal yang ada di kiri dan kanan merenung dia tajam jika dia cuba lari dari situ.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now