Ch139: Kebocoran Mana

139 10 1
                                    

BoBoiBoy dan kawan-kawan tiba di istana Lagamut dan bertemu dengan permaisuri Lagamut.

Sebaik tiba,mereka dapati penduduk ibu kota Lagamut tidak mempunyai tanggapan yang baik terhadap mereka. Namun,apa yang lebih mengejutkan mereka adalah permaisuri Lagamut yang....agak besar orangnya.

Vannia Perenoa SarcostaBangsa: DaemonStatus: {Kebocoran Mana}{Permaisuri}{Pencinta Bunga}Magik: [Lendir][Awan]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Vannia Perenoa Sarcosta
Bangsa: Daemon
Status: {Kebocoran Mana}{Permaisuri}{Pencinta Bunga}
Magik:
[Lendir][Awan]

BoBoiBoy dan kawan-kawan diam melihat permaisuri di hadapan mereka. BoBoiBoy,Yaya,Ying serta Fang melirik mata ke arah Gopal yang terdiam atas sebab lain.

Gopal: .....

Q.Vannia: Selamat datang beta ucapkan pada kamu semua.

Q.Vannia bangun dari takhtanya. Dia mengarahkan pengawal diraja memanggil anaknya ke bilik takhta. Kemudian,dia arahkan semua orang keluar meninggalkan dia kerana dia ada perkara nak cakap dengan BoBoiBoy dan kawan-kawan.

Lond: Baiklah!

Lond dan pengawal keluar meninggalkan bilik takhta. Xelorio berkawal di hadapan pintu bilik takhta bersama pengawal lain, sementara Lond pergi memanggil anak lelaki Q.Vannia.

Q.Vannia: Beta agak terkejut dengan kedatangan kamu semua ke Lagamut beberapa hari yang lepas.

BoBoiBoy: Eh?

Yaya: Apa yang....tuanku cakap ni?

Q.Vannia: Beta tahu kamu semua menuju ke sini beberapa hari yang lepas,tapi tak dapat lepasi sempadan kerana dihalang.

Lily: Macam mana tuanku tahu?

Q.Vannia: Beta ada pembantu.

Jari telunjuk diangkat ke dinding di sebelah kiri. Seorang lelaki bertopi bersenjatakan senjata naga munculkan diri dari persembunyian. BoBoiBoy dan kawan-kawan menjadi kelu melihat individu tersebut.

Gopal: Apakah??!

Edgar: Kita bertemu lagi nampaknya.

Lily: Edgar Moridas!?!

Amaya: Apa yang Dragon Butcher buat di Lagamut?!

Fang: Kejap! Macam mana kau ke sini?

Edgar: Permaisuri sendiri yang hubungi saya. Dia minta bantuan saya untuk cari sesuatu.

Noelle: Apa...?

Q.Vannia: *chuckle* Betul tu. Beta yang minta bantuan dia untuk bantu beta. Kerana beta.....dah kesuntukan masa.

Riak wajah Q.Vannia bertukar suram. BoBoiBoy dan kawan-kawan merasakan ada sesuatu yang memerlukan bantuan Dragon Butcher, satu-satunya pengembara rank-SSS untuk mendapatkan sesuatu.

Ying: Tuanku....kalau tuanku tak kisah,boleh beritahu kami apa yang sedang berlaku?

Q.Vannia membuka mulut bagi menjawab persoalan Ying. Tetapi, tiba-tiba saja dia terbatuk hingga muntah darah. Melihat keadaannya yang sakit,Edgar berpaling ke arah pintu dan....

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now