Ch13: C.O.M.A.S

340 28 0
                                    

Mieruko: Siapa kamu berlima sebenarnya...?

Gopal: "Alamak!!!!"

Soalan Mieruko buat mereka diam tak terkata. Mereka mencari alasan untuk lindungi identiti mereka. Namun...

BoBoiBoy: Guildmaster tak perlu risau. Kami takkan buat perkara yang membahayakan orang lain.

BoBoiBoy memandang tepat mata Mieruko dan menjawab soalannya.

Mieruko: Hm..?

BoBoiBoy: Kami berlima bukan orang jahat. Guildmaster boleh pegang kata-kata saya.

Fang: *gasp* BoBoiBoy...

Mieruko: *sigh* Baiklah,kalau itu yang kamu katakan.  Kamu semua boleh pergi...

Mereka meninggalkan pejabat Mieruko dan berjalan pulang ke rumah tumpangan. Mieruko bersandar dj kerusinya. Dia keluarkan sepucuk surat yang ditujukan kepada BoBoiBoy dan kawan-kawan.

Mieruko: Mungkin mereka bukan seperti yang saya bayangkan. Mereka semua nampak baik...

Mieruko melemparkan pandangan keluar. Dia tertanya-tanya,apa yang akan terjadi selepas ini.

SKIP TIME

Beberapa hari kemudian,semasa Mieruko sedang menyiapkan kertas kerja,kedengaran suara orang ramai di tingkat bawah.

Mieruko: *sigh* Datang pun mereka.

Lily: *buka pintu* Guildmaster,ada orang nak jumpa dengan guildmaster.

Mieruko: Baiklah.

Mieruko berjalan turun dan nampak sekumpulan lelaki beruniform bersama bola kristal sebesar sofa berada di tingkat bawah.

Mieruko: Ada apa yang saya boleh bantu?

Ketua mereka yang memakai cermin mata berjalan ke arah Mieruko dengan fail di tangannya.

Zester: Apa khabar? Saya Zester dari bahagian penyelidikan C.O.M.A.S,dan saya datang ke sini hari ni untuk...

Zester keluarkan data tentang rekod bola kristal yang digunakan dan mana yang direkodkan.

Zester: Saya nak berjumpa dengan individu yang mempunyai mana yang banyak macam ni.

Mieruko: Kalau saya cakap tak boleh, apa kamu semua nak buat?

Zester: Kami takkan paksa kamu. Tapi,kamu tahu apa akan jadi kalau pihak atasan tahu tentang perkara ni?

Lily: "Dia ni...berani dia ugut guildmaster?!"

Mieruko: Baiklah kalau itu yang kamu nakkan.

Lily: Ha...?!?

Mieruko kelihatan dingin dan tegas di mata semua orang termasuk Lily. Tapi dalam kepala dia...

Mieruko: "AAAAAAAH!!! Kenapa orang dari C.O.M.A.S datang ke sini?!?! Kalau boleh aku tak nak mereka jumpa BoBoiBoy dan yang lain tapi....gyaaaaaaaah!!!!"

Zester: Di mana mereka sekarang?

BoBoiBoy: Urm....Lily? Ada apa ni?

Kelihatan BoBoiBoy dan kawan-kawan baru saja sampai. Mereka kelihatan keliru melihat sekumpulan lelaki beruniform dengan bola kristal berada di situ.

Zester: Siapa kamu semua..?

Lily: Merekalah orang yang kamu nak jumpa.

Zester: Oh? Kamu berlima ya....

Gopal: *bisik* Siapa dia ni? Pelik betul...

Ying: *bisik* Itulah. Baik kita periksa status dia.

Mereka melihat statusnya dengan skill (Appraisal).

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now