Ch99: Penamat Kepada Penantian Yang Panjang

162 16 0
                                    

Semua orang yang berada di luar dengar Gill bertarung dengan Ogre. Kedengaran jeritan penuh marah dan ngauman Ogre memenuhi ruang.

Elementals: ......

Obelt: Henry,macam mana keadaan kau?

Henry: Haa......boleh tahan.....sakit jugak....

Tommy: Sekurang-kurangnya kau masih hidup. Tapi....

Mereka bertiga tahu untuk berdiam diri dari menghabiskan kata-katanya. Mereka tak mampu bayangkan perasaan Gill melihat kakaknya pergi dalam pangkuannya.

Gempa: Hei.....

T,H,O: Hm?

Gempa: Korang boleh simpan rahsia kan?

Halilintar: Kami nak korang rahsiakan hal ni.

Henry: Tentang.....kau gunakan magik klon?

Taufan: Ini bukannya magik! Macam mana nak cakap eh.....?

Tommy: *sigh* Kami takkan cakap apa-apa. Anggaplah kami tak nampak apa-apa.

Solar: Kau serius?

Tommy: *nod* Kau dah tolong kami jadi apa salahnya kami tolong kau pulak?

Gempa: Baguslah kalau macam tu.

Thorn: Kecederaan kau dah semakin pulih. Tapi kau perlu dapatkan rawatan untuk kulit kau ni. Hitam teruk lepas kena hakis!!

Henry: Ugh......ya....

Para Elementals memandang satu sama lain dan Gempa silangkan tangannya dan mereka bergabung menjadi satu.

BoBoiBoy: Fuu~ Lega sikit bila bercantum semula.

Obelt: Macam mana kau buat? Ajarlah kitorang.

BoBoiBoy: Err......

Bunyi kaki menapak ke arah mereka menarik perhatian mereka. Mereka berpaling dan nampak Gill berjalan keluar dari situ sambil dia dukung Elenora yang sudah tidak bernyawa. Badannya dipenuhi luka dan darah namun dia sikit pun tak kisah. Kelihatan Ogre sudah terbaring dengan badan hancur dan kepala terbelah dua ditinggalkan di situ.

Gill: .....

Mereka semua diam melihat Gill. Gill berjalan keluar dan menuju ke luar dungeon dan mereka ikut dia dari belakang tanpa berkata apa-apa.

Sebaik saja mereka tiba di luar,Obelt hamparkan kain tebal dan Gill letak Elenora atas kain tu dan balut dia. Dia mengusap wajah kakaknya dan kucup dahinya perlahan.

Gill: Selamat tinggal......kakak.....

Tommy menutup wajah Elenora dengan kain sementara Gill duduk di bawah pokok sambil memeluk lutut. Obelt sembuhkan kecederaan dia dan lap darah dan cecair yang terpalit di badannya. BoBoiBoy memandang Elenora yang tidak bernyawa dan Gill yang baru saja melepaskan kemarahan dia terhadap Ogre kerana membunuh kakaknya.

BoBoiBoy: "Aku harap kau boleh hadapi semua ni."

Tiba-tiba,mereka terdengar bunyi jeritan dari jauh. Kelihatan sekumpulan besar orang berlari ke arah mereka bersama kereta kuda dipenuhi senjata dan posyen.

Henry: Ergh......apakah....

Tommy: Pengembara dari Themalt?! Macam mana mereka tahu kita kat sini!!?

BoBoiBoy: "Ah.....rasanya sebab nota aku tu....."

Pengembara Themalt berhenti di hadapan pintu masuk dungeon setelah melihat Gill dan kumpulannya berada di luar bersama BoBoiBoy. Kelihatan kawan-kawan BoBoiBoy turun dari kereta kuda dan meluru ke arahnya.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now