Ch142: Labirin Padang Pasir

179 11 0
                                    

Edgar mendedahkan tujuannya mengembara ke padang pasir - mencari labirin padang pasir dan menjadi individu pertama yang menemuinya.

BoBoiBoy dan kawan-kawan mengikuti ekspedisi ke zon ribut mana bagi mencari bahagian ASTEROID yang dipisahkan untuk dicantumkan dengan Stellar Dome dan Avaricious Science Lab. Tetapi....

Gopal: *high pitched scream* AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAH!!!

Kumpulan ekspedisi diketuai Edgar Moridas,pengembara rank-SSS bertembung dengan sekumpulan hidupan padang pasir. Kala jengking berwarna merah darah dengan tiga penyengat dan sepit yang tajam.

Fang: *lari* Kenapa kita boleh terserempak dengan kala jengking ni?!?

Lily: *terbang* Berapa banyak kala jengking yang kejar kita ni?!

Lily dan Yaya terbang bagi mendapatkan bilangan kala jengking yang mengejar mereka.

Terdapat kira-kira 30 ekor kala jengking yang mengejar,dengan sebahagiannya berenang di dalam paair seperti jerung di dalam air.

Yaya: Okey,kita boleh uruskannya. Tapi Edgar cakap tak payah.

Lily: Habis? Nak tunggu sampai kala jengking ni penat?

Edgar berlari mendahului kumpulan ekspedisi,diikuti BoBoiBoy dan Amaya,seterusnya Fang,Gopal,Noelle dan ahli pasukan ekspedisi lain. Ying pula hilang entah ke mana.

Gopal: Noelle! Ada tak kristal magik untuk halau kala jengking?!

Noelle: Tak ada! Kristal magik ni ada!

Noelle keluarkan kristal magik kuning cair. Gopal ambil kristal magik tu,matikan skill (Logical Ignorance) dan kumpul mana. Dia baling kristal magik tu ke arah kala jengking di belakang dan...

FWHOOOOOM!!

Lingkaran berapi yang membara menjadi benteng antara mereka dan kala jengking,membolehkan mereka melarikan diri dengan segera.

Lily: Eh?! Gopal ke yang buat tu?!

Noelle: Kenapa awak baling kristal magik tu pada mereka!?

Gopal: Dey! Takkan nak biar kala jengking tu tangkap kita!

Noelle: Betul jugak tu....

Ying muncul semula selepas dia uruskan sesuatu perkara jauh dari pasukan ekspedisi.

Ying: Sorry lambat!

Edgar: Kala jengking dah terhalang! Cepat!!

Semua orang larikan diri keluar dari gurun,manakala Yaya dan Lily terbang mengekori mereka selepas pastikan kala jengking semua dah pergi.

SKIP TIME

Pasukan ekspedisi kembali dari gurun. Mereka berasa lega kerana mereka tak perlu menjejakkan kaki ke padang pasir lagi buat sementara waktu. Namun...

Edgar: Kamu semua balik ke ibu kota Lagamut. Saya nak pergi cari labirin padang pasir seorang diri.

Pasukan ekspedisi memprotes,tapi, renungan tajam dari Edgar mematikan protes mereka.

Manakala BoBoiBoy dan kawan-kawan bercadang untuk ikut Edgar dalam mencari labirin padang pasir.

Ying: Nampaknya Edgar nak pergi cari labirin tu seorang diri!

Fang: Patut kita ikut dia atau teruskan perjalanan?

BoBoiBoy: Hm...aku rasa elok kita ikut dia. Mana tahu kita boleh jumpa bahagian lain ASTEROID.

Amaya: Nanti. Awak semua ada terfikir sesuatu tak?

Yaya: Terfikir apa?

Amaya: Macam mana kalau labirin padang pasir tu,sebenarnya bahagian lain ASTEROID yang kita cari?

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now