Ch146: Menuju Pusat Labirin

130 11 2
                                    

Reverse terbeliak mata melihat empat lagi skill dari (Authority Of 50 King) yang baru dibuka. Fang ternganga sampai cermin mata dia jatuh.

Reverse: Alamak....

Fang: Apa yang.....kau sedar tak apa dah jadi?!?!?

Reverse: *shrug* Rasanya.

Fang ambil cermin mata dia dan pakai. Rambutnya yang serabai disikat ke belakang dengan kedua belah tangan.

Fang: Sekarang aku nak tanya,kau nak guna skill ni untuk apa?

Reverse: Hm.....untuk ini. Autoriti Amukan!!

Fang: Woi-

KA-BOOOOOOOM!

Seluruh labirin bergegar lagi. Semua yang berada dalam labirin turut merasai gegaran yang datang dari bilik altar.

SITUASI EDGAR

Edgar sedang mencari pintu keluar atau pintu ke tengah-tengah labirin, terserempak dengan golem yang melindungi labirin tersebut,dan dia tewaskan semuanya dengan mudah.

Edgar: Masih tiada jalan keluar atau petunjuk ke tengah labirin. Merisaukan....

Gegaran tersebut berlaku saat Edgar sedang memerah otak memikirkan jalan. Dia tak terkesan dengan gegaran itu,tapi dia tersentak kerana gegaran itu datang dari bawah dia.

Edgar: Hm? Mungkinkah...

Edgar simpan pedang dia dalam sarung. Tangannya diangkat tinggi, lalu terhasillah sabit gergasi seakan taring naga.

Edgar: Hmph!

Sabit tersebut dibenamkan ke dalam lantai labirin,membelah keseluruhan ruang di sekitarnya dan dia jatuh ke bawah.

Edgar: "Mungkin itu pusat labirin!"

Edgar jatuh ke tingkat lain,tapi tiada apa pun di situ. Golem yang ditewaskannya turut jatuh bersamanya.

Edgar: *exhale* Labirin ni kompleks dan mencabar. Kalau aku tak jumpa jalan keluar,aku cuma perlu buat jalan aku sendiri.

Sabit gergasi memgecil dan melekap di tangannya. Sabit itu perlahan-lahan berpusing menjadi laju. Semakin lama,putaran sabit itu semakin laju sehingga ia menjadi gerudi yang mampu menembusi gunung.

Edgar: *breath* Nafas Naga: Pusaran Sembelih!!

Gerudi tersebut menjana gelombang yang kuat,meninggalkan kesan belahan di lantai dan dinding koridor.

Edgar tembusi dinding di sebelahnya dengan gerudi tersebut. Dia teruskan perbuatannya sehingga dia bertembung dengan yang lain.

SITUASI GOPAL,YAYA,YING,NOELLE

Yaya: Kenapa banyak sangat golem ni?!!

Mereka berempat sedang melarikan diri dari golem mereka bertembung. Golem tu semua bertindak menghentam mereka,jadi mereka larikan diri kerana tidak mahu dipenyekkan golem.

Gopal: Wuhuhuhuhu! Aku tak nak mati! Aku belum kahwin lagi!!

Ying: Haiya kau ni!! Kahwin saja tau! Makan saja tau! Hidup kau nak jadi apa?!

Gopal: Dey! Salah ke?! Aku bujang lagi!!

Noelle: *mencelah* Saya setuju!

G,Y,Y: Huh?!

Noelle: Saya rasa tak salah kalau awak fikir pasal kahwin! Cuma,awak ada calon ke?

Gopal: Belum. Kenapa?

Noelle: Oh.....takde apa.

Gopal: *gasp* "Jangan-jangan,inilah petanda untuk aku rapat dengan wanita dunia ni?! Oh my ladies! Your daddy is here~!"

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now