Ch148: True Nature Of The Labyrinth

107 10 0
                                    

Ying: AAAAH!! SAKIT!!!

Noelle: Ying,kaki awak saya belum sentuh💧......

Setelah mengalahkan Nalipa,Yaya dan Ying jatuh tak sedarkan diri akibat menggunakan teknik yang besar. Kini,kecederaan yang diakibatkan teknik terbaru mereka membuatkan pergerakan mereka agak terhad, terutama sekali Ying.

Tangan Yaya dan kaki Ying cuba disembuhkan dengan magik,tapi gagal kerana skill (Logical Ignorance) yang aktif,jadi BoBoiBoy gunakan skill yang baru diperolehinya untuk percepatkan penyembuhan mereka berdua.

Cahaya hijau terang menyelaputi tangan Yaya dan kaki Ying. Noelle duduk tapi bersama Lily,kepenatan akibat pengembaraan tak disangka-sangka.

Selepas Nalipa tewas,labirin berhenti bergerak,dan ahli Ros Emas yang ditelan dimuntah keluar dari labirin.  Kebanyakan ahli Ros Emas kehilangan nyawa menentang makhluk labirin,manakala selebihnya sama ada cedera parah atau cedera ringan.

Eleanora: Lebih separuh skuad Ros Emas tewas dalam labirin....

Edgar: Yang penting kau masih hidup dan dapat hantar mereka semua balik.

Eleanora: *nod*

Gopal merenung Nalipa yang terbelah dua dalam lekukan dengan rasa curiga. Fang berjalan ke arahnya, hulurkan secawan air dan duduk.

Fang: Kau termenung apa?

Gopal: Takde apa. Cuma....kau perasan tak status Nalipa ni?

Fang: Kenapa? Apa yang tak kena?

Gopal: Nalipa ni ada sumber tenaga yang kita tak dapat baca. Kau tak rasa pelik ke?

Fang: Hm.....adalah sikit....

Gopal: Macam mana, kalau sumber kuasa Nalipa adalah-

Amaya: A-Awak semua! Tengok!!

Labirin mulai berubah; saiznya mengecil kepada saiz rumah dua tingkat,dan penampilannya berubah menjadi kiub hitam.

Nalipa yang berada dalam lekukan bertukar menjadi partikel-partikel hitam,mengandungi sumber kuasa yang disembunyikan. Partikel-partikel hitam terapung ke arah kiub hitam dan bergabung, menjadikan kiub itu bertambah besar sebesar bangunan.

Semua orang terkejut melihat kejadian itu. Tetapi,BoBoiBoy dan kawan-kawan lebih terkejut apabila lingkaran hitam di belakang tangan mereka bereaksi dengan kiub tersebut.

Yaya: Tss.....ada tindak balas....

Gopal: Aiyoyo! Sekarang apa?

Fang memandang BoBoiBoy yang mengusap dagu berfikir. Kalau ikutkan,dia nak je masuk dalam kiub tu dan periksa. Tapi keadaan Yaya dan Ying tidak membenarkan mereka bergerak terlalu lama.

BoBoiBoy: Apa kata kita rehat dulu? Yaya dan Ying tak boleh bergerak lama-lama...

Edgar: Saya setuju. Pertarungan tadi tak terlalu berat,tapi tak bermakna kita boleh main terjah masuk dalam benda ni.

Mereka memandang labirin dengan penuh tanda tanya. Ahli Ros Emas yang tewas,dikumpulkan di satu tempat. Tunggangan mereka terselamat.

SKIP TIME

Malamnya,selepas Edgar menghasilkan kubah perisai untuk lindungi mereka dari serangan hidupan gurun,Gopal gunakan skill (Chef King) untuk masak makan malam.

Makan malam terdiri dari daging panggang,sayur tumis,roti,isi ketam yang direbus, dicarik dan disalut tepung sebelum digoreng dalam minyak panas,serta samosa ketam hasil air tangan Gopal.

Eleanora mengalami kejutan budaya apabila dia pertama kali merasai isi Rock King dan Tragan Crab.

Eleanora: SEDAP!!!!!

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now