Ch129: Masalah? Atau Tidak?

113 5 0
                                    

Amato memeriksa perkembangan pembinaan senjata untuk menentang FAUST. Sedang dia leka dengan blueprint yang diberikan padanya, Mechabot darjah padanya dengan tergesa-gesa.

Mechabot: Amato! Amato! Kau kena tengok ni!!

Amato: Apa dia Mechabot?

Mechabot: Ada....Ada alien datang nak jumpa kau!

Amato: Huh?

Kelihatan sekumpulan kapal angkasa berada di luar stesen Dimension Union. Semua kapal itu memiliki senjata yang berbahaya dipasang di kapal mereka.

Amato berjalan pergi ke hangar bersama Mechabot. Dia sempat bercantum dengan Mechabot sebelum pergi bertemu dengan tetamu yang tidak diundang.

Amato tiba di hangar,dapati terdapat alien berkepala kotak bersama parut di mata kirinya menanti dia datang bersama sekumpulan askar di belakangnya.

Amato: Siapa kamu semua ni? Kenapa kamu datang ke sini?

Ejojo: Tak payah berpura-pura lagi Amato. Aku tahu kau tengah sembunyikan maklumat penting dari seluruh galaksi.

Amato: "Dia dah tahu tentang kewujudan FAUST ke? Atau tentang senjata yang dihasilkan dari bahan Subjek X?"

Ejojo: Kau yang bebaskan Borara dan K.Vargoba kan?

Amato: "Nasib baik...." Mereka berdua ada di sini untuk membantu saya. Tapi jangan bimbang,saya akan pastikan-

Ejojo: Bukan itu yang aku nak mahukan.

Seorang askar keluarkan tablet berwarna hijau lumut dan berikan pada Ejojo. Ejojo ambil tablet tu dan tunjukkan gambar Aeda yang diambil semasa dia berada di planet Cutia.

Ejojo: Aku diberikan arahan oleh pemerintah tertinggi planet Atata Tiga untuk tangkap dia.

Amato: Huh? Kenapa? Apa kaitan dia dengan planet Atata Tiga?

Ejojo: Aku tak tahu tentang perkara tu. Aku cuma jalankan arahan dari pemerintah tertinggi saja.

Selepas itu,Ejojo pergi meninggalkan Dimension Union bersama bala tentera yang dipimpinnya. Amato menggaru kepalanya yang tak gatal melihat gambar Aeda dalam tablet tersebut.

Amato: Apa kena Aeda dengan planet Atata Tiga? Ada apa-apa yang jadi antara mereka ke?

Mechabot: Kau rasa dia ada curi sesuatu dari pemerintah planet tu?

Amato: Kemungkinan besar ya.

Mechabot: Kalau macam tu tangkap dia.

Amato: Kau nak L.Tarung hentam kita ke bulan? Jangan main tuduh je,kita tak ada bukti tentang perkara ni.

Mechabot: Ceh.....

SKIP TIME

Di stesen TAPOPS,Adudu masih cuba mentafsir mesej berkod Gigabot dengan bantuan Nut. Mereka berdua bekerjasama dari pagi hingga larut malam,memecahkan dan mentafsir mesej berkod itu.

Nut: *yawn* Macam mana progres kita tentang mesej berkod tu?

Adudu: *lap peluh* Aduh....baru berapa peratus....

Adudu menunjukkan skrin komputer yang menunjukkan mesej berkod yang sedang ditafsirkan. Buat masa sekarang mereka berjaya mengenalpasti algoritma yang diperlukan untuk mereka tafsir mesej tu. Untuk memecahkan kod mesej itu memerlukan masa yang agak lama.

Nut: Hm.....lama lagi tu...

Adudu: Kan? Aku pelik,kenapa mesej ni susah sangat nak tafsir? Data lain dalam pangkalan data Gigabot ni elok je.

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now