Ch134: Anomali Galaksi

104 6 0
                                    

Kemunculan rekahan dimensi menggemparkan seluruh galaksi.

Tiada siapa tahu bagaimana rekahan ini terjadi,atau apa punca yang menyebabkan ia muncul. Satu perkara yang jelas,ia pertama kali dikesan berdekatan zon asteroid di mana terdapat bintang yang lama ditinggalkan bertukar menjadi planet tandus.

K.Kaizo berada dalam bilik rawatan, menonton berita bersama Retak'ka dan K.Kokoci.

Retak'ka: Hm.....perkara ni dah membesar dengan begitu pantas....

K.Kokoci: Tentu ada kaitan dengan FAUST di planet tu!

K.Kaizo: Boleh jadi. Tak ada siapa pernah berdepan naga sebenar sebelum ni. Ini kali pertama kita saksikan kuasa yang dipegang raksasa ni.

Retak'ka: Hm? Bagaimana dengan gelang elemen di tangan kau?

K.Kaizo: Aku pulangkan pada Hang Kasa untuk sementara.

Retak'ka: Kenapa?

K.Kaizo: Aku nak dia tengok sama ada gelang tu boleh dipertingkatkan. Lagipun,aku pelik dengan gelang kelapan tu.

Retak'ka: .....

K.Kaizo: Gelang tu kosong ada sekali dengan gelang yang lain.

K.Kokoci: Mungkin Hang Kasa tak sengaja buat gelang lebih?

Retak'ka: Tidak.

K.K&K.K: Huh?

Retak'ka: Kasa bukannya hasilkan gelang berlebihan tanpa sebab.

K.Kaizo: Kau tahu apa fungsi gelang kelapan tu...?

Retak'ka: Kalau aku tahu sekalipun, aku takkan beritahu korang.

Retak'ka melangkah kekuar dari bilik rawatan. Dia menuju ke bilik latihan mencari Borara dan K.Vargoba.

Retak'ka: "Aku lebih percayakan mereka berbanding ayah budak BoBoiBoy tu!"

Dia tiba di bilik latihan dan dapati, lantai di situ penuh lubang dan rekahan di dinding. Dia terkejut melihat kesan libasan dan tumbukan di dinding dan lantai bilik itu.

Retak'ka: Siapa yang buat macam ni..?

Amato: Kau nak apa?

Dia berpaling ke tepi. Kelihatan Amato duduk atas robot gergasi yang remuk dihancurkan dia bagi melepaskan geram di dada. Rambut yang serabai menutupi matanya yang sedikit kuyu. Nafasnya naik turun, tangannya merah dan berdarah dan senjata yang digunakannya rosak.

Retak'ka: .....

Amato: *sigh* Aku tak nak fokus aku terganggu dengan perkara lain. Kita kena buat sesuatu tentang FAUST secepat mungkin!!

Amato bangun dan berjalan keluar. Retak'ka melihat dia pergi dari situ tanpa berkata apa-apa. Keadaannya jelas menunjukkan Amato sedang kusut dengan apa yang sedang berlaku di seluruh galaksi.

Retak'ka: .....

SKIP TIME

Ejojo menerima arahan dari pemerintah tertinggi Atata Tiga untuk menangkap naga yang mendiami planet terpencil di tengah-tengah zon asteroid.

Ejojo ternganga mendengar arahan tersebut. Namun,dia tak boleh melawan kerana dia akan dijatuhkan hukuman kerana mengkhianat.

Ejojo: Cis! Aku dah nyawa-nyawa ikan cuba sampaikan maklumat ni pada mereka,tapi aku tak dapat apa!!

Ejojo memandang keluar tingkap ke arah armada yang dipimpinnya. Walaupun dengan jumlah yang ramai,peluang untuk mereka tumpaskan FAUST adalah tipis.

Ejojo: "Patut aku kumpulkan pasukan aku? Tapi....penjenayah mana yang berani mati?"

BOBOIBOY: THE CROWNED KING Where stories live. Discover now