BAB 1

7.7K 275 1
                                    

"Aufy, sampai bila nak kurung diri dalam bilik tu?" Lembut suara si ibu memanggil. Gadis tu menghela nafas perlahan.

Hati nya terasa apabila dia dikahwinkan dengan seseorang yang dia tidak tahu siapa. Hanya mama dan papa nya saja yang tahu siapa suami nya.

"Dah banyak hari Aufy tak pergi sekolah. Keluar lah makan nanti anak mama sakit macam mana? Risau mama tau." Tidak lama itu pintu bilik dibuka dan pantas mama memeluk tubuh anak perempuan nya.

"Jangan lah merajuk lama lama Aufy. Mama risau kalau apa apa jadi. Sini turun makan dulu." Tangan anaknya digengam dan ditarik untuk turun ke bawah.

"Morning anak papa." Sapa Papa Aeril apabila melihat anak nya yang sudah keluar dari bilik.

"Ya morning." Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan papa nya. Mama segera mencedok nasi ke dalam pinggan.

"Aufy bila nak pergi sekolah?" Pertanyaan dari papa Aeril hanya dibalas dengan angkat bahu sahaja.

"Entah. Esok kot." Mama dan papa berpandangan apabila melihat anak mereka seperti tidak ada semangat sahaja.

"Aufy masih marahkan mama dengan papa?" Tanya Mama Zuria. Aufy hanya bergumam sahaja.

PEN yang berada di jari diketuk ke atas meja kerja. Fikiran terimbas dimana dia melafazkan akad nikah tanpa mengetahui dan mengenali isteri nya.

"Aufyka Zahratunissa." Tersungging bibir nya menyebut nama itu. Cantik nama nya pasti orang itu juga manis.

"Oi tersengih sengih dah kenapa?" Raziq mematikan lamunan jejaka tu. Tajam saja mata kelabu memandang wajah sahabatnya.

"Kau memang aish." Raziq melepaskan ketawa nya apabila wajah laki tu seakan tidak puas hati.

"Chill lah Yan.  Sejak sejak dah kahwin ni emosi pula kau." Raziq duduk di kerusi berhadapan dengan Bryan.

"Tak ada kena mengena pun. Cuma aku tengah fikir macam mana aku nak jumpa dia." Dia menompang dagu sambil fikiran ligat berfikir macam mana hendak mendekati isterinya.

"Apa susah kau jadi lah cikgu dekat sekolah dia. Isteri kau pelajar lagi kan." Pantas saja mata memandang ke arah Raziq. Betul juga.

"Bijak juga kau ni ingat bodoh memanjang." Raziq berdecit.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now