BAB 16

3K 173 0
                                    

Lama Bryan memandang mata berair tu. Kepala nya terasa berat dan perlahan lahan hendak jatuh.

Bibir mungil merah delima tu menjadi pelabuhan bibir basah milik Bryan. Dipaut lama dengan mata memandang mata cantik itu. Mata Aufy membulat dengan wajah mula berubah tona.

"Manis, strawberry." kening Aufy bercantum memandang wajah Bryan dengan pandangan tajam.

Memang lah dah dia pakai pelembab bibir perisa strawberry. Ada yang kena hempuk dengan kuali sekejap lagi.

"Nak lagi?" Senyuman nakal menghiasi bibir seorang Bryan dan sekali gus bahu nya mendapat tamparan yang lumayan sakit.

"Tak payah dok miang sangat. Tibai satgi." Keras amaran dari Aufy dan lelaki tu ketawa bebas. Usik sikit dah emosi.

"Dalam ni ada CCTV tau yang." Membulat mata Aufy dan menoleh memandang sekeliling. Takkan ada CCTV dalam bilik ni.

"Abang gurau jelah." Aufy pandang nya dengan tatapan tajam. Ada yang kena pijak tengkuk ni.

"Jangan sampai umur abang dah tak meningkat yer." Bryan tersengih dan dikucup dahi isterinya sebentar.

"Emosi ja baby abang ni."  Dipicit geram hidung mancung Aufy dan membuatkan si gadis tu bengang.

"Sampai bila nak kena duduk dalam bilik ni?" Dipandang wajah kacak lelaki tu dengan riak comel.

"Hati abang kental okey. Setakat muka comel sayang tu tak luluhkan hati abang. Ikut suka hati abang lah nak duduk berapa lama dalam ni." Selamba dia membalas dan duduk di sebelah Aufy.

"Eyyyy geramnya Aufy dengan abang. Rasa nak tumbukk!" Jejaka tu terkekeh geli hati.

"Macam tu lah perasaan abang tadi tengok Mika nak cium sayang. Bukan setakat nak tumbuk, nak bunuh pun ada." Digosok kepala isterinya dengan sayang.

"Hm mushrooms." Dicium pipi Aufy dan gadis tu tersenyum suka. Manakan tidak, sudah lah dipanggil mushroom pastu dicium pula.

"Suka lah tu abang kiss dia." Tersengih gadis tu memandang dirinya.

"Abang, mengantukk." Bilik yang sejuk dengan pendingin hawa buatkan mata nya menjadi mengantuk sahaja.

"Kalau sayang lena siapa nak teman abang? Sunyi lah. Balik nanti sayang lena puas puas." Dianggkat tubuh kecil tu ke atas riba nya dan didakap erat.

"Aufy ngantukkk." Rengek nya dan disembamkan muka di dada tegap Bryan. Terasa belakangnya ditepuk dan semakin buatkan dia mahu terlena.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now