BAB 12

3.5K 186 0
                                    

Kain yang basah dilap seluruh wajah Aufy agar sejuk sedikit. Mata Aufy perlahan lahan terbuka memandang wajah suami.

"Sayang lapar apa apa tak?" Kepala dianggukan bahawa dia lapar.

"Sayang nak makan apa? Abang oderkan." Tanya Bryan dan Aufy mengeleng kepalanya.

"Apa apa pun tak apa." Bryan pantas mengambil telefonnya.

"Sayang, abang minta maaf ya. Abang tak tahu yang selama ni sayang dah bahagi masa sayang dengan elok. Mesti sayang rasa kehadiran abang hanya keseksaan untuk sayang kan?" Aufy mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Abang minta maaf cendawan. Kalau abang tahu sayang study pukul 3 pagi sampai 5 pagi, abang takkan paksa sayang untuk study lagi."  Diusap kepala isterinya.

"Sakit abang tengok keadaan sayang macam ni. Abang takkan maafkan diri abang kalau apa apa jadi dekat sayang." Dikusutkan rambutnya.

"Kalau sayang nak main game ke nak tengok tv ke baca novel sekali pun buatlah yang." Aufy hanya pandang wajah suaminya yang serba salah.

"Tak apa, Aufy okey." Diukir senyuman nipis nya.

"Cendawan jangan tipu abang. Sayang tak okey kenapa nak menipu kata diri tu okey?" Gadis tu hanya tersenyum nipis.

"Tak tahu mungkin dah biasa." Bryan memeluk tubuh isterinya erat. Dicium pipi kanan Aufy.

Bryan mengambil ipad gadis tu dan membuka movie. Kepala dilentokkan di atas kepala Aufy dengan tangan kiri mengusap pipi si isteri.

"Dia nak pergi mana abang?" Soal Aufy dengan mata tidak lepas memandang movie hantu itu. Suami nya lah ni!.

"Abang pun tak tahu. Tengok jelah." Balas nya yang turut melihat cerita itu.

WARGHHHH!

"argh abang takuttt!" Spontan Aufy memeluk tubuh tegap Bryan. Jejaka tu melepaskan ketawa nya.

"Alolo isteri abang ni takut rupanya." Diusap rambut tu perlahan. Wajah Aufy hanya menyembam di dada tegap si suami.

"Buka lah kartun ke apa ni hantu eyyyy" bengang Aufy namun laki tu masih ketawa. Ditumbuk dada Bryan.

"Aduh" Bryan menyambung ketawa nya semula walaupun kena tumbuk di dada.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now