BAB 28

2.4K 149 0
                                    

"Dah jangan nangis." Digosok kepala Aufy perlahan. Buntu dia mahu menenangkan Aufy bagaimana kerana dia tidak pandai memujuk perempuan. Disebabkan itu dia masih single.

Aufy mengesat air mata nya dengan kedua belakang tapak tangan. Tersungging bibir Ardan melihat.

"Cengeng." Kutuk Ardan dan diusap seluruh wajah Aufy yang merah saja.

"Nak buat lagi tak?" Digeleng kepalanya tanda tidak mahu. Serik!. Ardan bukan calang calang patutlah jadi pengawas. Sekali jerkah saja sudah berair mata.

"Good. Lain kali nak cari pasal tengok dulu orang tu macam mana." Didekatkan wajah nya dan Aufy menjarak sedikit.

"Hmm." Ringkas si Aufy membalas. Ardan mengusap rambut tu perlahan.

"Dah, keluar." Aufy bangun dari duduknya dan melangkah keluar tanpa sebarang suara. Sebaik saja keluar, kaki segera membuka langkah mencari seseorang.

Hubby!!!!

Sebaik Aufy melangkah masuk ke dalam bilik guru tu dapat mata memandang ke arah wajah kacak si suami yang menghadap laptop.

Apa yang dia tahu, Bryan mempunyai syarikat dan buat masa sekarang syarikat itu di handle oleh kawan baik nya dahulu sementara dia menjadi guru di sekolah nya.

Kaca mata yang hampir melorot jatuh, ditolak ke atas dengan riak wajah yang tegang.

Jari yang mahu menaip terhenti apabila ada yang menyentuh bahu. Pantas dia mendongak memandang siapa.

"Mushrooms?" Dipegang lembut tangan isterinya. Kenapa cendawan dia nangis ni? Siapa yang berani sakitkan cendawan nya?!.

"Why are you crying mushrooms? Did someone hurt you baby?" Lembut suara Bryan bertanya dan Aufy menganguk.

"Kena marahh hm" Bryan tersenyum kecil. Ada lah ni bini dia buat sesuatu ni kalau tak kenapa nak kena marah kan?.

"Baby mushrooms buat apa hm? Nakal lagi?" Aufy menunduk dengan bibir yang muncung. Tangannya dipegang oleh Bryan dengan lembut.

"Okey baby ambil kad access ni dulu sekejap lagi abang pergi sana kita borak ya?" Diletakkan kad access bilik di atas tapak tangan tu dan Aufy mengangguk sebelum mengatur langkah pergi.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now