BAB 27

2.4K 148 0
                                    

Aufy dan Deera mahu melarikan diri namun kedua jejaka tu lebih pantas memegang mereka.

Ardan menarik Aufy agar bangun dan didukung ke atas bahu nya untuk dibawa ke bilik disiplin.

"Eh tak payah saya boleh jalan sendiri."Gelabah Deera bila Luth mahu mendukung nya seperti Ardan. Jejaka tu menarik Deera agar mengikuti nya.

"Turunkan aku lah!" Bengang Aufy dan lelaki tu hanya buat pekak saja walaupun Aufy memukul belakangnya.

Diletakkan Aufy di kerusi setelah tiba di bilik disiplin. Serentak itu juga Luth sampai dengan Deera.

"Korang berdua yang conteng muka kitorang dua kan!" Tengking Ardan kedua gadis tu terhinjut bahu akibat terkejut.

"Tak boleh ke cakap slow slow sikit? Tak payah tengking tengking. Kami depan ni ja." Kata Deera. Yang nak kuat kuat kenapa? Bukannya duduk jauh jauh.

"Tak payah nak alih topik. Jawab soalan aku." Tajam mata Ardan memandang.

"Memang kitorang buat pun. Kenapa? Kau nak bagi denda lari pusing padang? Cuci tandas? Kutip sampah?" Aufy menjongket keningnya. Ardan mengetap gigi menahan marah. Dirinya tercabar.

"Kau!" Jelas rahang Ardan bergerak gerak menahan marah nya kepada Aufy. Jari telunjuk nya menunding wajah tersebut.

"Luth kau settle Deera dekat tempat lain." Arahan keluar dari mulut ketua pengawas. Setelah Luth dan Deera keluar baru lah Ardan buka mulut.

"Kau memang tak serik makan penampar aku haritu kan! Nak kena lagi?!" Jerkahnya dan Aufy menunduk mengengam kedua tangannya. Takut.

"Kalau tak disebabkan kau perempuan dah bersepai pipi kau aku bagi pelempang!" Aufy akui Ardan panas baran. Menyesal kerana mengangu laki tu.

"Aufy minta maaf."Berkerut dahi Ardan mendengar gadis tu bahasakan diri dengan nama.

"Apa kau cakap?"

"Aufy minta maaf." Didongak memandang wajah jejaka itu. Bukan takut kerana apa tapi takut jika Ardan melempang wajahnya lagi.

"Pandai pula minta maaf selama ni apa kau buat kemain melawan!" Aufy kembali menunduk. Jangan lah marah dia. Lagipun dah minta maaf kan?. Setitik air mata nya jatuh ke atas jari.

"Kau tu dah nak SPM tahun ni. Tak reti nak fokus lagi ka? Asyik main, ponteng itu ja kerja kau." Marah Ardan lagi.

"Ye tahu, Aufy minta maaf la." Tersedu sedan dia menangis dan membuatkan Ardan terdiam.

"Aufy, jangan nangis. Aku marah sebab aku tak nak rekod kau buruk." Ardan melutut depan nya dan diseka air mata yang jatuh.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now