BAB 45

1.9K 108 0
                                    

Aufy menutup wajah nya apabila  terkena cahaya matahari. Dipandang ke arah Deera yang turut berbuat seperti nya.

"Jom singgah kedai tudung nak tak? Aku teringin nak pakai tudung." Ajak Aufy dan Deera menganguk pantas.

"Same with me. Jom. Kalau boleh pakai sekarang, kita pakai." Kata Deera pula. Dah lama mereka mahu memakai tudung tapi masih rasa belum tiba waktu yang tepat.

Mahu berubah tidak perlu tergesa gesa. Semuanya memerlukan proses.

Aufy melihat baju yang ia pakai sekarang bewarna baby blue, dia segera mencari tudung bawal yang bewarna navy blue serta tudung yang lain.

"Boleh pakai sekarang tak tudung ni?" Soal Deera pada pekerja disitu. Dilihat name tag gadis tu bernama Mariam.

"Boleh cik. Ikut saya." Mariam membawa Deera dan Aufy ke sebuah bilik. Masuk saja dalam bilik tu terdapat tempat saterika tudung dan bilik persalinan.

"Boleh saya tahu tudung mana yang nam dipakai? Saya nak kira harga." Mereka berdua menunjukkan tudung yang hendak dipakai dan Mariam menganguk.

Tudung yang selebihnya diberi kepada mariam untuk dikira harga.

AUFY dan Deera melihat penampilan di cermin. Mereka berdua tersenyum.

"Masyaallah aku ke ni Fy? Sumpah la?" Deera pegang cermin dan membelek muka nya.

"Tak sabar aku nak jumpa Bryan." Ujar Aufy. Suaminya tidak tahu yang dia ada niat untuk bertudung. Biar lah dia buat kejutan.

"Mesti dia akan terkejut tengok kau." Setelah puas menilik diri, mereka keluar untuk membayar.

"DEERA, aku minta diri dulu. Aku ada lunch dengan suami aku harini." Deera menganguk seraya mengangkat simbol ok.

"Beres, nanti share la sikit apa reaksi suami kau nanti ya?." Aufy tergelak kecil dan menganguk sebelum memboloskan diri dalam kereta. Bergitu juga Deera.

Sampai sahaja di depan bangunan pencakar langit milik Bryan, Aufy menarik nafasnya terlebih dahulu.

"Bismillah." Diatur langkah keluar seraya mengalas bag sandang di bahu. Kaki segera mengatur langkah ke dalam.

"Selamat datang Puan Aufy, cantik puan bertudung." Kata Fatimah yang menjaga kaunter tingkat bawah.

"Terima kasih, saya masuk dulu." Senyuman manis dihadiahkan sebelum masuk ke dalam lif.

Tok..tok..tok..

"Masuk." Sebaik mendengar keizinan, segera mengatur langkah masuk ke dalam.

"Assalamualaikum abang." Salam diberi oleh Aufy.

"Waalaiku..." sebaik mengangkat muka, Bryan terkaku melihat insan depannya sekarang. "musalam sayang." Sambungnya setelah beberapa saat.

"Masyaallah bidadari ka ni?! Betul ka bini aku ni?" Bryan bangun mendekati Aufy yang tersenyum manis.

"Ya ni Aufy, isteri abang yang sah." Bryan masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Sungguh cantik isterinya memakai tudung.

"Arghh cantikkk. Dah lama abang nak suruh sayang bertudung tapi abang takut hati sayang terasa jadi abang mampu berdoa ja dan alhamdulillah doa abang termakbul." Aufy capai tangan tu lalu disalam dicium.

"Terima kasih sebab doakan Aufy." Bryan mengucup dahi isterinya dan mengengam kedua tangan tu erat.

"Cantik, cantik sangat." Puji Bryan ikhlas. Aufy hanya mengucapkan terima kasih sahaja.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now