BAB 10

4K 217 0
                                    

"Aku tengok kau sekarang dah tak bermaya. Kenapa ni Aufy? Kau ada masalah ke?" Digeleng kepalanya tanda tidak. Kepala dilentokkan di meja.

"Kau tahu tak Cikgu Yati tu tengah cari siapa yang kurung dia haritu." Aufy hanya tersenyum nipis.

"Pastu jumpa tak lagi?" Deera mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Harap aku tak kena tangkap lah. Masak aku nanti." Aufy tergelak kecil.

"Jom pergi kantin nak?" Ajak Deera walaupun dia tahu Aufy tidak akan ikut. Gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.

DIDEKATI ke arah pondok dan dilabuhkan punggung nya. Plastik roti dibuka dan digigit perlahan.

Dia termenung sampai tidak perasan ada yang duduk disebelah.

"Jauh termenung." Terkejut Aufy dan menoleh ke arah suaminya. Bryan sudah tahu port gadis ini selalu lepak seorang diri.

"Dah dua minggu telefon sayang ada dekat abang. Taknak ambil balik?" Aufy hanya diam saja. Bukannya dia tidak mahu ambil tapi dia masih terasa hati. Dia sukar mahu terasa hati dengan orang tapi bila hatinya terasa pasti sukar untuk okey semula.

"Homework abang bagi dah siap belum?" Kepala digeleng perlahan.

"Sayang tahu kan abang tak suka orang tak siapkan kerja sekolah yang abang bagi?. Setiap hari hadap buku buat apa ja kalau kerja sekolah masih tak siap?." Mata hazel milik Aufy memandang mata suami nya.

"Abang nak Aufy mati ke?" Hati Bryan bagaikan direntap dan tidak sangka soalan tu yang akan keluar.

"Hey sayang kenapa tanya macam tu?." Ditekup kedua pipi isterinya.

"Aufy pun manusia juga." Mengalir air mata tu ke pipi nya. Dia juga ada penat lelah nya.

Sakit dada Bryan melihat air mata tu yang mengalir keluar. Selama ni dia tidak pernah melihat isterinya menangis depannya tetapi sekarang dengan dua biji mata nya dia lihat Aufy menangis.

"Shhh" diseka air mata yang meluncur laju membasahi pipi.

"Maaf, belum bisa jadi apa yang abang nak." Dia menundukkan kepalanya memandang roti yang masih dia pegang.

Bryan meraih tubuh tu ke dalam pelukkan nya dengan erat.

ZAUJI BRYAN [C]Where stories live. Discover now